Saturday, August 8, 2009

Alone, bored & lonely...

Tak penah rasanya semua orang yang aku sayang, tinggalkan aku dalam 1 masa yang sama. tapi sekarang semua tu jadi betul. maksud aku bukan tinggalkan aku ke mana.. tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. mereka semua menuju ke destinasi yang berbeza, cuma 1 tujuan yang sama, bercuti.
aku terasa macam sama dengan dinding kat rumah ni.. sehari suntuk aku tak bercakap.. cuma bercakap dengan menggunakan jari. YM, meebo, facebook chat. jari tangan sahaja yang bergerak.. nasib baik encik bf tinggalkan laptop, adik aku tinggalkan broadband. kalau tak, memang mati kutu. kesian gak diorang kat aku rupenye.. ehe. nasib baik jugak encik bf asek call je dari sabah, ade jugak teman nak berborak.. tapi kejap-kejap je lah. aku ada lagi 1 hari untuk ditempuh.. should be ok kot..
bila sorang-sorang macam ni, aku rasa lebih menghargai apa yang aku ada sekarang, hargai orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. sebab aku dah rasa hari ni, hidup sorang. selalunya orang cakap, bila time-time macam ni, masa yang terbaik untuk aku menyetan. pg clubbing, lepak-lepak sampai 3-4 pagi..
tapi.. masa tu semua dah berlalu. tu semua zaman kanak-kanak dulu boleh la.. sekarang aku lebih selesa duduk rumah je, teperuk sorang-sorang daripada pegi tempat-tempat macam tu. sekarang bukan zaman itu lagi.. sekarang zaman untuk aku terus kedepan, fikirkan tentang masa depan. panas pulak malam ni.. jiran kiri kanan pun takde.. nasib baik jiran depan rumah ada. takde la aku lagi terasa macam duduk kat dunia ni sorang-sorang. rasanya kena berhenti sampai sini, nak mandi.. ahaks.

-duduk rumah diam-diam, tunggu souvenir je lahhhh...

No comments: