Monday, June 1, 2009

Kawan

Kebiasaannya aku bukan lah jenis orang yang suka menulis blog untuk psycho orang lain atau memberikan tutor mengenai benda-benda atau hal-hal yang orang dewasa boleh pikir sendiri apa yang mereka nak dalam hidup mereka. tapi aku rasa hari ni aku terpanggil untuk menulis satu hal yang aku rasa tak berapa setuju dengan sesetengah pihak yang beranggapan kawan lebih utama dan lebih penting nak dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang ada dalam dunia ni.
bukan aku nak kata kawan tidak penting. mereka penting. tapi tengok jugak jenis kawan. kalau kawan yang berkawan dengan kita hanya untuk take advantage je, baik tak payah berkawan. kalau kawan yang jenis tikam belakang pon, baik tinggalkan je kawan jenis macam tu. kalau kawan yang mengaku kawan tapi sebaliknya menjaja cerita tentang kita, baik lupakan je niat nak berkawan.
pendapat aku, kawan yang rasa dirinya seorang kawan yang patut di contohi sepatutnya pandai menghormati orang. sebagai contoh, kalau engkau dah tau, kawan kau tu ade insan istimewa, tolonglah hormat kawan dan pasangan dia. bukannya menjaja cerita itu ini. bukannya mendabik dada bahawa engkau kawan yang terbaik di dunia ni.
ambil cermin, cermin muka sendiri. tengok dalam-dalam. wajarkah engkau di nobatkan sahabat terbaik? sedangkan engkau tak reti nak hormati hak orang lain. jangan bicara tentang kawan, sahabat, rakan atau teman kalau diri sendiri pon jalan serong macam ketam.

*kalau anda terasa seperti pernah menyakiti hati kawan atau orang lain atau sesiapa sahaja, jangan malu untuk meminta maaf. bukan jadi batu yang bisu tapi sebenarnya bernyawa.

4 comments:

dellia said...

btol2.. sgt setuju.. nak2 lagi kalo melibatkan rumahtangga org.. aku alergik btol ngan org camni..

Atomizer said...

delia: kita serupaaaaaaa... ehe

susudalambotol said...

yg paling penting seorang kawan itu kena memahami kan?

bukan nak lupe diri sebab dah ada bf, tp kita dah ada orang yg patut diberi perhatian juga :)

Atomizer said...

hidd: sgt2 betul! sgt2 sokong! =D