Wednesday, June 10, 2009

Sekadar berkongsi pengalaman

Akhir-akhir ini gempar dengan kes penderaan seksual terhadap model kacukan terkenal dari indonesia manohara odelia pinot. terkenal ke? entah la. kalau tak wujud cerita-cerita macam ni, aku pun tak kenal sape manohara odelia pinot ni, dan tak pernah tahu pun yang die ni isteri kepada tengku temenggong fakhry. sebenarnya tengku temenggong fakhry tu pun aku tak kenal.
rupa-rupanya berasal dari keluarga diraja kelantan. tapi kenapa mesti gempar dengan isu penderaan seksual? tak ada ke cerita yang baik-baik. sedangkan fakhry kan dari keturunan diraja. manohara pulak model terkenal. aku pun tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah. tunggu dan lihat je lah perkembangan terbaru nanti.
bila cerita pasal penderaan. aku tak pernah la ada pengalaman di dera. tapi ada lah pengalaman nak kena bunuh dengan orang psycho. pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. bila pisau potong sayur, ikan dan daging, di letakkan tepat di leher aku, rasa tekejut, kaku, takut, semua ada. bercampur-baur. tapi aku tak boleh panik. dalam kepala otak, memang tak de hari esok lagi untuk diri aku. kalau mengikut teori, atau ape yang aku tengok kat tv, dengan orang psycho ni, kita tak boleh berkeras. makin kita keras, makin dia naik angin. so aku menggunakan kaedah memujuk secara baik.
nampaknya memang berhasil. kalau dah tenaga dia lagi kuat dari kudrat seorang perempuan, rasanya baik gunakan kaedah berlembut. alhamdulillah... masih belum sampai ajal aku, aku bersyukur sangat-sangat! peringatan untuk orang-orang diluar sana, jangan lah mudah percaya dengan sesiapa pun. kecuali ahli keluarga terdekat. sedangkan yang dah kenal dekat 2tahun pun boleh mengancam hidup kita. inikan pula stranger yang anda baru kenal 3-4 hari.
bagi aku, pengalaman tu betul-betul mengajar supaya lebih berhati-hati. kunci segala jenis pintu yang ada sebelum masuk tidur. itu yang aku buat selepas peristiwa yang menakutkan tu. rasa macam dalam mimpi atau dalam drama-drama melayu cerita pembunuhan. mintak-mintak lepas ni aku tak kan pernah lagi terserempak dengan insan psycho tersebut atau kenal dengan orang yang berpenyakit lunatic. terpulang kepada anda, mahu percaya atau tidak. aku sekadar berkongsi pengalaman...

2 comments:

T.E.M.B.U.N said...

hye
nice story to share

i pun sama
dat time tau citer time kat Bali
cm tekejot
tau x kat sana lagi macam2 dikutuk2Tengku tu
Ini i tak tipu
Termasuk nagat negara kita.

nuruz said...

tembun: oh yeke.. nsb baik ms i pg tu, cerita2 mcm ni tak timbul lg. kl x.. mcm malu jugak. tapi kite still x tau lg sp bckp benar, sp yg tidak..