Wednesday, January 13, 2010

Sakit perut.. sakitnya :(

Hari ini tak macam hari semalam. lemah betul nak pergi kerja hari ini. semuanya kerana bihun durjana. bihun yang aku beli semalam, makan untuk lunch. akhirnya mendatangkan kemudaratan untuk perut sendiri. semalam petang aku dah mula keluar masuk toilet 3-4 kali. dalam hati aku.. sudah.. dia meragam lagi.

memang aku tak tunggu lagi dah. 4.45 seperti kebiasaan, aku dah cabut. ke klinik. sakitnya perut. rasa macam kena cucuk-cucuk dengan jarum, tak pun dengan pisau rambo.tapi aku buat rileks je. boleh lagi dengar-dengar lagu, main-main game. sampai klinik, aku tunggu giliran yang agak lama jugak. rupenya doktor tengah tukar shift. sambil menunggu aku main game.

tak lama lepas tu aku di panggil masuk ke dalam. dah borak-borak sikit dengan doktor, boleh pulak dia cakap, 'kalau selalu macam ni, awak boleh dapat ulcer tau. sebab perut awak sensetive. takut perut awak makin nipis.' aku tanya balik ' macam mana doktor tau saya selalu kena food poisening?' dia jawab, 'saya agak je'. ceh. ye lahhhhhh... lately perut aku ni sensetive sangat! makan salah sikit dah meragam..

malam tadi sakit tu buat aku tak boleh nak tidur. sekejap-sekejap ok, sekejap-sekejap sakit. aku telan ubat banyak-banyak. puas hati. nasib baik tak mati macam MJ, sebab overdose. ehe. hari ini, dah ok sikit la nak compare dengan semalam. tapi muka sakit tu tetap ada. ok bye.

No comments: