Satu transformasi akan berlaku tak lama lagi di office aku. transformasi yang melibatkan pihak atasan. pihak atasan pun tak ramai. ada 3 orang je. rig manager merangkap branch manager aku akan di transfer ke qatar. semalam meeting tergempar, ingatkan nak cakap pasal bonus ke ape ke. rupanya nak cakap pasal kekecewaan dia kena transfer.
aku dah lama tau. cuma sebagai pihak yang bawah-bawah. aku malas nak masuk campur. sebab ini melibatkan pertelingkahan antara pihak atasan aku dengan syarikat minyak gergasi malaysia. tak payah la nak mention nama. paham-paham sendiri.
ye, memang aku akui. kebanyakan foreigner yang bekerja atau di tugaskan di bumi bertuah malaysia ni, kebanyakannya tak nak balik dah. jangan cakap bangla, indon, nepal, mat saleh pon samee jeee. begitu jugak dengan bos aku ni. semalam dia melahirkan rasa kecewa la, sedih, sebab kena transfer out. ke middle east pulak tu. dia selesa tinggal kat malaysia ni. best katenye. lebih-lebih lagi, 2 orang anak dia lahir kat malaysia.
he's a very sporting and fun boss. i like to work with him. but, no body's perfect. sebab sedikit pertelingkahan yang menyentuh aspek agama dan kebudayaan rakyat malaysia, dia di tendang keluar dari negara ni.
lepas 4 tahun bermastautin kat malaysia, aku tau berat hati dia nak tinggalkan office branch di malaysia. malaysia terbaik katenye. sebelum ni dia pernah bertugas di africa, venezuela dan lain-lain negara lagi. tapi malaysia tetap yang terbaik. dah 4 tahun dia duduk kat malaysia, tapi sayang, dia tak nak belajar tentang kebudayaan kita. makanan tempatan pun dia tak berapa nak gemar. kalau ade makan-makan je dia mesti nak western style. aku ikutkan aje.
kadang-kadang he treat me as a sister or daughter, so do i. i treat him as a father. sometimes la. kalau bab-bab kerja dia memang seorang bos yang tegas. tapi tak lah gerun sangat. hahaha. sementara dia takde nanti sorang lagi bos aku, orang dutch akan ganti tempat dia. tapi bukan permanent la. yang ni aku suka. suka sangat. sebab dia memanglah kelakar sangat. kalau lepak borak dengan dia, memang 24/7 gelak je tak habis-habis. aku prefer dia yang jadi branch manager. tapi sebab masalah kesihatan, dia tolak tawaran tu. siapalah agaknya yang bakal gantikan tempat bos aku nanti.
kalau sporting jugak, ok lah. tapi kalau garang. mampus aku. mintak-mintak bukan orang arab. aku tak suka. mentality lain. dah pernah ada pengalaman pun sebelum ni, kerja ngan bos arab. tak suka, tak suka. dia pon kerja kat malaysia tak lama, 6-7 bulan je, pastu mintak transfer balik ke middle east. bagus. hope ini semua jadi satu pengajaran untuk boss aku. nasib baik dia buat perangai kat malaysia. kalau buat perangai kat indonesia, dah lama orang buang kat laut. hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment