Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak

Sedar tak sedar, esok, umat islam seluruh dunia akan mengerjakan ibadat puasa lagi sekali seperti tahun-tahun yang sebelumnya. terasa masa cepat saja berlalu...
pejam celik pejam celik, ramadhan menjelma. bila dah masuk bulan baik ni, perangai dan tingkah laku pun mesti la baik dan terjaga. cerita pasal ramadhan.. banyak kenangan yang memang tak dapat aku lupakan. salah satu diantaranya, berbuka sorang-sorang. dah 2 tahun aku berbuka sorang di kota metropolitan ni. sahur pun sorang-sorang. kadang-kadang, ada gak la keluar berbuka dengan sapuan.. weekend balik klang, berbuka dengan family, berbuka dengan kawan-kawan. tapi kebiasaanya kalau hari kerja, memang berbuka sorang la jawabnya. balik keja aku dah siap-siap tapau utk juadah berbuka dan untuk bersahur.
selalunya kalau waktu bersahur, akulah orang yang paling alert sekali. sebab aku tak boleh skip sahur, kalau berbuka aku tak brape nak kisah sangat. disebabkan aku alert, aku lah yang jadi tukang kejut orang bangun sahur.. macam aku mungkin tak terasa sangat lah, sebab rumah mak dekat jeee.. berbanding dengan mereka-mereka yang duduk jauh dari kampung halaman.
di sebabkan tahun ni, puasa jatuh hari cuti, ramai lah orang yang berpusu-pusu nak balik kampung, nak menyambut hari pertama puasa dengan family tercinta. termasuk lah aku sekali. pada yang tak dapat balik tu.. banyak-banyak lah bersabar ye.. ehe.
di kesempatan ini jugak, aku nak mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN' maafkan segala salah dan silap sebelum kita mengerjakan ibadat puasa esok. pada yang masih menyimpan dendam dalam hati, yang suka mengganggu kebahagiaan aku.. terpulang pada anda, mahu memaafkan ataupun tidak.. aku hanya mampu memohon maaf dan berdoa agar anda berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. wassalam~

- tak sabar nak berpuasa bersama bobo dan honey =) ahli keluarga baru aku...

2 comments:

dellia said...

nak balek kg jgak.. huuuwwwaaaa..

slamat berpose u olls.. maaf salah silap.. :)

Atomizer said...

hehehe.. rilek ahh.. nex wik kn nk blk kamponggg..