Tuesday, March 24, 2009

Pergi tak kembali..

Malam semalam membawa ke hari ini, memang aku sangat-sangat down. bengkak mata pun tak hilang lagi. rasa sedih pon masih melekat lagi. mengenangkan hari ini hari selasa, masih ada 3hari lagi hari bekerja. aku batalkan niat untuk pulang ke rumah mak abah. tapi aku ralat.

memang sudah perjanjiannya, setiap makhluk yang bernyawa itu pasti akan mati, menghadap illahi. susah untuk aku terima kenyataan. tapi itulah realiti. minggu lepas, kali terakhir aku melihat dia. melambai-lambaikan tangan sebelum aku pulang ke KL. dia lah insan yang paling sibuk bila tau aku mau pulang. bila tau aku mau ke kereta. tapi semua tinggal kenangan.

rasa nak menitik air mata bila menaip patah-patah perkataan disini. kerna dia sudah tiada lagi. aku rindukan olet yang aktif, gemuk, manja. memang tak disangka-sangka pemergiannya.malam semalam, aku dikejutkan dengan panggilan telephone dan sms dari emak.

'olet dah tak de'

aku sangka dia lari dari rumah. aku col mak. adik yang angkat. katanya, olet mati secara tiba-tiba. tak dapat dikesan punca kematiannya. nak kata keracunan, masa mati mulut tak berbuih-buih. nak kata dipukul orang, tak ada kesan pukul langsung di badan. mungkin serangan jantung atau virus menyerang paru-paru? entah lah. aku pun buntu. cuma mak cakap, didalam mulutnya lebam. kenapa? aku pun tak pasti sebab aku tak lihat sendiri keadaanya. alangkah bagus saat ini kalau ada antara kenalan yang bekerja sebagai doktor haiwan.

cuma semasa saat-saat akhir pemergiannya, mak cakap dia menggelupur kesakitan yang teramat sangat! mak cuba beri air. tapi anak matanya sudah hitam. petanda yang dia sudah tiada lagi. menggeliat untuk kali terakhir dan terus pergi meninggalkan kami.

mak meratap pemergian olet di depan pintu dapur. aku boleh dengar dengan teramat-amat jelas mak menangis melalui talian telephone antara aku dan adik. aku masih control macho. letak saja phone. aku menangis teresak-esak. tak sempat jumpa olet minggu ini. sedihnya hanya aku yang tahu............

tiba-tiba aku teringat semua kenangan dengan olet. dia manja, dia gemuk dan aktif, melompat-lompat, suka main rambut aku, handphone aku di kuis-kuis, suka cium orang, tak takut dengan orang, dia mudah mesra dengan sesiapa saja, termasuk jiran-jiran di taman perumahan aku. dia comel, aku rindu...

aku sms adik, tanya perkembangan.

'dah kafan dan dah tanam'

moga-moga dia aman di sana. olet dalam kenangan 2007-2009...............

3 comments:

Anonymous said...

kesian olet...
kalau lah olet duduk kat sri kembangan...
haih...

c!k baBy said...

alalala..
sian anda.
takpe2 suwo iyan beli kucing baru utk anda.

Anonymous said...

iyan: kalau duk kat sri kembangan pon blum tentu lagi nasib dia terbela.. =(

cik baby: memang nak mintak pon.. huuuu....