seronok baca blog-blog orang lain, entry tentang tahun baru. macam-macam bentuk penyampaian dan cerita. ada yang mengarut, ada yang memaki-maki, ada yang memerli-merli, ada yang mengimbas kembali dan ada jugak yang berisi.
tahun baru aku tak pernah ada azam. cuma setiap tahun ada mission. macam tahun ni.. banyak dah plan-plan yang di rancang, dan harap, semuanya akan berjalan dengan lancar.. amin..
bersyukur aku masih di beri peluang oleh allah untuk bernafas pada tahun baru ini..
malam tahun baru aku sambut di kayu nasi kandar sambil menikmati mee goreng ayam yang sedap! pedas, ayam pun besar-besar, tapi yang tak syoknya kena share pulak dengan encik bf. rasanya dah 3 tahun kenal, inilah kali pertama aku dengan encik bf duduk semeja masa malam tahun baru. tahun yang lepas-lepas, masing-masing bawak haluan sendiri.
plan nak pegi rumah seorang rakan lomo, last-last semua tersadai kat kayu nasi kandar. lepas kayu, aku dan rakan-rakan ke rasta pulak.. naik pening kepala aku tengok kedai makan dan makanan. plan nak celebrate tahun baru di rumah seorang rakan lomo akhirnya tinggal plan je.. lepak rasta sampai pukul 3.00 pagi, aku dah tak larat lagi. takkan nak teruskan sampai pkl 5.00 pagi? gila.. kami semua pulang. esoknya pukul 12.00 tengahari baru aku bangun.
tahun baru aku start dengan menonton movie di pavilion. cerita yang orang rasa dah basi. avatar. dah masuk 2010 baru nak pegi tengok. sebab aku ingat cerita tu tak best. cerita kartun yang karut-karut. sekali tu sangkaan aku meleset sama sekali. memang best gile babassss.. serbuk kari babas pun tak best sampai macam tu sekali.
dan hari ini hari isnin, aku dah berada di office 'kesayangan' aku. bekerja dan terus bekerja sampai muntah.. even dah masuk tahun baru, malas tu tetap ada.. biasa lah manusia.. ehehehe.. selamat tahun baru dan selamat bekerjaaaaa!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment