Bismillahirahmanirohim..
Pagi selasa yang mendamaikan.
Ada sesuatu dalam hati yang aku simpan, dan akhirnya aku akur, aku lepaskan. segala rasa yang aku simpan. jauh-jauh. dia dah pergi dah pun..
sebab tu hari ni rasa lega semacam. tak sangka. lepas 2 tahun...
lepas ni dah tak nak hidup di belenggu dengan teka-teki, persoalan bodoh yang tak terjawab. tak mahu ambil pusing, tak mahu ambil tahu. kalau ambil tahu pun, tak mahu emosi seperti sebelumnya. aku emosi ke?? ehe..
kalau terlebih emosi, dia ketawa. jangan, jangan...
aku belek-belek blog kawan-kawan, tiba-tiba terpanggil untuk baca entry hari-hari besar mereka. ye, bukan senang nak menghadapi hari besar. walaupun hari besar aku lambat lagi. tapi aku dapat bayangkan tekanan yang di hadapi. bukan tekanan mental. tapi tekanan nak menjayakan majlis hari besar tu. nak bikin hari besar yang sempurna memanglah payah. macam-macam nak kena fikir.
kadang-kadang aku dan rakan berangan-angan jugak, hari besar nak pilih kaler apa? majlis tunang nak guna tema apa? hantaran nak berapa dulang? tergelak bila di fikirkan balik. bukan gatal atau miang nak kawin cepat. tapi sekadar berangan-angan. tak salah rasanya angan-angan benda yang akan jadi nyata.
perempuan memang begitu. suka memikirkan hal yang seronok-seronok dengan pasangan, hal masa depan. itu bezanya perempuan dan laki-laki. tapi apa pun, setiap orang pasti ada angan-angan mereka sendiri dan misi dalam hidup. takkan nak hidup membujang sampai ke tua? bagi yang belum ada pasangan, janganlah risau.. setiap manusia itu di ciptakan berpasang-pasangan.
bulan 6, 2009. genap 2 tahun aku kenal dengan sapuan. walaupun tarikhnya aku lupa. tapi aku tetap ingat event figure8 2 tahun lepas di central market. sekarang, central market pon aku dah lama tak jejak. bermula dengan sms, kemudian berjumpa, kemudian sms lagi, kemudian dating kemudian, berjumpa keluarga masing-masing, kemudian dan kemudian dan kemudian...
macam-macam peristiwa terjadi.. sepanjang 2 tahun ini. ini yang aku dapat, ini yang aku pilih. aku gembira, bersyukur, walaupun kadang-kadang ada lah badai-badai, ribut taufan yang menganggu-gugat. tapi aku tetap steady macam powerpuffgirl! =D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment