Thursday, June 25, 2009

Eropah

Pagi tadi, sampai je office, aku disapa ramah oleh seseorang yang aku tak berapa nak kenal lah. tapi dia senyum ramah. sambil hulurkan tangan untuk berjabat. aku sambut.

'hi, klaus'
aku 'hi, morning. nuruz'
'are u bz? sedikit?'
aku 'not yet'

sama-sama gelak. owh.. dia.. our rig crew. datang office sebab nak submit passport. malam ni nak balik croatia. esok nak pegi holiday dgn family ke greece. alamak, syoknyaaa...
aku ajak dia borak-borak, sementara nak tunggu passport dia. aku nak tau, apa ada kat croatia? apa yg menarik? sebab aku teringin nak pegi dan tgk tempat-tempat mcm tu.
officemate aku ckp, croatia is a 3rd world country. mungkin. sebab tengok bangunan-bangunan dia semua batu-batu macam zaman dulu. jalan pun batu-batu jugak macam dalam cerita vampire tuuu.. tapi tgk kat internet je la..
klaus ckp, sekarang summer time. sampai penghujung bulan september, barulah winter. so they will have a white christmas.. yela, bersalji. winter sampai penghujung bulan march. dari croatia, boleh travel ke negara-negara eropah yang lain. tak jauh pun, kalau teringin nak naik gondola, pegi lah venice. cuma 1jam stengah je perjalanan dari croatia. kalau nk pegi switzerland, 3jam perjalanan. kira macam dari kl - jb la. u can travel by car or train. its up to u.
croatia bersempadan dengan italy. so, orang-orang sana fasih sekurang-kurangnya, 3 bahasa. hrvatski, italy and english language. hrvatski bahasa pertama yang di dahulukan, ke2 italy dan ke3 baru english.

'sometimes i will speak italy, croatia with my family, it depends what language u start in the morning'

owh.. bagus betul. hehe. dia cerita lagi. diorang punya goverment akan push rakyat dia belajar lebih banyak bahasa. antaranya germany (deutsch) dan france. kalau yang kerja dengan tourism tu, sekurang-kurangnya kena fasih 5 bahasa. hrvatski, italy, english, germany & france.
klaus pun boleh tahan jugak, boleh cakap malay sikit-sikit. kira ok lah tuu.. daripada mat saleh lain, dah duk sini lama, tak reti-reti jugak cakap bahasa melayu. yang diorang tau, 'ok lah, ok lah' aku pun reti. klaus tny aku,

'are u married?'
aku 'no, not yet, i'm single'
'well, next time u can married european man, so than u can go jalan-jalan to my place'
aku 'eheeee...' dalam hati ( not my taste laaaa...)

nanti dah kumpul duit banyak-banyakkkkkkkkk.. aku nak col klaus, suh dia jadi tourist guide, boleh cut cost. bahahaha..

Tuesday, June 23, 2009

After midnight

After midnight i shall kidnap you from the world
and i'll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand
you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i'll watch you sleep
you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

Monday, June 22, 2009

Friday, June 19, 2009

Sore throat

Aiseyh.. tatau kenapa, start dari malam tadi. rasa tekak cam tak best jee... urm.. bukan sore throat, tapi macam sore throat. tak teruk, tapi perit. tak batuk, tapi sakit. lagi-lagi kalau telan air liur..
alalalalalalaaaa.. kenapa ni.. ape sakit aku yang sebenarnya ni. takkan tecekik tulang ayam kot.. aku tak makan ayam, dah seminggu. urm.. tulang ikan? pun tak makan ikan. dah seminggu.
sekarang kegilaan dim sum, subway & chips. mane ade yang bertulang. atau sebab jerebu? macam tak de kena mengena je. eheh.. mungkin lepas dapat cupcake, penyakit misteri ini akan berakhir~

Wednesday, June 17, 2009

Farewell! gudbye~


Farewell!! and good bye~ all the best to you JJ! nice farewell party, nice dim sum and i'm glad that u love all the farewell present =) maybe someday you will comeback, only god knows.. ma nyana!




Tuesday, June 16, 2009

Suddenly..

Alamak.. tiba-tiba rasa macam nak makan cupcakes... arghhh...!!

Kalau boring, saya...


Friday, June 12, 2009

main dilit-dilit? macam budak-budak..

Aku terfikir pagi ini. ape penyebab wujudnya community-community seperti myspace, friendster dan facebook? kalau mengikut aku, untuk menambahkan kenalan, kawan, atau keep in touch dengan kawan-kawan lama. tapi sebaliknya pulak yang berlaku di waktu sekarang ni. ada segelintir orang-orang yang bila tak puas hati, sakit hati, bergaduh, terus main dilit-dilit.
kalau tak dilit kawan-kawan pon, die akan dilit account sendiri. tapi kenapa ya? kenapa masih wujud lagi? setahu aku lah, yang selalu main facebook, myspace, friendster ni orang-orang yang dah besar panjang. boleh berfikir macam orang dewasa. bukan budak-budak hingusan lagi. tapi nak buat macam mana. itu hak mereka. mereka boleh dilit atau block sesape pon yang mereka suka. tapi kalau kerja asyik nak mendilit. baik awal-awal dulu tak payah add as fren kan. nanti penat pulak nak mendilit 1 per 1 kawan-kawan tu..
ape-apepun, kepada sesiapa yang selalu melakukan perkara dilit mendilit ni. all the best lah. mana tau esok-esok boleh dilit semua kasi habis. kasi kosong terus, tak de kawan. lagi senang. chayok!

Thursday, June 11, 2009

Jangan cepat melatah

aku anak sulung. jadi aku seorang yang keras hati, degil, nakal dan selfish. masyallah.. cuma sapuan sahaja yang tau.. nak-nak bila aku seorang je anak perempuan dalam family. adik pulak sorang. so aku tak pedulik. ape yang aku nak mesti dapat dan aku adalah insan yang suka berbalas-balas. kalau aku rasa aku tak puas hati. aku akan balas. sampai aku puas. ada lah seorang dua yang dah kena serang dengan aku. itu pun bersebab. aku tak membalas membabi buta. semua mesti bersebab, sebab aku pun tak gila.
tapi itu semua dulu. from now on, apa orang nak cakap, kutuk, perli aku kat facebook pun, aku hanya berdiam diri. sebab aku tau apa yang aku buat. semua gara-gara sapuan. sapuan cakap, jangan di layan diorang tu. tak mendatangkan apa-apa hasil pun. buat bodoh. butakan mata. pekakkan telinga. betul apa yang sapuan cakap. as long as kami bahagia, kenapa harus percaya kata-kata anasir luar kan? hanya akan mendatangkan amarah dan kemudian berantakan dan kemudian perpisahan...
oh.. tidak.. aku tidak akan bertindak seperti dahulu lagi. kiranya sekarang aku seorang kakak, anak dan kekasih yang baik hati laaaa... hehehehe.. anyway, thanks kepada orang-orang yang mengutuk aku di facebook. kalau ada sumur di ladang boleh kita berjumpa lagi, kalau ada lain masa, lain kali boleh kutuk lagi. yay!! =D

Wednesday, June 10, 2009

Sekadar berkongsi pengalaman

Akhir-akhir ini gempar dengan kes penderaan seksual terhadap model kacukan terkenal dari indonesia manohara odelia pinot. terkenal ke? entah la. kalau tak wujud cerita-cerita macam ni, aku pun tak kenal sape manohara odelia pinot ni, dan tak pernah tahu pun yang die ni isteri kepada tengku temenggong fakhry. sebenarnya tengku temenggong fakhry tu pun aku tak kenal.
rupa-rupanya berasal dari keluarga diraja kelantan. tapi kenapa mesti gempar dengan isu penderaan seksual? tak ada ke cerita yang baik-baik. sedangkan fakhry kan dari keturunan diraja. manohara pulak model terkenal. aku pun tak tahu siapa yang betul, siapa yang salah. tunggu dan lihat je lah perkembangan terbaru nanti.
bila cerita pasal penderaan. aku tak pernah la ada pengalaman di dera. tapi ada lah pengalaman nak kena bunuh dengan orang psycho. pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. bila pisau potong sayur, ikan dan daging, di letakkan tepat di leher aku, rasa tekejut, kaku, takut, semua ada. bercampur-baur. tapi aku tak boleh panik. dalam kepala otak, memang tak de hari esok lagi untuk diri aku. kalau mengikut teori, atau ape yang aku tengok kat tv, dengan orang psycho ni, kita tak boleh berkeras. makin kita keras, makin dia naik angin. so aku menggunakan kaedah memujuk secara baik.
nampaknya memang berhasil. kalau dah tenaga dia lagi kuat dari kudrat seorang perempuan, rasanya baik gunakan kaedah berlembut. alhamdulillah... masih belum sampai ajal aku, aku bersyukur sangat-sangat! peringatan untuk orang-orang diluar sana, jangan lah mudah percaya dengan sesiapa pun. kecuali ahli keluarga terdekat. sedangkan yang dah kenal dekat 2tahun pun boleh mengancam hidup kita. inikan pula stranger yang anda baru kenal 3-4 hari.
bagi aku, pengalaman tu betul-betul mengajar supaya lebih berhati-hati. kunci segala jenis pintu yang ada sebelum masuk tidur. itu yang aku buat selepas peristiwa yang menakutkan tu. rasa macam dalam mimpi atau dalam drama-drama melayu cerita pembunuhan. mintak-mintak lepas ni aku tak kan pernah lagi terserempak dengan insan psycho tersebut atau kenal dengan orang yang berpenyakit lunatic. terpulang kepada anda, mahu percaya atau tidak. aku sekadar berkongsi pengalaman...

Tuesday, June 9, 2009

Alhamdulillah~

Bismillahirahmanirohim..

Pagi selasa yang mendamaikan.
Ada sesuatu dalam hati yang aku simpan, dan akhirnya aku akur, aku lepaskan. segala rasa yang aku simpan. jauh-jauh. dia dah pergi dah pun..
sebab tu hari ni rasa lega semacam. tak sangka. lepas 2 tahun...
lepas ni dah tak nak hidup di belenggu dengan teka-teki, persoalan bodoh yang tak terjawab. tak mahu ambil pusing, tak mahu ambil tahu. kalau ambil tahu pun, tak mahu emosi seperti sebelumnya. aku emosi ke?? ehe..
kalau terlebih emosi, dia ketawa. jangan, jangan...
aku belek-belek blog kawan-kawan, tiba-tiba terpanggil untuk baca entry hari-hari besar mereka. ye, bukan senang nak menghadapi hari besar. walaupun hari besar aku lambat lagi. tapi aku dapat bayangkan tekanan yang di hadapi. bukan tekanan mental. tapi tekanan nak menjayakan majlis hari besar tu. nak bikin hari besar yang sempurna memanglah payah. macam-macam nak kena fikir.
kadang-kadang aku dan rakan berangan-angan jugak, hari besar nak pilih kaler apa? majlis tunang nak guna tema apa? hantaran nak berapa dulang? tergelak bila di fikirkan balik. bukan gatal atau miang nak kawin cepat. tapi sekadar berangan-angan. tak salah rasanya angan-angan benda yang akan jadi nyata.
perempuan memang begitu. suka memikirkan hal yang seronok-seronok dengan pasangan, hal masa depan. itu bezanya perempuan dan laki-laki. tapi apa pun, setiap orang pasti ada angan-angan mereka sendiri dan misi dalam hidup. takkan nak hidup membujang sampai ke tua? bagi yang belum ada pasangan, janganlah risau.. setiap manusia itu di ciptakan berpasang-pasangan.
bulan 6, 2009. genap 2 tahun aku kenal dengan sapuan. walaupun tarikhnya aku lupa. tapi aku tetap ingat event figure8 2 tahun lepas di central market. sekarang, central market pon aku dah lama tak jejak. bermula dengan sms, kemudian berjumpa, kemudian sms lagi, kemudian dating kemudian, berjumpa keluarga masing-masing, kemudian dan kemudian dan kemudian...
macam-macam peristiwa terjadi.. sepanjang 2 tahun ini. ini yang aku dapat, ini yang aku pilih. aku gembira, bersyukur, walaupun kadang-kadang ada lah badai-badai, ribut taufan yang menganggu-gugat. tapi aku tetap steady macam powerpuffgirl! =D

Thursday, June 4, 2009

cerita ceriti

Pagi tadi sama macam hari-hari biasa. aku berjalan kaki menuju ke lrt. semuanya macam biasa, tak ada yang luar biasa. kan best kalau tengah jalan kaki tiba-tiba tersepak sebungkus duit atau sebungkus emas, terus aku pegi kedai pajak gadai on the spot, walaupon masih awal pagi, aku sanggup tunggu sampai kedai pajak bukak. memang aku akan ambik mc la harini untuk meraikan rezeki tersepak aku. ok, itu kalau...
sambil jalan aku berangan, tiba-tiba angan-angan aku di pecah kan dengan bunyi bising dari udara. eh, rupa-rupanya ada helikopter TUDM. ada 1 bersaiz besar. dan di ikuti dgn 5 bijik lagi helikopter di belakangnya yang bersaiz kecil. aku pandang helikopter tu sampai betul-betul hilang dari pandangan. ni kira luar biasa jugak, sebab jarang nampak sekawanan helikopter terbang ramai-ramai awal pagi mcm ni.
aku teruskan lagi perjalanan. naik lrt, turun lrt. akhirnya sampai di klcc. aku tengok jam, dah pukul 8.05. ok lagi ni.. sampai di tower 2, tiba-tiba ada pengumuman. aku ingatkan bangunan tu nak runtuh. rupa-rupanya, lif, lampu dan air-cond di tower 2 klcc tidak berfungsi hari ini. wah, syok la orang-orang tower 2. boleh joli.kenapa bukan angkasaraya yang black out? kalau angkasaraya yang black out kan bagus. boleh aku balik rumah, bermalas-malasan.
sampai office, aku cek mailbox. pagi-pagi lagi aku dah angin. semenjak company aku iklan kan jawatan kosong ni, menimbun-nimbun resume yang aku perlu kutip, bukak dan tengok. resume lagi banyak dari invoice. ape cer? ade jugak yang bongok, tak reti buat resume. come on la, hantar sijil dengan photostat IC je, nk buat ape? nak suh aku buat bungkus nasik lemak? itu ok lagi ade IC. mangkuk yang lagi 1 ni, hantar sijil je. baik tak payah membazir stamp la wehhh.. dan tak buang masa aku.
itu belum masuk lagi panggilan telephone. aduhaiii... ada masanya aku rasa macam nak cekik-cekik je sape yang col tanya soalan mengarut. nasib baik aku tak mencarut. antara soalan-soalan yang aku rasa bongok:

-sy dah kerja, boleh tak sy apply?
-sy ade pangalaman dalam bidang oil & gas ni, boleh tak sy apply?
-sy tak de la minggu depan, macam mana ye?
-sy kene letak ke expected salary dalam resume ni?
-dah terima email sy tak? resume sy send by mail dah terima tak?
-apa keputusannya? siapa yang terpilih?
-kalau sy nak hantar by hand boleh tak? apa? xpayah? tapi saya nak hantar jugak by hand,boleh tak?

adoiii.. ini lah antara soalan-soalan yang boleh buat aku kena jangkitan darah tinggi. tapi, nasib baik aku jenis orang yang sabar. setia menjawab segala soalan-soalan bongok ni. tp time aku bad mood, memang kena laa.. professional tak professional itu belakang kira. ini menunjukkan, even kite dah masuk ke era 2009, masih ada lagi orang-orang yang buta resume. tak reti nak buat resume, beli lah buku panduan, baca dan teliti. memalukan bila individu tu dah pernah kerja, tapi still tanya lagi apa yang patut di letak dalam resume.
rasanya dalam iklan dah di terangkan semua ciri-ciri yang kami mahukan. lengkap. tapi masih ada jugak yang sengal tanya soalan yang dah ada jawapan. ada jugak yang tak menyabor. nak tau hari ni jugak keputusannya, hello, bukan ko sorang je yang apply, beribu lagi yang apply. dan dalam beribu tu tak tentu kau yang terpilih. kalau dah tak short listed nak buat macam mana, bukan rezeki ko.
akhir kata, majulah minyak untuk negara!

Wednesday, June 3, 2009

sendiri kendiri

Kadang-kadang aku menulis sebab nak meluahkan rasa, isi, hati yang dipendam, terpendam. tapi kenapa sesetengah pihak akan membuat andaian yang sebaliknya atau yang bertentangan. ntah la. aku pon tak faham. ade sesuatu yang aku simpan. dalam-dalam. hanya segelintir yang tau. itu pun kalau yang segelintir ambil pusing. nak luah tak terluah. nak simpan takut makin membeban.
nak luah pun tak de sesiapa. siapa nak dengar? siapa nak faham? siapa nak beri sokongan? rasanya takde siapa. akhirnya aku sendiri jugak. sendiri lagi. aku rasa mcm penah dengar ayat tu, sendiri lagi. lirik lagu kot. ntah la. lagu-lagu tu semua dah tak penting sebab aku memang berdiri di atas kaki sendiri dari dulu lagi. tak mahu belas ihsan orang. malas, nanti wujud scene ungkit-mengungkit. baik sendiri dan semua pun sendiri. yang penting sendiri dan terus sendiri =)

Monday, June 1, 2009

Teman tidur

Dah puas cari, akhirnya jumpa. biar pun tak sebijik macam dalam cerita pulau hantu. tapi aku puas hati sebab dah lama cari doll yang bentuknya macam ni. dapat lagi satu teman tidur yang baru~

Kawan

Kebiasaannya aku bukan lah jenis orang yang suka menulis blog untuk psycho orang lain atau memberikan tutor mengenai benda-benda atau hal-hal yang orang dewasa boleh pikir sendiri apa yang mereka nak dalam hidup mereka. tapi aku rasa hari ni aku terpanggil untuk menulis satu hal yang aku rasa tak berapa setuju dengan sesetengah pihak yang beranggapan kawan lebih utama dan lebih penting nak dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang ada dalam dunia ni.
bukan aku nak kata kawan tidak penting. mereka penting. tapi tengok jugak jenis kawan. kalau kawan yang berkawan dengan kita hanya untuk take advantage je, baik tak payah berkawan. kalau kawan yang jenis tikam belakang pon, baik tinggalkan je kawan jenis macam tu. kalau kawan yang mengaku kawan tapi sebaliknya menjaja cerita tentang kita, baik lupakan je niat nak berkawan.
pendapat aku, kawan yang rasa dirinya seorang kawan yang patut di contohi sepatutnya pandai menghormati orang. sebagai contoh, kalau engkau dah tau, kawan kau tu ade insan istimewa, tolonglah hormat kawan dan pasangan dia. bukannya menjaja cerita itu ini. bukannya mendabik dada bahawa engkau kawan yang terbaik di dunia ni.
ambil cermin, cermin muka sendiri. tengok dalam-dalam. wajarkah engkau di nobatkan sahabat terbaik? sedangkan engkau tak reti nak hormati hak orang lain. jangan bicara tentang kawan, sahabat, rakan atau teman kalau diri sendiri pon jalan serong macam ketam.

*kalau anda terasa seperti pernah menyakiti hati kawan atau orang lain atau sesiapa sahaja, jangan malu untuk meminta maaf. bukan jadi batu yang bisu tapi sebenarnya bernyawa.