Entah ape sumpahan yang zatyl kenakan kat aku sampaikan tayar kereta aku boleh pancit dan sekaligus koyak teruk dibahagian tepi. agaknye sebab hari nikah dia aku lambat kot. sadis sungguh. inilah kejadian pertama tayar kereta pancit terjadi dalam hidup aku (ayat tak leh blah). nasib baik ada drebar teksi myvi SE putih datang menyelamat. bersama co-pilot yang tak padan dengan kecik, sargha. tak dilupa juga ucapan terima kasih untuk jejaka-jejaka macho dari lomokids yang telah bersusah payah menolong aku tukar tayar spare wehh.. jasa mu tetap di kenang. nama tak payah mention la ye. nanti ramai pulak awek-awek hot yang nak kan korang punya perkhidmatan.
cuti 3 hari yang aku rasa agak memenatkan. cita-cita untuk bangun tidur pukul 12.00 tghari memang tidak tercapai langsung. tiap hari masa terisi dan diisi. hari jumaat ke majlis nikah zatyl. walaupon dah lambat, aku gagahkan jugak kaki ni melangkah, hahaha. tapi bukan aku sorang je yang lambat. jamaliah lagi lambat dari aku. selesai majlis nikah zatyl, aku, jijah, delia dan huda bergegas ke cineleisure. harapan nak parking kat the curve. penuh, gila, sesak, bengang. 1 parking pun kitorang tak jumpa. buat habis petrol je bepusing-pusing kat tempat parking.
nasib baik cineleisure ade parking. target utama zara, pull n bear warehouse sale. dah la masuk kena beratur panjang, ingatkan barang-barang kat dalam best, tapi hampeh. macam baju-baju buat bungkus nasik lemak, cempedak, nangka. memang hampa dan angen satu badan. jalan-jalan the curve sampai petang. delia dan huda gerak ke putrajaya untuk rehersal majlis kawin zatyl on saturday. aku dan jijah gerak ke jalan TAR nak carik kain baju pengapit. nak carik baju pengantin pun tak susah macam ni. semua kedai kami pergi, keluar, masuk. hasil tetap menghampakan. last-last balik dengan tangan kosong. penat tak ingat.
sabtu pagi, hari paling menyedihkan. tayar kereta pancit. penat dan panas tak kira lagi. tapi majlis kawin zatyl memang meriah. seronoknya aku makan cupcake banyak-banyak! sedap!. petang aku gerak balik klang. nak setelkan tayar kereta. pukul 6petang baru aku boleh duduk-duduk tengok tv. letih yang tak terkira.
ahad pagi aku dah bangun awal. dah buat temujanji dengan spa tempat aku dan rakan-rakan selalu melepak dan merehatkan badan. kami mula pukul 12.30. selesai pukul 6.00 petang. dah la satu hari tak makan. aku, delia dan jijah muka kebulur je. selesai spa, kami ke pyramid. makan, jalan-jalan, shopping-shopping. pukul 8.30 baru gerak balik. isnin kerja. baju tak tempah lagi. masa tak mencukupi. mintak-mintak minggu ni boleh setel semua benda. aku nak rehattttttttttt.................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




9 comments:
ha..nsb baek ader penyelamat myvi SE putih kn..hahaha..
weh..g cpt tempah bj pengapit tuh nnt xpsl2 xsiap..huhu.. :p
aduh.. lebam!
jijah: diz wik la.. bnyk bnda x setel lg, keta pon x basuh2 lagi. huhuhu.
delia: same la!! huuuuuu.. x ilang2 lg tauuuuu..
tayar pancit pun nanges...
gembeng betul!
iyan ngek: weh.. weh.. tah bile2 tah gua nangis.. fitnah. huh!
tu baru tayar pancit dah nanges, belum enjin break down,x tau lah camne tu,mau pengsan dlm kete..
woi woi.. ko pon same gak uat fitnah. tah bile2 tah aku nangis. suke tabur2 fitnah.. ish3..
reza myvi hitam sport rim 16" + berat + minyak kuat
ini baru betul!
kih kih kih..
+ kene curik = nanges =p
maklomla, skrg kn tgh kegawatan ekonomi. spotrim2 menjadi sasaran pencuri.. hihi
Post a Comment