Ekin.
Dia seorang sahabat jauh. seorang sahabat yang baru dikenali. seorang sahabat yang tak pernah terfikir untuk di rapati. seorang sahabat yang tak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini.
kami selalu berhubung walau kami jauh. teknologi dah canggih. 3G ada, YM ada, facebook ada, myspace ada, friendster ada. macam-macam ada.
bertengkar. memang setiap sahabat akan bertengkar. kami selalu bertengkar dan bercakaran di alam cyber. kekadang berbeza pendapat. tapi itu semua gurauan yang mewarnai kehidupan persahabatan setiap insan. termasuk kami.
masalah. semua orang pun punya masalah. orang gila je yang takde masalah. berkongsi masalah dengan teman-teman perkara biasa yang akan di lakukan oleh semua orang. lagi-lagi kalau perempuan. seperti kami. dia antara sahabat yang akan menjadi DJ untuk mendengar masalah aku.
pemikiran. hampir sama. dari segi menguruskan kerja, menguruskan kehidupan, menguruskan kewangan. aku tak pernah terfikirkan semua ini. tapi semalam sudah terbukti. soal menguruskan kewangan, kami serupa. memang tak sangka. gelak besar aku.
Nadya.
Dia seorang sahabat dekat, yang dekat dengan aku. tapi semakin jauh dek kesibukan masing-masing. tapi itu semua tak membataskan. aku sentiasa tahu perkembangan terbaru dia. kerana kecanggihan teknologi jugak.
so, thanks to technology.
dia bahagia. aku seronok. teman IPTA. berkongsi semua benda. pernah meminjam kan bahu di saat aku menangis kesedihan. pernah menghulurkan tangan di saat aku jatuh tersungkur. sampai saat ini juga, dia masih menjadi DJ mendengar segala rintihan. tapi kekadang aku malu, sebab dia sudah bahagia. sepertinya aku yang tak pernah bahagia.
hilai-tawa. selalu mewarnai kami setiap kali berjumpa. lawak bongok yang tercetus membuatkan kami tidak kering gusi. rindu zaman belajar dahulu.
mereka adalah antara sahabat yang acap kali mendengar, menegur, menasihat, memimpin, memberi buah-buah idea, bukan bermakna rakan-rakan lain tidak. rakan-rakan lain juga sama. tapi terlalu ramai yang hendak aku list kan disini. mungkin entri akan datang, siapa tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




6 comments:
adakah itu saye?
wah!!terharunye....
jauh dimata..
dekat di hati..
hahahaha
:)
eqin: hahahahha!! jgn menangis pulak.. =p
ermm..
mmg besh kan klw ade seorang sahabat yang memahami dan satu kepale!
:D
cik baby: yes! nk join?? huhu
nak join!
nak join!
:D
cik baby: oke saja deh.. =D
Post a Comment