Tuesday, March 31, 2009

5 things

5 Things In My Handbag
1. Wallet
2. Phone
3. House + office keys
4. Anna sui tissue case
5. tiny hair clip

5 Things In my Roxy wallet
1. Cash
2. All sorts of cards (ATM's, member's cards, medical,personal identification, FF card, etc)
3. Old and Half RM1, another half side with my bf
4. Tons of receipts/slips
5. Coins

5 Things In My Make-up bag
1. Anna Sui compact powder
2. Anna Sui mascara & anna sui glitter cream for eye
3. Estee Lauder eye liner
4. Mac limited edition eye shadow
5. Stila cream blusher

5 Things In My Favourite RoomThis would be my bedroom
1. My musical 'marry-go-round'
2. Some novels and fashion magazines
3. My barbie collection (i love em all!)
4. My cat's collection from bali
5. Sprite bottles from thailand, my bf bought for me. he told me it's a rare things. but i already found it at KLCC. haih.. gotcha!

5 Things I Would Like/Love To Do
1. Travel the world with my friends
2. Playin with my cats
3. Shopping!
4. Hang out
5. Sleep~ huuuu...

5 Things I’m Currently Doing
1. Updating my blog.
2. Working
3. Riki new handphone for me of course
5. Surfing internet

-tak ade keje. ahaks!

berdua lebih baik

This coming weekend nampaknya ramai antara rakan-rakan aku yang mengambil keputusan drastik untuk mengikat diri masing-masing dengan status tunang orang. Bagus untuk rakan-rakan aku yang suka betukar-tukar pacar. Nampaknya tahun ni agaknya tahun orang mengawan kot. minggu ni saje 2orang rakan aku akan mengikat tali pertunangan. seorang rakan melangsungkan majlis perkahwinan.
Lagi sebulan, rakan lomo aku pula yang akan melangsungkan perkahwinan. next 3 month pulak rakan aku yang berpangkat kakak akan melangsungkan perkahwinan. wah, merata orang kahwin. oh, tak lupa jugak, next 2 month sepupu aku pun akan bertunang. nampaknya tahun ni makan angin untuk menghadiri majlis tunang dan majlis kahwin orang saje. schedule pun dah aku susun untuk memastikan yang aku takkan terlepas tarikh bersejarah mereka.
harap-harapnya bila turn aku nanti, mereka pun tak lupa susun schedule macam aku. ehe...

Tuesday, March 24, 2009

Pergi tak kembali..

Malam semalam membawa ke hari ini, memang aku sangat-sangat down. bengkak mata pun tak hilang lagi. rasa sedih pon masih melekat lagi. mengenangkan hari ini hari selasa, masih ada 3hari lagi hari bekerja. aku batalkan niat untuk pulang ke rumah mak abah. tapi aku ralat.

memang sudah perjanjiannya, setiap makhluk yang bernyawa itu pasti akan mati, menghadap illahi. susah untuk aku terima kenyataan. tapi itulah realiti. minggu lepas, kali terakhir aku melihat dia. melambai-lambaikan tangan sebelum aku pulang ke KL. dia lah insan yang paling sibuk bila tau aku mau pulang. bila tau aku mau ke kereta. tapi semua tinggal kenangan.

rasa nak menitik air mata bila menaip patah-patah perkataan disini. kerna dia sudah tiada lagi. aku rindukan olet yang aktif, gemuk, manja. memang tak disangka-sangka pemergiannya.malam semalam, aku dikejutkan dengan panggilan telephone dan sms dari emak.

'olet dah tak de'

aku sangka dia lari dari rumah. aku col mak. adik yang angkat. katanya, olet mati secara tiba-tiba. tak dapat dikesan punca kematiannya. nak kata keracunan, masa mati mulut tak berbuih-buih. nak kata dipukul orang, tak ada kesan pukul langsung di badan. mungkin serangan jantung atau virus menyerang paru-paru? entah lah. aku pun buntu. cuma mak cakap, didalam mulutnya lebam. kenapa? aku pun tak pasti sebab aku tak lihat sendiri keadaanya. alangkah bagus saat ini kalau ada antara kenalan yang bekerja sebagai doktor haiwan.

cuma semasa saat-saat akhir pemergiannya, mak cakap dia menggelupur kesakitan yang teramat sangat! mak cuba beri air. tapi anak matanya sudah hitam. petanda yang dia sudah tiada lagi. menggeliat untuk kali terakhir dan terus pergi meninggalkan kami.

mak meratap pemergian olet di depan pintu dapur. aku boleh dengar dengan teramat-amat jelas mak menangis melalui talian telephone antara aku dan adik. aku masih control macho. letak saja phone. aku menangis teresak-esak. tak sempat jumpa olet minggu ini. sedihnya hanya aku yang tahu............

tiba-tiba aku teringat semua kenangan dengan olet. dia manja, dia gemuk dan aktif, melompat-lompat, suka main rambut aku, handphone aku di kuis-kuis, suka cium orang, tak takut dengan orang, dia mudah mesra dengan sesiapa saja, termasuk jiran-jiran di taman perumahan aku. dia comel, aku rindu...

aku sms adik, tanya perkembangan.

'dah kafan dan dah tanam'

moga-moga dia aman di sana. olet dalam kenangan 2007-2009...............

Thursday, March 19, 2009

kiehl's


Korang pernah dengar tentang produk kiehl's? aku pon tak pernah. sebelum ni la. tapi sekarang aku dah mula berjinak-jinak dengan produk ni. aku rase korang patut cuba produk ni. hanya cadangan. sebab aku dapati produk ni mempunyai pengikut yang tersendiri. produk kiehl's meliputi dari penjagaan rambut, muka, badan dan bayi. kaum lelaki pun tak terkecuali. untuk percubaan kali pertama, aku memilih dari produk penjagaan muka. sebab muka aku dari jenis kulit berminyak, mereka sarankan aku menggunakan produk yang berasaskan tea.

mula-mula aku rasa tak confident. sebab produk-produk yang aku guna sebelum ni, macam tak jalan je. kulit muka aku tak bermasalah. tapi aku yang gatal-gatal nak cuba. hahahaha.

aku pernah guna skII, yawww.. menakutkan, bila apply toner, kulit muka jadi tompok-tompok, kemerah-merahan. macam terbakar. aku jadi takut! terus aku basuh muka. mujur aku hanya beli starter pack. aku tanya promoter skII, kenapa jadi begitu. katanya itu adalah kesan sampingan untuk seketika waktu. mungkin seminggu. mungkin. kalau lepas seminggu tak ok jugak? aku tak nak ambil risiko.

Lepas skII, aku try biotherm pulak. orang cakap elok untuk kulit berminyak. aku ke kaunter biotherm di parkson klcc. dah puas belek-belek, aku beli starter pack untuk kulit berminyak. 2 bulan aku guna. tapi? same je. takde perubahan pon. pelembabnya berminyak. melekit. so takde motivate nak guna.

aku tukar lagi. kali ni aku guna neutrogena pulak. ok. biasa-biasa je. nothing to shout about. tapi sekurang-kurangnya. harga berpatutan dan produk pon ok. lama-lama aku bosan. aku nak cuba sesuatu yang baru. sesuatu yang jarang orang sebut-sebut. aku teringat pembukaan store kiehl's di pavilion. rasanya tak de lagi di kalangan kawan-kawan aku yang mencadang atau menyebut nama produk tersebut.

aku terus ke isetan klcc. sehari sebelum tu, aku hanya lihat sepintas lalu. store di isetan klcc kecil je. so barang-barang pun banyak yang out of stock. promoter memakai jubah seperti doctor. aku di beri buku panduan untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit muka aku. setelah memilih 1-2 produk asas, aku tanya pendapat mereka. mereka syorkan aku untuk mencuba produk yang berasaskan tea dan lemon, sebab aku tidak mempunyai masalah jerawat, hanya berminyak.

aku ambil 3 produk asas dan promoter beri 3 sample untuk di cuba, scrub, masker dan whitening essense. sudah 2 hari aku menggunakan produk kiehl's. aku suka pelembapnya. tidak melekit. tidak berminyak. memang ringan. tak percaya, cuba sendiri. aku tak tipu. mungkin orang cakap aku masih teruja sebab baru guna 2 hari. tapi itu lah hakikatnya. aku suka yerba mate moisturizer. untuk kawan-kawan yang suka mencuba dan bereksperiment dengan produk-produk penjagaan, boleh la cuba kiehl's. sebelum tu, check buku panduan dan pilih ape yang sesuai dengan kulit muka, jangan lupa tanya promoter untuk kepastian. rasanya aku takkan bertukar ke produk lain lagi lepas ni. sebab aku puas hati.


- store kiehl's korang boleh jumpe kat pavilion, OU, isetan klcc dan mid valley.

Wednesday, March 18, 2009

eqin dan nadya

Ekin.
Dia seorang sahabat jauh. seorang sahabat yang baru dikenali. seorang sahabat yang tak pernah terfikir untuk di rapati. seorang sahabat yang tak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini.
kami selalu berhubung walau kami jauh. teknologi dah canggih. 3G ada, YM ada, facebook ada, myspace ada, friendster ada. macam-macam ada.
bertengkar. memang setiap sahabat akan bertengkar. kami selalu bertengkar dan bercakaran di alam cyber. kekadang berbeza pendapat. tapi itu semua gurauan yang mewarnai kehidupan persahabatan setiap insan. termasuk kami.
masalah. semua orang pun punya masalah. orang gila je yang takde masalah. berkongsi masalah dengan teman-teman perkara biasa yang akan di lakukan oleh semua orang. lagi-lagi kalau perempuan. seperti kami. dia antara sahabat yang akan menjadi DJ untuk mendengar masalah aku.
pemikiran. hampir sama. dari segi menguruskan kerja, menguruskan kehidupan, menguruskan kewangan. aku tak pernah terfikirkan semua ini. tapi semalam sudah terbukti. soal menguruskan kewangan, kami serupa. memang tak sangka. gelak besar aku.

Nadya.
Dia seorang sahabat dekat, yang dekat dengan aku. tapi semakin jauh dek kesibukan masing-masing. tapi itu semua tak membataskan. aku sentiasa tahu perkembangan terbaru dia. kerana kecanggihan teknologi jugak.
so, thanks to technology.
dia bahagia. aku seronok. teman IPTA. berkongsi semua benda. pernah meminjam kan bahu di saat aku menangis kesedihan. pernah menghulurkan tangan di saat aku jatuh tersungkur. sampai saat ini juga, dia masih menjadi DJ mendengar segala rintihan. tapi kekadang aku malu, sebab dia sudah bahagia. sepertinya aku yang tak pernah bahagia.
hilai-tawa. selalu mewarnai kami setiap kali berjumpa. lawak bongok yang tercetus membuatkan kami tidak kering gusi. rindu zaman belajar dahulu.

mereka adalah antara sahabat yang acap kali mendengar, menegur, menasihat, memimpin, memberi buah-buah idea, bukan bermakna rakan-rakan lain tidak. rakan-rakan lain juga sama. tapi terlalu ramai yang hendak aku list kan disini. mungkin entri akan datang, siapa tahu.

buku baru

Hari ini hari rabu, 18hb March 2009. dah genap 3 tahun aku bergelumang dengan industri oil & gas ni. banyak benda yang aku pelajari, ketahui, perhati. perkara-perkara yang aku tak pernah tahu kewujudannya pon aku pelajari dari industri ini. kerja, macam biasa. hidup, macam biasa. ape-ape pun yang terjadi, hidup mesti di teruskan walaupun aku telah mengambil langkah drastik dalam hidup aku hari ini, pagi ini. keputusan yang aku fikir sudah cukup untuk aku ambil tindakan dari terus berdiam diri.
sampai bila orang nak pijak-pijak kepala aku. jangan ingat diri tu besar, hebat dan bagus. satu hari nanti akan jatuh tersungkur jugak. memang aku doakan. bialah orang yang bace blog aku ni cakap aku jahat, tak bertimbang rase, tak berhati perut, mendoakan kejatuhan orang lain. tapi hakikatnya, aku seorang saje yang tau. terime kasih pada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan, galakan dan dorongan. ehe.
kerja, aku suka kerja ini. walaupun tak mencabar tapi aku bahagia. bahagia yang teramat sangat! aku tak dapat bayangkan kalau aku diberikan tanggungjawab yang lebih besar dari ape yang aku handle sekarang. memang tawaran yang cukup hebat bagi aku. bukan saje hebat, malah lumayan. tapi aku tak mahu bayangkan tanggungjawab yang aku akan galas nanti. bukan senang nak berurusan dengan crew-crew pelantar minyak yang pelbagai ragam. macam anak kecil! semua mahu disuap.
tak termasuk lagi betekak dengan boss sebab kesilapan memberi maklumat atau permintaan boss yang kadang-kadang tak masuk akal. tabik spring untuk rakan sekerja aku yang sedang menggalas tanggungjawab itu. walaupun beliau seorang, tapi beliau dapat menguruskan crew-crew untuk 2 buah pelantar minyak. aku? aku hanya membuat kerja-kerja sampingan. sebab itu aku katakan tadi, aku bahagia.
kehidupan, kehidupan aku sempurna, alhamdulillah. aku punya ibu bapa, adik beradik, kucing-kucing kesayangan yang manja-manja. sumber kewangan yang kukuh. rakan-rakan yang memahami. aku bersyukur sangat dengan apa yang ada. cuma 1 saja yang aku susah nak lupuskan dari kehidupan aku. parasit ke 3. aku benci bila parasit terus-terusan mengganggu kehidupan aku. aku harap, dengan keputusan yang baru aku buat ni, dapat meluputkan terus parasit dari pola kehidupan aku. aku jijik, geli, meluat dengan parasit. lalalalalala...

Tuesday, March 17, 2009

sadly me~

Where do i go?
When i'm feeling so lost and i dont want to be found
When i'm looking and listening for that peace in my heart
What should i do?
What should i do when i'm trying to laugh but all i can do is cry?
i'm trying to keep on living because i'm not ready to die
What should i do because the sun never seems to shine
Can you give me my life back?
it's not yours its' mine
How do i keep going?
How do i fight this fight?
I'm tired of feeling beat down
But i'm trying to hide
Where do i go?
When my head hangs so low
Please give me an answer because i just dont know!
Someone please help me, help me to take a stand
To win a chance
To find that peace
I'm scared to do it by myself
Will you please take my hand?
Where do i go? What should i do? what should we do?
Take my hand, i will follow you..

let me rest in peace...


Do not stand at my grave and weep
i'm not there
i do not sleep

i am a thousand winds that blow
i am the diamond glints of snow
i am the sunlight on ripened grain
i am the gentle autumn's rain

do not stand at my grave and cry
i'm not there
i did not die...

Monday, March 16, 2009

datuk siti

Sabtu lepas aku dan kekasih hati ke klcc. saja bosan-bosan taktau ape nak buat. setelah setengah hari puas melepak di rumah. seperti biasa traffic jem memang menguji kesabaran aku. sebab aku yang drive. nasib baik jugak aku ni penyabar orangnya. sampai di klcc kami lepak-lepak sambil makan kek. lepas selesai, kami jalan-jalan, pusing-pusing, window shopping. ramai orang! sebab kat luar hujan turun mencurah-curah.
kami mengambil keputusan untuk masuk ke kedai buku kinokuniya. belek-belek, tengok-tengok, godek-godek. bosan. kami keluar dari kedai buku dan terus menuju ke kedai menjual peralatan sukan. aku terus melulu masuk ke bahagian belakang. tengah sibuk membelek kasut vans, sapuan datang dari belakang,
' tak nak ambik gamba dengan datuk siti?'
aku senyap dan ckp dalam hati (demam ke mamat ni??)
' ape u merepek ni?'
sapuan senyum menyeringai
' tuuuu.. datuk siti... tak nak ambik gamba dengan dia?? u kan peminat dia'
air muka aku terus berubah, sebab tak percaya dengan sapuan, aku terjenguk-jenguk di belakang sapuan.
'ish, tak nampak la, u tunggu sini kejap'
aku terus ke tempat longgokan seluar track suite sambil pura-pura membelek-belek seluar yang design ntah ape ape ntah. sambil mata aku meneropong dan menyiasat betul atau tidak ape yang sapuan cakap tadi.
ye... aah la.. betul.. datuk siti dengan husband dia, datuk K.
hehehehehe.
aku nampak 2-3 orang datang dan bersalaman dengan beliau. ada yang tangkap gambar, ada yang offer datuk siti dukung anak diorang. hahahaha. geli hati. cukup la aku tengok dari jauh, si sapuan tak habis-habis offer aku nak tolong tangkapkan gambar. aku cuma suke tengok je, nak tengok face to face, selalu tengok dalam tv je. lepas puas mengintai dari tepi, aku ajak sapuan makan. lapar.

- rupa-rupanya, datuk K lagi putih dari siti. serius.

180608 10:53PM











Tuesday, March 3, 2009

Korang faham tak??

Korang rase kan korang paham tak kalau ade antara kawan-kawan korang yang cakap atau taip atau sampaikan perkataan-perkataan macam ni pada korang.

- SUEM orang paham ke??
- aku da try KUEMN tp x leh
- MUEK dia macam ape jee..
- CUEM ko yang paham
- oooo... XPOE

pada aku , sebagai sahabat, aku buat-buat paham la kan.. kesian.. aku pun tak tau dari mane asal-usul wujudnya perkataan-perkataan tersebut. Agak-agak kalau bukak kamus dewan, boleh cari or dapat ke maksud dia?? hehehehehehehe...

-ekceli aku boleh dapat banyak lagi perkataan baru dari kawan aku tu, tapi sebab aku dah lame tak YM dengan dia. so.. ini sajelah yang dapat aku sajikan. sekian.