Wednesday, March 18, 2009

buku baru

Hari ini hari rabu, 18hb March 2009. dah genap 3 tahun aku bergelumang dengan industri oil & gas ni. banyak benda yang aku pelajari, ketahui, perhati. perkara-perkara yang aku tak pernah tahu kewujudannya pon aku pelajari dari industri ini. kerja, macam biasa. hidup, macam biasa. ape-ape pun yang terjadi, hidup mesti di teruskan walaupun aku telah mengambil langkah drastik dalam hidup aku hari ini, pagi ini. keputusan yang aku fikir sudah cukup untuk aku ambil tindakan dari terus berdiam diri.
sampai bila orang nak pijak-pijak kepala aku. jangan ingat diri tu besar, hebat dan bagus. satu hari nanti akan jatuh tersungkur jugak. memang aku doakan. bialah orang yang bace blog aku ni cakap aku jahat, tak bertimbang rase, tak berhati perut, mendoakan kejatuhan orang lain. tapi hakikatnya, aku seorang saje yang tau. terime kasih pada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan dorongan. ehe.
kerja, aku suka kerja ini. walaupun tak mencabar tapi aku bahagia. bahagia yang teramat sangat! aku tak dapat bayangkan kalau aku diberikan tanggungjawab yang lebih besar dari ape yang aku handle sekarang. memang tawaran yang cukup hebat bagi aku. bukan saje hebat, malah lumayan. tapi aku tak mahu bayangkan tanggungjawab yang aku akan galas nanti. bukan senang nak berurusan dengan crew-crew pelantar minyak yang pelbagai ragam. macam anak kecil! semua mahu disuap.
tak termasuk lagi betekak dengan boss sebab kesilapan memberi maklumat atau permintaan boss yang kadang-kadang tak masuk akal. tabik spring untuk rakan sekerja aku yang sedang menggalas tanggungjawab itu. walaupun beliau seorang, tapi beliau dapat menguruskan crew-crew untuk 2 buah pelantar minyak. aku? aku hanya membuat kerja-kerja sampingan. sebab itu aku katakan tadi, aku bahagia.
kehidupan, kehidupan aku sempurna, alhamdulillah. aku punya ibu bapa, adik beradik, kucing-kucing kesayangan yang manja-manja. sumber kewangan yang kukuh. rakan-rakan yang memahami. aku bersyukur sangat dengan apa yang ada. cuma 1 saja yang aku susah nak lupuskan dari kehidupan aku. parasit ke 3. aku benci bila parasit terus-terusan mengganggu kehidupan aku. aku harap, dengan keputusan yang baru aku buat ni, dapat meluputkan terus parasit dari pola kehidupan aku. aku jijik, geli, meluat dengan parasit. lalalalalala...

No comments: