Monday, December 7, 2009

Chicken pie & bluberi cis tart. nyummy~

Last weekend, macam yang aku plan. Nak main masak-masak. Tapi tak jadi nak buat stew ayam & tartlet fruit. Sebab malas. Hehehe. Aku cuma siapkan tempahan bluberi cis tart and try buat chicken pie. Before tu, hari jumaat malam, masa lepak starbuck aku dah pekena chicken pie dulu. Tak tau kenapa, lately aku jadi hantu chicken pie. Ehe. Mula-mula makan, ayah aku cakap, ‘tak sedapnye..’ dah 3-4 kali suap, die cakap pulak, ‘ ade lagi tak? Nak tambah’. Ahahahahhaha. Samalah jugak nasib bluberi cis tart aku. Ingatkan ade yang lebih-lebih tu nak buat sample. Sekali tu, adik aku dah telan dulu. Buat sample dalam perut dia. Memang cis btl.



Chicken pie




Blueberry cheese tart









Wednesday, December 2, 2009

I love cooking

Mungkin ramai yang tak tau, hobi aku yang agak terpinggir nih. Mungkin ramai yang tau, kalau muka aku je, mesti hobi menghabiskan duit. shopping, shopping, shopping. tapi... aku ada 1 hobi yang aku cakap agak terpinggir tadi. cooking!
tapi aku ikut mood. kalau tengah gian sangat nak masak, aku rajin la surf resepi yang susah-susah, payah-payah, leceh-leceh. baru thrill. kalau nak masak saja-saja suka, aku lebih gemar yang simple-simple tapi kena dengan selera aku dan family. aku suka try resepi yang baru. makanan yang mak aku jarang masak atau tak pernah masak langsung untuk kitorg makan.
so plan untuk minggu ini, nak masak stew ayam. dah lama nak try, tapi resepinya agak leceh. tadi jumpa yang simple tapi nampak macam sedap. nak try buat fruit tartlet a.k.a tart buah jugeee... yang ni memang feberet. daripada beli kat luar, baik aku buat sendiri boleh dapat 1 tupperware. dan juga, aku kena siapkan tempahan untuk bluberi cis tart.
molek sangat lah tuuu.. incik bf pun tengah berada di luar kawasan sekarang. so memang takde peluang la nak ber'dating'. so weekend ni penuh dengan aktiviti memasak je lah gamaknye. before masak-masak, karaoke dulu dengan ex schoolmate hari jumaat malam. ehehehehe...

Monday, November 30, 2009

New Moon


Seronok betul bila incik bf dah balik dari outstation, dapat tengok movie, dapat jalan-jalan, dapat shopping, hehehe. hari 1st incik bf sampai sini, kami pergi tonton phobia 2. walaupun agak ketinggalan sikit, aku tak kisah, janji dapat tengok dan orang belanja. 2nd movie, yang aku tunggu-tunggu. new moon, filem sequel twilight 2008. yang aku tunggu-tunggu tak lain dan tak bukannnnnnnnnnn.. Mr Edward Cullen yang hensem tuuuuu.. omaigoddd.. dari awal kemunculan edward, sampai lah dah nak habis cerita, gadis-gadis dalam panggung wayang, asek lah memuji edward tak sudah-sudah. hehehehe. aku? cume senyum-senyum jeee.. walaupun terasa macam nak menjerit. hahaha. lagi-lagi bila scene akhir, edward cakap ' will u marry me,bella?' nak pengsan rasanyaaa...

Monday, November 23, 2009

Maxis babi! bodoh! sial!

Sebab rm66.66sen punya hal, ko BAR line aku kan? sialan betul!! aku memang betul-betul marah! nasib baik aku tak meletup je kat maxis centre tadi. operator yang dalam telephone lagi la barai! cakap ikot suke hati. dah la nak call operator susah nak mampos. nak mampos pun lagi senang!
cakap boleh lek2 kan, ' orang , before kena bar, bayar la bil tu, ni dah kena bar, baru nak byr, memang la susah' mmg macam babi ah ayat die, operator maxis memang SUCKS! aku balas balik 'tak payah banyak cerita boleh tak?' pastu die cakap lagi, aku terus letak. pegi mampos dengan muke engkau, kalau aku jumpe depan-depan, aku baling muke ko dengan talipon office aku nih.
credit limit rm 300. total balance aku tak sampai 200 pun, ko dah kecoh macam kucing nak beranak, pegi bar line aku.
sukehati aku lah nak bayar cash ke, credit card ke, bukan duit bapak ko. dah la, message x boleh received. nak gune maybank2u pon tak boleh. memang betul-betul sial la maxis nih. dah 3 kali aku kena. enough laaa.. jangan kata aku racist lak, nk jatuh kan maxis, dah memang hakikatnya macam tuh. aku tunggu bf aku balik, terus tuka line celcom.

Wednesday, November 18, 2009

The little nyonya


Dah 2 hari berturut-turut aku telepas nak tonton my favorite drama. haih.. tapi semalam dapat makan kuih nyonya, nyum2.. cume rempah udang tak berkesempatan nak merasa, sebab dah habissss...

Monday, November 16, 2009

i want.. this!!!


Bila lah nak dapat ni... hari-hari lalu depan chanel boutique, tapi promoter tu tak de pulak offer nak bagi beg ni free.. ehe.


-encik idzwan latif, kalau ter'tengok' atau ter'nampak' entry ini, sila lah PM sy ye..


Friday, November 13, 2009

PAWS


'They can't ask for help, but we can.. Help us to save abandoned, abused & unwanted animals today!!'

Wednesday, November 11, 2009

Bok house a.k.a Le coq d'or in memory


Semalam aku ada lunch date dengan vendor dari sime darby. disebabkan vendor aku tu dah lambat, so tak dapat la nak ketuk dia makan kat chillis atau santini. so, kami decide nak makan kat NZ depan office aku. lepas makan, kitorang borak-borak la. macam-macam yang di borakkan, sampai lah tekeluar cerita pasal bangunan office aku ni katanya berpenunggu.

nak di jadikan cerita, rupa-rupanya vendor aku tu ex staff kat bangunan angkasaraya. dia sendiri pernah alami kejadian yang menyeramkan kat bangunan ni. kejadian tu jadi masa tu late 80's. then company dia pindah ke bangunan lain masa early 90's. masa tu aku rasa, bangunan kat jalan ampang ni takde lah maju macam sekarang. aura zaman british tu masih terasa kot.

sebelah dengan bangunan angkasaraya ni ada satu mansion, katanya milik seorang milionaire. vendor aku tu cerita lah.. die cakap, spirit kat bangunan angkasaraya ni ada berhubung kait dengan mansion tu, Le coq d'or. aku dengar je lah, tak berani nak buat ape-ape kesimpulan. memang aku perasan mansion kat sebelah ni. masa aku mula-mula kerja dulu around 2006, mansion tu masih ada, cuma dah tinggal separuh. ditutupi dengan semak samun, ada pokok-pokok menjalar, so nampak menyeramkan. tempat tak terbela, memang la macam tu.

mula-mula aku buat tak tau je cerita tentang mystery mansion tu, tapi sebab nak sangat tau history mansion tu, aku search kat internet. thanks god, jumpe!

dikenali dengan nama Bok House, ownernya seorang milionaire dari KL pengasas syarikat cycle & carriage, Chua Cheng Bok. the mansion was designed by swan & maclaren pada tahun 1926 dan siap pada tahun 1929. chua cheng bok turut memiliki coliseum cinema. then, masa early 60's bok house di jadikan restaurant dan tempat orang-orang kaya zaman dulu berpesta, party, buat majlis keramaian, di beri nama Le coq d'or.

zaman dulu mana ade zouk, tempat-tempat clubbing, so Le coq d'or la tempat bangsawan-bangsawan dan orang kaya duduk lepak, minum coffee, ada bar and small restaurant inside. bisnes berjalan seperti biasa until its closure in 2001. lepas baca and cari sikit bahan rujukan, aku rasa, ape yang vendor aku cerita tu macam tak masuk akal. pada late 2006, kerajaan mengambil keputusan untuk demolished that mansion.

ramai orang protes keputusan kerajaan untuk demolished that mansion. especially badan warisan malaysia. alasan kerajaan, Bok house tak tersenarai dalam list bangunan bersejarah di malaysia dan struktur bangunan Bok house tak selamat untuk manusia. biasalah kerajaan.. useless. ada duit, bukan nak baiki kerosakan kat bangunan lama, pegi joli katak.

menurut sumber-sumber yang pernah masuk dalam Bok house, terasa seperti kembali ke zaman dulu. reka bentuk, perabot, suasananya semua mengimbau kenangan lama. sayangnya semua tinggal kenangan.. cerita-cerita seram tentang Bok house tu aku lupakan seketika. terfikir, kenapa lah aku lambat tau pasal sejarah Bok house, kalau tak dah lama aku posing ambik-ambik gambar dalam mansion tu. hehehe..


- picture, credit to Azrul K.Abdullah




Tuesday, November 10, 2009

my lovely dai yang tian~


Lepas balik dari keje, pukul 6.00 petang mesti aku dah duduk tecongok depan tv. sebab nak tonton drama cina bersiri kegemaran aku, the little nyonya. tapi scene yamamoto yousuke dah lame habis, kena bunuh dengan tentera jepun. dari situ la aku jatuh cinta dengan lelaki ini. huahuahuahua..
-i love u dai yang tian! ahaks.

Monday, November 9, 2009

Si gila talak, kasihan mereka..

Manusia.. tak pernah lari dari perasaan jeles, iri hati, dengki khianat dengan kebahagiaan org lain. terasa mata macam di cucuk-cucuk dengan jarum kalau nampak kelibat orang yang di benci berjalan berpimpin tangan bahagia.. terasa macam nak bunuh saja orang yg di benci bila terdengar ungkapan i love you pada pasangannya. pasangannya tak lain tak bukan, pernah menjadi kekasihnya satu ketika dahulu. dengan makna lain, BEKAS kekasih lah sekarang ni.
aku rasa marah, sedih, geram teramat bila.. kawan aku di perlakukan macam tu. tinggal 2 minggu je lagi akan berlangsung majlis pertunangan my besfren dengan pasangannya. kenapa sekarang baru nak kacau hubungan diorang? kenapa baru sekarang nak serang secara mental? kenapa tak dari dulu lagi, masa diorang baru-baru bercinta? masa diorang baru-baru nak kenal?
facebook di jadikan medan untuk menyerang kawan aku secara mental. up headline benda yang mengarut-ngarut. yang boleh menyakitkan hati. ape semua tu? aku pon tak paham. as a woman, dah tentu-tentu kita akan melenting bila BEKAS kekasih dia cuba untuk flash back bnda yang dah lepas. motifnya? biaselah, try nk buat diorang bergaduh, end up tak jadi bertunang, tak jadi kawin, ape lah busuk sangat hati budak tu.
ye, lelaki tak kan pernah faham perasaan perempuan. memang bukan lelaki yang cari pasal dalam hal ni. tapi cubalah cari jalan penyelesaian supaya orang gila tu tak kan kacau korang lagi, serik nak kacau.
aku harap, kawan aku kuat dan tabah nak hadapi semua ni. cuba untuk buat bodoh, abaikan semua headline-headline bangang yang betina tu dah up, kalau nak lagi best, block je terus dia kat facebook tu, tak nampak terus lagi bagus dari nampak. nanti kita sakit hati. pegi mampos lah die nak up ape pun. tinggal 2 minggu jeee lagi. persiapan pon dah nak settel, lebih baik tumpukan perhatian dengan persiapan majlis korang daripada melayan angan-angan si gila talak.
kepada BEKAS-BEKAS kekasih di luar sana, wake up la weh, wake up! move on.. dah tiba masanya untuk korang move on.. cari hidup baru korang sendiri. jangan kacau kebahagiaan orang lain. kalau agak-agak, rase otak tu dah gila sangat, gila talak, gila bayang, cepat-cepat dapatkan rawatan kat hospital mental. insyaallah sembuh.

Tuesday, November 3, 2009

Iye ke??

ada orang cakap, kalau kita jumpa cinta baru, muka berseri-seri.

iye ke??

ntah la, aku pun tak tau. baru nak try, ahaks!

Friday, October 23, 2009

Amanah kah anda?

Cerita ni terjadi pada hari selasa yang lepas. hari dimana aku akan bukak mailbox office dan kutip semua surat-surat yang aku dah peram start dari hari jumaat petang sampai lah hari isnin. malas aku nak bukak hari-hari. bukan ade emas pun kat dalam mailbox tu. so.. lepas kutip semua surat. aku asingkan surat company dengan surat personal.
aku bukak 1-1. sampai ke plain envelope kaler coklat. tertera nama admin manager aku. tapi takde setem. nampak macam orang letak by hand je. aku cakap dalam hati, ni mesti resume nk mintak kerja lah ni. di sebabkan pengirim tak letak private and confidential, aku ade hak untuk bukak surat tu. jangan kata PNC, attn pun tak letak.
bila aku bukak, aku tarik surat dulu. tak nampak langsung macam surat rasmi. aku tak baca dulu isi kandungan surat sebab aku ternampak beberapa keping note USD100 dlm sampul tu tadi. aku blur sekejap, ini duit betul ke duit mainan macam game Saidina yang aku selalu main mase kecik-kecik dulu. belumba-lumba beli tanah, lepastu buat rumah, kalau dah agak-agak banyak sangat duit tu, buat hotel pulak atau tambah rumah. gile best main saidina.
untuk confirmation, aku tarik duit tu keluar dari sampul. oh my godddd... yesssss.. duit betul la wehhh.. aku tak sempat pun nak kira duit tu 1-1, aku terus baca surat tadi, dari samad (bukan nama sebenar) untuk HQ company aku kat dallas. pembayaran tiket kapal terbang balik ke malaysia dari dallas. sebab lepas balik dari dallas, si samad terus resigned atas sebab-sebab tertentu. tertera sekali dalam surat tu, berapa jumlah duit tu, USD1880. samad suruh admin manager aku hantar duit tu ke dallas.
envelope takde setem, takde siapa tau aku bukak mailbox, takde sape nampak duit tu, samad pun tak hantar apa-apa email pada admin manager aku, kiranya hanya aku sorang je yang tau. kalau korang, agak-agak, ape korang buat?

a) ambik je duit tu, bukan orang tau dan memang takde sape yang tau.
b) ambik separuh, separuh lagi bagi pada admin manager.
c) bagi semua.

sebab teperanjat tengok duit banyak, aku terus pegi bilik boss aku, serahkan duit tu. boss aku pun blur-blur sebab tak tau ape-ape. email pun takde, call pun takde dari samad untuk inform pasal duit tu. samad.. samad.. ape lah nak jadi. belajar pandai-pandai sampai ke US, tapi guna lah otak sikit. at least kalau hang hantar guna pos laju ke, pos express ke memang tak berani lah aku nak ambik sebab kena cop, sign dulu. ini tak, dengan tak de setem letak macam tu je dalam mailbox. buatnya kalau bukan aku yang bukak mailbox tu, orang lain yang bukak. tak ke naya..
lepas bagi duit beserta surat tu pada boss aku, tiba-tiba muncul rasa menyesal sebab tak ambik duit tu. kenapa lah aku bodoh sangat tak ambik duit tu tadi. bukan orang tau pun, kalau samad tanya aku cakap la tak jumpa ape-ape pun? memang boleh sangat kalau aku nak buat macam tu. sebab samad takde bukti. dengan duit USD tu bila aku convert ke RM, banyak aku boleh dapat, dekat 6k jugak.. demmm.. kenapa lah aku tak ambik tadi.
tapi.... aku takut bila mengenangkan akhirat nanti aku terpaksa gendong duit yang banyak tu, pegi cari samad sampai jumpa. ohh.. tidakkk.. tidakkk... tu kat akhirat, belum kat dunia, manalah tau tuhan nak bagi cash, kena buang kerja, rezeki disekat.. nauzubillah. nasib baik aku seorang yang amanah. ahaks. adakah anda juga amanah?

Thursday, October 22, 2009

Thank you~


Thanks again grandpa wesley =D for the lovely choc!

Wednesday, October 21, 2009

Monday, October 12, 2009

Pesaing??

Ape kejadahnye? GILA.

bawak la haluan masing-masing.. aku dah lama move on.

Tuesday, October 6, 2009

Sudah sembuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. akhirnya aku sembuh dari penyakit misteri minggu lepas. percutian ke ipoh kali ini rasanya macam tak membawa apa-apa makna langsung. bangun, makan ubat, tdo, bangun, makan ubat, tdo. itu je lah rutin harian aku. bosan betul. niat nak jalan-jalan, ambik-ambik gambar di pekan ipoh semua terbatal dengan serta-merta. rasanya penyeksaan selama 5 hari tu dah beransur-ansur pulih hari ini.
kepada sesiapa yang pernah pergi klinik bakti atau panel link dengan klinik bakti bandar seri permaisuri, baik jangan pegi lagi. menyesal aku pegi klinik tu, dah la doktor garang nak mampos macam harimau. harimau pun kalah. pastu salah bagi ubat, patut la aku tak baik-baik. bodoh punya doktor. hari ke 2 pun aku pegi sana lagi, dengan harapan dia check la aku betul-betul, hampeh.. tak check langsung, pastu tuduh aku cume nak MC, atuk dia. dah la tua kutuk. aku pun boleh jadi doktor kalau macam tu, setakat tanya aku sakit ape, suruh makan ubat, bebel-bebel. dah la masuk lambat, masuk bawak magazine hape tah, jalan lenggang kangkung pastu hempas pintu. die ingat dah bagus sangat la jadi doktor tu.. murahan betul.
petang tu aku ke klinik lagi, 3 kali bai pegi klinik. tapi kali ni klinik lucky milik pasangan suami isteri berbangsa india. bagus klinik tu, aku tunjuk semua ubat yang aku dapat dari klinik bakti. doc tu cakap, doc klinik bakti salah bagi ubat, lepas tu bengap sangat tak bagi aku antibiotik. dah la aku berhabis RM 60 kat sana. tapi tak leh pakai. doctor check aku, lepastu dia tanya aku nak drip air tak? memang sah-sah la aku jawab taknak.. aaaaaaaa... taknakkkk.. sakitttt.... doctor tu bagi aku ubat baru, lepastu dia pesan, kalau lepas 2hari tak ok jugak, datang lagi dan saya akan drip air untuk awak, aku kecut perut.. aku takut kene cucuk.. tapi aku cuma mengangguk-anggukkan kepala tanda paham.
tapi proses nak baik tu memang 1 lagi fasa penyiksaan. ambik masa 2 hari untuk recover dan 1 hari untuk betul-betul fully recover. dan hari ini sempena hari lahir aku yang ke 25, inilah hadiah yang paling bermakna aku rasa. aku dah sembuh~ alhamdulillah sangat.. terima kasih pada yang dah wish hepi besday kat aku.. =)

Thursday, October 1, 2009

Whats wrong?

Pagi ni, tak macam hari-hari biasa yang lain..
pening, loya, kebas, lemah, rasa darah tak sampai ke otak.. tiba-tiba aku rasa nak pitam. aku tunggu orang bangun dari seat lrt, tapi tak sorang pun yang bangun. aku dah tak larat lagi. aku berenti di stesen yang aku sendiri tak pernah turun sebelum ni. aku memang kena duduk. kalau aku lawan jugak, mungkin pitam.

Lama aku duduk... nak bagi stable balik.

kenapa dengan aku? aku pun tak tau..

Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday To You..


Happy Birthday incik BF

May God bless you

Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki

Amin...

I love you babe =)

Tuesday, September 29, 2009

Move on

'Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri'

antara bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang aku tujukan khas untuk orang-orang yang sedang berduka dan kecewa. aku di sini tersangat bahagia.. alhamdulillah...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Dah nak cukup sebulan kita semua umat islam berpuasa.. tinggal 1 hari je lagi nak menyambut hari raya aidilfitri.. orang pun dah ramai yang balik kampung. di kesempatan ini, aku nak mangucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin, drive carefully. tak sabar nak balik kampung petang ni. nasib baik bos bagi setengah hari.. hahaha!

Wednesday, September 16, 2009

Trimas STAR lrt..

Sampai office pukul 10.30, ape cerita? time-time orang nak pegi kerja la die nak naik taraf, tren la, landasan la.. takde otak agaknye. suke tengok orang bersesak-sesak nak pegi kerja. pukul 6.50 tren da start meragam. kalau kata nak bawak kereta tu, memang tak laaaa... sesak gila jalan pagi tadi.

akhernye aku balik rumah, tidur-tidur. pukul 9.30 aku keluar balik, semua dah ok. orang tak ramai. train pun smooth.. nasib baik harini 3-3 boss aku takde.. so, ambik la kesempatan yang ada ni nak datang lambat. hehehe. nasib baik tak cuti raya terussssssss...

Friday, September 11, 2009

Kehidupan seorang gadis berstatus single

6.30 am : alarm berbunyi ( tutup, set 6.45 am pulak)

6.45 am : alarm bunyi lagi, tutup ( dlm hati, 5minit, 5minit)

7.00 am : baru tersedar, cepat-cepat tarik tuala, pegi mandi.

7.20 am : baru siap pakai baju semua-semua lah.

7.25 am : keluar rumah, jalan kaki pegi star lrt.

7.40 am : baru naik star lrt.

7.55 am : sampai masjid jamek. tuka putra lrt pulakkkk..

8.15 am : sampai klcc, jalan lagi pegi office

8.20 am : baru sampai office (padahal office hour start pkl 8.00 am, ahaks)

8.30 am : on PC, bukak email, facebook, meebo, blog dan macam-macam lagi

11.45 am : keluar pegi klcc, cuci mata, shopping-shopping.

1.10 pm : baru sampai office, sambung buat kerja

4.20 pm : dah off PC, kemas-kemas nak balik (kalau bukan bulan pose, 4.45 dah menggigil nak balik)

5.30 pm : dah sampai rumah, tgk tv, tidur-tidur, baring-baring, golek-golek

7.16 pm : berbuka sorang. senang, tak banyak karenah.

8.00 pm : tengok berita

9.00 pm : mandi, tengok tv, dah siap-siap nak tidur...

11.00 pm : dah tidur da ponnn...

4.00 am : bangun sahur, sorang jugak..

5.00 am : tidur balik, set jam macam biasa

sekian~

Wednesday, September 9, 2009

Menu berbuka puasa

Kalau dulu, setahun yang lepas... menu berbuka aku bila keluar makan dengan sapuan, semua yang simple-simple je.. tak pernah pulak kami try nak mkn benda yang merepek-repek. yang simple-simple kat sini bermaksud, macam mcD, kfc, pizza hut.. tapi sekarang.. semua berbeza..
macam-macam yang kami cuba. kadang-kadang terasa macam membazir. tapi kalau bab makan, tak baik kedekut-kedekut orang cakap. sekarang kalau keluar berbuka berdua, dah tak main la mcD, kfc ni semua.. paling busuk pun nandos. itu fevret si sapuan. sekarang main line-line chilis, madam kwan, akan datang chakri palace. ehehe. bile di fikir-fikirkan balik.. banyak perubahan dalam setahun ni.
sape tau next year line-line hotel pulak. kalau ada rezeki dan berkemampuan, ape salahnye. puasa tahun lepas, mak aku masuk ward, sebab denggi. puasa tahun ni, sapuan pulak saspek denggi. ehe. wut goes around comes around. sudah lumrah..
puasa tahun depan? aku pun taktau.. sama-sama la tunggu dan lihat, ape lagi perubahan yang jadik!

Tuesday, September 8, 2009

Biarkan dia berkata-kata

Kalau kita buat bodoh senyap lah tuu..
tapi macam mana pulak kalau ada orang yang mengapi-api kan?
biasa lah tu.. orang dengki tak puas hati..
selalu orang cakap, kalau ko senyap, nanti lama-lama die penat, diam lah.
tapi mangkuk yang sekor ni tak mau diam-diam..

sebab?

ada batu api..

jadi perkara yang terbaik. aku diamkan, lagi pun hal remeh-temeh.
manusia dengan dengki khianat memang tak dapat dipisahkan.
bulan-bulan puasa pun jalan jee...

Monday, September 7, 2009

Berbuka dengan rakan-rakan

Semalam..
dah lama tak berbuka ramai-ramai. selalu berbuka sorang-sorang. paling ramai pun berdua dengan sapuan. tapi semalam, lepas seminggu plan bagai nak rak kat fb, akhernye 3 orang ex classmate masa kat uitm saje yang dapat datang. dari 7 orang, cuma 3 orang je yang ade. mana yang lain-lain? haaa.. yang lain-lain busy.. ada yang join fashion show, ada yang dah kawin, malas nak bawak baby katenye, ada yang dah kerja jauh kat utara dan yang lagi sorang, missing in action. semenjak dah terjebak dengan percintaan terlarang, dia menghilangkan diri. macam-macam betul kawan-kawan aku nih.
lokasi pilihan, madam kwan mid valley. rasanya macam madam kwan tu kami yang punya, ape taknye, bila ejun dah start gelak.. malas nak cerita. setahun tak jumpa, macam-macam yang di bualkan. dari kisah-kisah lama, gossip-gossip rakan seangkatan, engagement day, lawak-lawak bongok. sakit perut gelak. ape-ape pun semalam, memang betul-betul have fun guys! tak sangka pulak semua datang bawak bodyguard. hahaha.
lepas 4 tahun kita tinggal kan uitm s.alam, terasa macam baru je semalam kita balik dari kelas pak mat, pusing-pusing s.alam naik kereta kancil nik, menggelabah nak buat assigment last minute.. kenangan-kenangan.. susah nak lupakan. nak-nak bila kite last batch dip under graphic department yang tinggal kat itm s.alam. akher kata, i love all of you guys... nik, kay, ejun, marya, yana n nad.. =)

Friday, September 4, 2009

Jalan-jalan cari makan

Message masuk malam tadi.

'marmo dan anak-anak dah lari tinggalkan rumah. bobo pun same'

aku 'lari pegi mana? dah hilang terus la?'

'kalau tak balik malam ni, hilang teruslah'

aku cakap dalam hati. kalau hilang... urm.. tak tau nak cakap ape, takde la sedih sangat, tapi macam terkilan je kut. pastu takde lagi binatang yang aku nak lempang-lempang, buli-buli, jentik-jentik. hahahaha.

message masuk pagi tadi.

'marmo dah balik dah pagi tadi. bobo pun same.'

aku ' die pagi mana semalam?'

'pegi lepak jalan-jalan cari makan kat umah pak cik lan'

ceh mak aku ni, bikin saspen je...

Tuesday, September 1, 2009

Cuti - cuti merdeka day

Alhamdulillah.. ada jugak public holiday time bulan puasa ni. boleh aku mengerjakan misi utama. tidur tanpa gangguan. tidur tanpa berfikir kejap lagi nak pergi kerja. tidur tanpa ada bunyi-bunyi pelik dari talipon bimbit such as alarm and wut so ever.
cuti hari merdeka di mulakan dengan stuck dalam jem. dari tasik permaisuri ke bukit bintang. hari jumaat, biasalah org balik kerja. tapi sebab ayam nandos dah memanggil-manggil, aku gagahkan jugak kaki ke pavilion. lagipun sapuan kan ada.. dia kan pemandu tegarrr.. aku duduk sebelah je lah. hehehehe. pukul 7.30 kami masih di dalam kereta, tengok orang kiri kanan semua tengah mengunyah. aku pulak lupa nak bawak murtabak yang aku tapau lepas balik kerja, konon-konon sebagai persediaan la. last-last dua-dua melopong dalam kereta. pukul 8.00 baru kami dapat menikmati juadah berbuka.
lepas berbuka, aku pegi collect tiket movie. ORPHAN. terbaik... rasa macam nak repeat balik je. jalan cerita yang tak dapat nak di jangka. dari mula cerita sampai habis, semua ada related. sape tak pegi tengok, rugi + kodi. sebelum movie start, aku memang dah set nak shopping. konon-konon ni lah shopping yang pertama dan terakhir untuk raya nanti. tapi hampeh.. wedge roxy yang aku mimpi-mimpikan tu dah licin, habis orang sapu. aku suruh promoter check kat lain-lain tempat. saiz 7 dah habis. sedih betul! kalau aku tau ramai orang suka, awal-awal lagi aku dah pegi beli kat klcc. tinggal saiz 9. eii saiz 9 mana muat.. bigfoot muat la..
sebab aku sedih sangat-sangat, aku pun beli barang yang aku tak plan langsung nak beli. rip curl sling beg kat mooks. sangat berpatutan, rm 99 sahaje. rugi lah kalau aku tak beli. vintage design pulak tu. tinggal 1. daripada aku balik teringat-ingat, baik aku beli. pencarian wedge roxy akan diteruskan pada hari ahad. hari sabtu aku tidur je seharian. aku ke jusco bukit tinggi. tak penah-penah ke sana. sebab wedge roxy punya pasal, aku heret mak aku sekali ke jusco bukit tinggi. sampai-sampai je, tinggal 1, itu pun bukan design yang aku nak. tapi saiz 7, saiz aku. sebab aku rasa bengang sangat,nak sedapkan hati, aku gamble je beli. mak aku pun cakap ok. itu namanya wedge terpaksa. lepas ni kalau keluar lagi design baru, memang aku tak tunggu-tunggu lagi dah.
dari jusco bukit tinggi, aku bawak mak aku shopping kuih raya pulak kat kompleks pkns. lama gila aku tak turun shah alam. teringat zaman study dulu. masa tu SACC pun belum ada lagi, jangan kata SACC, kfc kat sec 2 tu pun tak ada lagi. penat tak ingat... balik shopping aku terus pengsan sampai pukul 6. hahaha. hari isnin, window shopping dengan sapuan. berbuka sekali. punyalah payah nak berbuka kat chillis. diorang hanya buka kepada orang yang bukan islam. muslim kena masuk pukul 6.15 pm sahaja. siap tulis-tulis nama, beratur panjang toksah cakap la.. dalam kepala aku dah teringat-ingat brokoli, mashed potato yg sedap.. nyum.. nyum..
akhirnya berkat kesabaran kitorang.. dapat pun tempat duduk. sapuan suka bukan kepalang. tapi kegembiraan yang hanya sementara. di sebabkan sapuan gatal-gatal nak mencuba makanan yang takda dalam gambar, konon-kononnya nak lain dari yang lain la.. sapuan dah order lauk kenduri mak cik jah. kahkahkahkah! lamb shank, taste orang tua-tua, di served dengan kuah dal yang ok laaa.. aku paksa sapuan habiskan makanan tu, kalau tak, aku takmo belanja lagi. sapuan pun sedaya upaya dengan kudrat yang ada, cuba menghabiskan lamb masak kurma yang akhirnya tak habis. membazir je!
akhirnya kami pulang dengan perut yang upset.... huuuuuuuu~~ kenyang betul...

Thursday, August 27, 2009

Ujian di bulan ramadhan

Pagi tadi, tak tau dari mana datangnya kerajinan aku, lepas sahur aku terus bangun mandi, siap-siap nak pergi kerja. excited semacam. selalunya aku memang akan sambung tidur balik. dah siap-siap, pukul 7 aku dah keluar rumah, selalu 7.30 baru tekedek-kedek nk kunci pintu dan grill rumah, padahal masuk office pukul 8.00, nasib baik takde punch card. macam mana rupa bentuk punch card tu pun aku tak tau.
so.. aku pun tunggulah star lrt sambil berangan-angan petang ni nak buka apa, padahal baru pukul 7.10 am. bila star lrt sampai, aku pun masuk, tak ramai orang. maklumlah, awal lagi. nak di jadikan cerita, bila nak dekat sampai stesen cheras, ade lah sorang minah ni pangkat kakak la dengan aku.. dia boleh terpijak kaki aku pulak.. kalau terpijak guna bahagian rata takpe, ni guna tumit kasut dia. tumit kasut makcik-makcik tu.. takde lah tinggi sangat tumitnya, tapi kalau dah kena kat kaki, sakit gakkk woo..
adoi.. sakit giler.. lepas tu, yang buat aku lagi angin, die boleh buat selamber tok kadok dieeee je. mintak maaf pon tak. aku tau lah dia tak sengaja, tapi at least kalau dia mintak maaf, kurang la sikit sakitnya. aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati. nasib baik tak terkeluar benda lain, cuma bodoh! bodoh! dan bodoh!. aku nak marah depan-depan, bulan puasa.. nanti orang cakap aku tak puasa. tak pe.. aku sabar dulu..
tengah geram menahan marah, aku dapat 1 idea yang mungkin la boleh menyedarkan minah sengal tu.. aku ambil talifon bimbit, aku bediri betul-betul sebelah minah sengal tu, aku buat-buat dial number sape-sape tah, then aku pura-pura becakap kat talifon..

' ejun, orang zaman sekarang ni, bodoh betul. dah pijak kaki orang tak reti nak mintak maaf. ape, die pikir tumit kasut die bagus sangat?, boleh blah laa.. haa.. okla, okla.. nanti kita jumpa kat office, bye'

padahal aku bukan 1 office pun dengan member aku tu.. kihkihkih.. tak dapat cakap direct kat minah tu pun tak pe lah, yang penting dia dah dengar dengan clean & clear. lantak dia lah nak terasa ke ape ke. bila sampai stesen masjid jamek, aku pun turun dengan senyuman puas.. =) selamat berpuasa di hari ke-6!!

-Agak-agak aku lulus tak ujian pertama bulan puasa nih? errr.. macam tak je.. ehe

Tuesday, August 25, 2009

Cuti sakit

Semalam aku cuti sakit. semua gara-gara berjangkit dengan sapuan. kami share minuman yang same. tapi alhamdullilah bukan gejala H1N1 atau denggi. cuma agak susah nak bernafas sebab hidung tersumbat. kalau di beri pilihan, selsema atau batuk, aku lebih rela batuk daripada selsema.. dah macam orang nak mati bernafas guna mulut.
kawan aku cakap sekarang musim orang demam, musim orang sakit. tapi kenapa perlu bermusim, aku pun tak faham. aku ingat aku boleh terkecuali dari golongan orang-orang yang sakit, rupanye aku pun boleh terlibat sama. bulan puasa tahun ni aku mulakan dengan demam batuk dan selsema.. berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya. syabas untuk aku.

-adoii tensionnya bila mukus overdose nihhhhhhhhh...

Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak

Sedar tak sedar, esok, umat islam seluruh dunia akan mengerjakan ibadat puasa lagi sekali seperti tahun-tahun yang sebelumnya. terasa masa cepat saja berlalu...
pejam celik pejam celik, ramadhan menjelma. bila dah masuk bulan baik ni, perangai dan tingkah laku pun mesti la baik dan terjaga. cerita pasal ramadhan.. banyak kenangan yang memang tak dapat aku lupakan. salah satu diantaranya, berbuka sorang-sorang. dah 2 tahun aku berbuka sorang di kota metropolitan ni. sahur pun sorang-sorang. kadang-kadang, ada gak la keluar berbuka dengan sapuan.. weekend balik klang, berbuka dengan family, berbuka dengan kawan-kawan. tapi kebiasaanya kalau hari kerja, memang berbuka sorang la jawabnya. balik keja aku dah siap-siap tapau utk juadah berbuka dan untuk bersahur.
selalunya kalau waktu bersahur, akulah orang yang paling alert sekali. sebab aku tak boleh skip sahur, kalau berbuka aku tak brape nak kisah sangat. disebabkan aku alert, aku lah yang jadi tukang kejut orang bangun sahur.. macam aku mungkin tak terasa sangat lah, sebab rumah mak dekat jeee.. berbanding dengan mereka-mereka yang duduk jauh dari kampung halaman.
di sebabkan tahun ni, puasa jatuh hari cuti, ramai lah orang yang berpusu-pusu nak balik kampung, nak menyambut hari pertama puasa dengan family tercinta. termasuk lah aku sekali. pada yang tak dapat balik tu.. banyak-banyak lah bersabar ye.. ehe.
di kesempatan ini jugak, aku nak mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN' maafkan segala salah dan silap sebelum kita mengerjakan ibadat puasa esok. pada yang masih menyimpan dendam dalam hati, yang suka mengganggu kebahagiaan aku.. terpulang pada anda, mahu memaafkan ataupun tidak.. aku hanya mampu memohon maaf dan berdoa agar anda berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. wassalam~

- tak sabar nak berpuasa bersama bobo dan honey =) ahli keluarga baru aku...

Thursday, August 20, 2009

Kejutan!

Dah 4 hari housemate aku tak balik rumah. aku pun taktau dia kemana. inform pun tak. masing-masing dah besar, pandai-pandai la dia jaga diri. kalau dia memang nk aku tau, awal-awal lagi mesti dah inform dia kemana. lupekan cerita pasal housemate aku.
aku nak cerita pasal hemster kesayangan dia yang gemok macam tuannya. hahahahaha. tengah aku syok2 tengok tv, tiba-tiba terasa macam nak shishi. aku pun cepat-cepat pegi washroom. aku tolak pintu washroom pelan-pelan. terasa macam ada sesuatu di belakang pintu.. cuma aku tak pasti apa.
rupa-rupanya makhluk kecil berbulu lebat. si gemok. yang paling kelakar, 2-2 tekejut dan melompat bila tenampak each other. aku takut dia, dia pun takut aku.. aku dh pening kepala, sebab aku takut nak pegang si gemok tu. takut kena gigit. so aku jalan bejingkit-jingkit, cari apa-apa alat yang patut nak buat menangkap si gemok tu, tak reti duduk diam dalam sangkar. aku pun tak tau macam mana boleh terlepas. bila aku cek balik sangkar, everything ok. takde 1 pun lubang besar yang boleh muat dengan saiz badan dia. masa mandi aku dah terfikir bukan-bukan.
takkan ada hantu yang lepaskan dia. rumah aku berhantu?? hahahhaa.. imaginasi di luar batasan. so aku decide, ambil plastik beg, then tabur makanan dalam beg plastik tu.. aku letak dekat-dekat dengan tempat dia menyorok. lama-lama dia datang dekat, dekat, dekat, dekat lagi.. dan terus masuk dlm plastik beg. akhernye aku tuang balik dia dalam sangkar.. sukahati akuu.. misi berjayaaaaaa~

Wednesday, August 19, 2009

Farewell for shazrina

Urmm... aku tak tau pun hari ni last day officemate aku yang sorang nih. agak terkejut jugak bila dia cakap hari ni last day. dah takde geng yang same-same bujang, dah takde geng yang sekepala. even dia baru 3bulan kerja, tapi kitorg rasa close dengan dia.
so macam biasa lah, mesti ade farewell party for her.. location, aku yang pilih, chillis. nasib baik datang awal. kalau tak, beratur la sampai pengsan kat luar restaurant. hasilnya perut kenyang dan rasa macam nak muntah, hahahahaha!!

Tuesday, August 18, 2009

No more joli~

Hari ini agak sucks.. bila bos dah balik dr bercuti.. bila bos dah masuk office.. dengan serta merta, game-game yang aku tekun mengadap last week, semua kena block seperti sediakala.. pasrah macam lagu erra fazira..

Kerja-kerja yang terbengkalai semua aku hadap hari ni.. seronok betulllll... wawawawaaa..

Monday, August 17, 2009

Weekend yang enjoy!

Dari Klang ke MTV world stage ke KAED ke pavilion. padat dan mampat.

Hari sabtu pagi aku dan sapuan dah gerak balik ke klang. misi utama untuk mengambil anak angkat. maklumlah.. usia dah pertengahan 20an ni kena lah prektis. kalau tak, bila lagi.. lagi pun sapuan memang dah lama teringin nak bela anak angkat. tapi disebabkan petang sabtu tu plan nak ke MTV, kami tinggalkan anak angkat tu kat rumah mak aku. mula-mula pelawaan sapuan untuk ke MTV ni aku fikir gak banyak-banyak kali. sekarang kan musim H1N1.. orang ramai tidak digalakkan berada di tempat yang crowded, kebarangkalian untuk mendapat penyakit berbahaya tu amat tinggi. tapi aku memang awal-awal lagi dah bersedia dengan mask zorro yang aku beli minggu lepas.
pukul 6.30 petang kami dah berada di dalam sunway lagoon, tapi bukan depan stage la.. belakang-belakang sudahhh.. nanti nak keluar susah pulak. bediri sudah, duduk sudah, melompat pun sudah.. tapi band-band yang kami tunggu tak muncul-muncul jugak. jijah muka dah ketat. nasib baik tiket free.. ehehehehe. tapi kami gagahkan jugak kaki bediri. memang aku nak tunggu jugak sampai keluar band yang boleh sing along sekali. hoobastank memang penyelamat. kali terakhir aku telompat-lompat tengok konsert ialah, 2 tahun lepas. kat bukit jalil, masa good charlotte datang, itu pun tiket free.. tibai je.
tapi konsert kali ni... rasanya aku tak habis lompat. sebab lepas hoobastank habis perform je, aku blah.. memang dah tak larat sangat. lapar pun lapar, haus pun haus.. gila, air mineral dalam tu di jual dengan harga rm5.00 sebotol. memang tak lahhhh aku nak beli. lagi pun masih boleh bertahan lagi.. melepas nak tengok all american reject perform, dengar je la suara diorang dari car park sunway tower.
Ahad petang aku dan sapuan gerak ke KAED pulak. KAED tahun ni tak meriah!! berbeza sungguh dengan tahun lepas.. orang tak ramai.. gerai tak banyak.. pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak. tapi tahun ni aku masuk rumah hantu. pengalaman yang sangat kelakar nak mampus. aku,jijah ngan kakak ipar jijah. kami bertiga di benarkan masuk bersama, kalau tak, syaratnya perempuan 2 orang, lelaki sorang-sorang. tapi.. lain pulak yang jadi. di sebabkan kakak ipar jijah memanglah sangat penakut, jadi kami bertiga tak begerak-gerak. duduk belakang pintu je dah 10 minit, menjerit-jerit kat situ, hantu makin ramai yang datang, bunyi locker tak payah cerita lah.. buat keadaan makin suspen. last-last, kitorg ckp ngan hantu tu nak keluar, sebab kakak ipar jijah dah menangis-nangis teduduk atas riba aku.. ahahahahahahahah!! kelakar-kelakar.. berat gak minah tu.. bila kakak ipar jijah keluar nangis-nangis carik laki dia, semua orang kat luar terdiam. jijah tanya aku nak teruskan atau tak.. aku macam 50-50.. tapi aku yakin dengan jijah, yelah sebab dia kan kakak.. so dia jalan depan. trick je tu.. sebab aku pun takot jugak.. huuuu..
alamak, tiba-tiba rasa menyesal pulak sebab cakap nak teruskan, dah la payah nak bejalan. kaki tesangkut-sangkut, hantu tak payah cakap la.. kiri kanan ada hantu.. aku ngan jijah dalam tu dah macam lumba lari. 2-2 nak cepat sampai. tapi macam tak sampai-sampai! dah la sesat. sebab gelap dan jalan agak keliru. jijah boleh pulak tecabut kasut kat tengah jalan. nak tinggalkan, kesian.. so aku tunggu dia, sama-sama cari kasut macam orang buta meraba-raba. kitorg siap tanya hantu tu, kasut hilang wehh.. tiba-tiba hantu tu campak kasut kat jijah. hahahaha..
kami teruskan lagi perjalanan yang ingatkan pendek, rupanye jauh lagi.. siap kena merangkak, kena tolak pintu locker, dalam locker ada hantu.. hahahahaha, seram kelakar.. bila dah sampai penghujung, selipar aku pulak tecabut.. adoii.. dah la tecabut depan hantu..

aku 'weh selipar weh.. tecabut.. mane?? mane?? tolong la weh??

jijah ' weh, cepat la cari..'

hantu 'adik keluar dulu, nanti kitorg carikkan'

hebat tak?? aku boleh becakap dengan hantuuuuu... tapi nasib baik jijah nampak selipar aku, lepas sarung je, 2-2 meluru ke pintu keluar, macam orang gila. sampai je luar, semua gelakkan kitorang.. gelak je tak bes la kan.. baik pegi masuk sendiri. baru la true.. last-last sapuan dan mok pon menyahut cabaran kami.. kalau nak tau pengalaman diorang, kena interview diorang sendiri.
lepas penat belari-lari macam orang gila dalam rumah hantu, aku ngan sapuan pegi tengok movie kat pavilion pulak. call rezazer suh usha kan tiket. 9.50 the proposal, pavilion. cerita tu memang aku dah lama nak tengok. sebab sapuan asik lah busyyyyyyyyyy memanjang, malam semalam baru dapat tengok. best! kelakar.. hasilnya, pagi tadi aku bangun lambat. sampai office pukul 8.40.. bagus betul... nasib baik bos takde.. ehehehehe..

-sapa tak masuk rumah hantu memang kodi!


Wednesday, August 12, 2009

Joli lagi!

Hari ni masuk hari ke 3 aku menggoyang-goyangkan kaki di tempat kerja yang aman, sunyi dan sepi. hari-hari aku melantak game,game,game. macam orang tak penah jumpa game. boss yang selalu lalu-lalang kat tempat aku, cuti seminggu. hantar anak study oversea katanya. ntah-ntah honeymoon kali ke 5. bagus jugak dia cuti. aku pun ikut cuti sama. bukan cuti tak datang kerja, tapi cuti dari sebarang kerja. hahahaha.. heaven sungguh...
tapi kalau ikutkan, perangai aku nih ok la lagi.. dari sorang officemate aku ni, mentang-mentang boss tu takde, die boleh tumpang tidor pulak kat bilik orang tu. dari pagi dia masuk kerja, dia dah inform aku awal-awal.

'aku kat bilik sini tau, nak tidur, aku kunci pintu'

aku pandang je muka dia, macam susah nak percaya, sebab tak pernah-pernah dia buat perangai macam ni, then aku pun anggukkan kepala tanda paham. tapi aku tak kisah pun, tidur la berapa lama pun yang ko nak, asal jangan kacau aku main game.
dan yang lagi memelikkan aku, kenapa game-game online sebelum ni, yang di block, semua boleh bukak dan main. hairan bin ajaib betul. kalau tak sebelum ni, aku agak ketinggalan la dengan kawan-kawan yang game diorang tak kena block. harap-harap diorang takkan block lagi lepas ni. aminnnn...
bila bos takda, lunch yang sepatutnya 1jam, kitorang tambah lagi 1 jam. maknanya seminggu ni, waktu lunch kami semua 2jam. office hour yang sepatutnya mula jam 8.00 pagi, kami mulakan dengan 8.30 pagi. office yang sepatutnya tutup pukul 5, kami pendekkan ke pukul 4.30. joli.. joli.. joli lagi sementara peluang masih adaaaaaaaaaa....

Saturday, August 8, 2009

Alone, bored & lonely...

Tak penah rasanya semua orang yang aku sayang, tinggalkan aku dalam 1 masa yang sama. tapi sekarang semua tu jadi betul. maksud aku bukan tinggalkan aku ke mana.. tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. mereka semua menuju ke destinasi yang berbeza, cuma 1 tujuan yang sama, bercuti.
aku terasa macam sama dengan dinding kat rumah ni.. sehari suntuk aku tak bercakap.. cuma bercakap dengan menggunakan jari. YM, meebo, facebook chat. jari tangan sahaja yang bergerak.. nasib baik encik bf tinggalkan laptop, adik aku tinggalkan broadband. kalau tak, memang mati kutu. kesian gak diorang kat aku rupenye.. ehe. nasib baik jugak encik bf asek call je dari sabah, ade jugak teman nak berborak.. tapi kejap-kejap je lah. aku ada lagi 1 hari untuk ditempuh.. should be ok kot..
bila sorang-sorang macam ni, aku rasa lebih menghargai apa yang aku ada sekarang, hargai orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku. sebab aku dah rasa hari ni, hidup sorang. selalunya orang cakap, bila time-time macam ni, masa yang terbaik untuk aku menyetan. pg clubbing, lepak-lepak sampai 3-4 pagi..
tapi.. masa tu semua dah berlalu. tu semua zaman kanak-kanak dulu boleh la.. sekarang aku lebih selesa duduk rumah je, teperuk sorang-sorang daripada pegi tempat-tempat macam tu. sekarang bukan zaman itu lagi.. sekarang zaman untuk aku terus kedepan, fikirkan tentang masa depan. panas pulak malam ni.. jiran kiri kanan pun takde.. nasib baik jiran depan rumah ada. takde la aku lagi terasa macam duduk kat dunia ni sorang-sorang. rasanya kena berhenti sampai sini, nak mandi.. ahaks.

-duduk rumah diam-diam, tunggu souvenir je lahhhh...

Wednesday, August 5, 2009

gajah in memory..

ini gajah mase kecik, badan berkurap, kurus kering je..
ini gajah & fren
Ini gajah dah besar, comel, gemuk, dah tak kurus macam dulu lagi.. i will miss u gajah~



Monday, August 3, 2009

Mengantuk

Mengantuk atau dalam bahasa inggeris di kenali dengan sleepy adalah masalah yang aku tanggung sekarang. jarang rasanya aku mengantuk sampai tahap macam ni. tapi entah kenapa hari ni, lain dari yang lain. aku rasa macam nak lari balik rumah. tidur sampai esok pagi baru bangun. handphone di matikan supanya tiada anasir-anasir luar yang menganggu waktu beradu. di selimuti comforter, dikelilingi bantal-bantal dan teddy bear.


kalaulah~


hakikatnya..........


aku tgh menghadap PC usang sambil jari menari-nari menekan keyboard key in invoice code, YM, Facebook, dan update blog. ahaks..

Saturday, August 1, 2009

Get well soon~

i'll pray for u baby~
cuz i love u.. so much..
it was sad to see u just lay down and can't do anything like ur other friends..

i love u.. =((

Monday, July 20, 2009

Man U vs Malaysia


Panas + sakit tekak + sakit perut gelak. terima kasih kepada penaja tiket, terima kasih jugak pada budak-budak milo yang beli air 100plus sekotak, jasa mu tetap dikenang.. ape-ape pun, Owen I LOVE YOUUU!!!! =D



*Farizal pun ok jugak. ahaks.




Friday, July 17, 2009

Period pain, arghh..!


What i have to do is just keep quiet and breath......

Thursday, July 16, 2009

Cuti 4 hari

Last week punya mood cuti masih terbawa-bawa lagi sampai ke hari ini. nasib baik hari ni dah khamis. lagi bagus kalau hari ni hari jumaat. kalau jumaat last week, aku drive sorang-sorang dari KL ke JB, bunyi agak rare. betolak dari tol sg.besi pukul 10.00 pg. letih + penat, tapi seronok. seronok drive sorang-sorang sebab dapat melalak dalam kereta sorang-sorang tanpa ada pengkritik yang nak kritik tentang suara aku. tapi lama-lama penat gak.. lagi-lagi bila dah nampak signboard 'SEMPADAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM', ingatkan dah nak sampai.. jalan lagi depan siket, nampak signboard lagi, 'YONG PENG 94KM'. adoiyaiii... nak menyampaikan ke yong peng tu, becinta betullll... batang idung tol skudai tak nampak-nampak jugak. maklumlah, sebelum ni ade driver kat sebelah, so aku boleh tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan, dengan syarat pasang lagu hatko, mesti encik driver tak mengantuk punya. janji tak kacau aku tidur.
tepat pukul 12.45 aku sampai ESSO pasir gudang. tunggu cik qiqin yang nak tunjuk jalan ke taman pasir putih. tunggu punya tunggu punya tunggu, at last sampai pun cik qiqin. malam tu kami ke JJ tebrau nak nonton movie obsessed. lepas tu ke Smart beli dvd, lepas tu lepak rumah limas, sebab aku mengidam nak makan pari bakar, ehehehe. sapuan, reza, naza & mael pun datang melepak sekejap. haritu, pukul 1.00 pagi baru aku dan qiqin sampai rumah.
esok paginya, tugas aku pun bermula sebagai pengapit. malam sebelum tu dah kecoh, sebab baju aku ngan baju pengapit lelaki, si sapuan, lain kaler. nasib baik reza ade baju melayu berkolar kaler hitam. rare betul, baju melayu ade kolar kan? nama saintifiknya baju melayu cekak musang. tapi tak guna gak, sebab sapuan bukan pakai pun, dia setia dengan uniform pengapit sebelah jijah haritu. bantai je lah. bukan lame pun nak bersanding. pukul 12.45 aku dan qiqin sampai taman gunung emas, ulu tiram.
aku, qiqin & delia sebelum ni ada plan nak mendulang emas kat kaki-kaki gunung tu, tapi sebab cuaca tak mengizinkan, kami lupakan saje hasrat nak mendulang emas. layan ayam goreng lauk kenduri lagi best. sampai je rumah pengantin, mak pengantin dah tarik-tarik aku, introduce kat makcik-makcik yang ade laa aku penah jumpe sebelum ni, ade gak yang aku tak penah jumpe. mata melilau-lilau carik sapuan & budak-budak lomo.
dah habis sessi berkenal-kenalan bersama makcik-makcik sapuan, aku terussss ke meja rakan-rakan yang dah lame sampai tapi tak makan lagi. tunggu aku ke tunggu pengantin, aku pun tak pasti. pukul 1.00 ptg, pengantin sampai, tapi kompang pulak buat hal. lambatt.. tunggu lagi... budak kompang tak sempat turun dari motor lagi, kami dah berarak. panasnyaaa... aduh.. tapi aku tengok jijah rilek je bawah cahaya matahari yang terik. tapi aku tau, itu semua lakonan semata. pengantin lah katekan. bahahaha..
kenduri yang meriah + penat + letih gelak + panas = best. pukul 6.00 ptg kami semua beransur pulang, tapi tak pulang terus, melencong ke rumah delia, tukar-tukar baju, gossip-gossip sikit, pastu terus ke roost. budak-budak lomo yang lain memang dah ada yang tunggu kat sana. lepak punya lepak punya makan, pukul 12.00 mlm baru aku dan qiqin sampai rumah. kami tidur tak ingat dunia...
esok paginya, ahad pagi, aku, qiqin & reza breakfast kat mcD depan tesco. aku pun taktau ape nama tempat tu. teman qiqin belanja barang dapur dengan emaknya. plan nak pegi waterfall kota tinggi. tapi dah lewat, lagipun sapuan tak habis kemas rumah lagi, cik delia pulak busy dengan family matters. akhirnya petang tu kami ke diva. melalak 2jam, sakit tekak & telinga. lagi-lagi bila sapuan & reza nyanyi lagu nada tinggi. aku, qiqin, keng & mael rilek-rilek jeeee...
kami dinner kat restoran aliff yang service macam haram. layankan je lah.. hari ahad malam tu aku & qiqin sampai rumah awal sikit, pukul 11.00 kot. 3malam berturut-turut balik lambat, nasib baik mak qiqin sporting. ehehehe.. esok pagi nya, isnin pagi, aku betolak dari pasir gudang ke tiram sorang-sorang sebab nak pick up sapuan. tak banyak kereta, best betul. pukul 10.00 pagi kami bertolak balik kl. sekian sahaja report 4 hari aku bercuti di JB.

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Pengantin Baru!!

SELESAI...




























Photo by GG jambu










Thursday, July 9, 2009

MJ Memorial (1958 - 2009)



"Ever since I was born, Daddy has been the best father you could ever imagine. And I just wanted to say I love him so much," - Paris Katherine Jackson

Thursday, July 2, 2009

MJ concert in Bucharest : Dangerous tour


Minggu lepas, kita semua di kejutkan dengan pemergian King of Pop, Michael Jackson. Rasa macam tak percaya, sebab MJ dalam proses untuk buat comeback 13 July 09 ni di London. aku sendiri tengok berita tentang pengumuman his final concert. tapi tu lah, ajal maut di tangan tuhan.. mungkin dari pengumuman tu sebenarnya kita boleh dapat agak yang dia dah nak pergi, tapi.. biasalah lepas orang tu dah tak ada baru kita dapat baca, apa yang orang tu cuba nak sampaikan.

Aku bukan lah kipas susah mati MJ, aku peminat yang biasa-biasa. tak terlalu fanatik dan tak pulak mengeji. tak di nafikan, aku membesar dengan lagu-lagu MJ. dari kecik aku suka tengok video clip Thriller dan black or white. lepas tu heal the world, you are not alone dan man in the mirror.

semalam, aku tengok balik DVD concert terakhir MJ di bucharest. concert tu memang yang terbaik bagi aku. memang puas hati, sampai boleh ulang banyak-banyak kali. tarian, nyanyian.. semua bertenaga. seronoknya bila MJ start nyanyi lagu Smooth criminal, rasa macam nak menari sama. 1 benda tentang MJ, dia sayang amat sama peminat-peminat dia. kalau tak, dia takkan menangis atas pentas untuk peminat-peminat.

tapi sayang, cuma 16 lagu je, lagu-lagu baru takde. 2 jam tu rasanya sekejap sangat! aku harap AEG akan keluarkan DVD sewaktu MJ buat rehersal di london. no wonder orang gelar dia King of pop, setiap persembahan dia memang tak akan menghampakan. R.I.P MJ....



You Are Not Alone

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold


Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Thursday, June 25, 2009

Eropah

Pagi tadi, sampai je office, aku disapa ramah oleh seseorang yang aku tak berapa nak kenal lah. tapi dia senyum ramah. sambil hulurkan tangan untuk berjabat. aku sambut.

'hi, klaus'
aku 'hi, morning. nuruz'
'are u bz? sedikit?'
aku 'not yet'

sama-sama gelak. owh.. dia.. our rig crew. datang office sebab nak submit passport. malam ni nak balik croatia. esok nak pegi holiday dgn family ke greece. alamak, syoknyaaa...
aku ajak dia borak-borak, sementara nak tunggu passport dia. aku nak tau, apa ada kat croatia? apa yg menarik? sebab aku teringin nak pegi dan tgk tempat-tempat mcm tu.
officemate aku ckp, croatia is a 3rd world country. mungkin. sebab tengok bangunan-bangunan dia semua batu-batu macam zaman dulu. jalan pun batu-batu jugak macam dalam cerita vampire tuuu.. tapi tgk kat internet je la..
klaus ckp, sekarang summer time. sampai penghujung bulan september, barulah winter. so they will have a white christmas.. yela, bersalji. winter sampai penghujung bulan march. dari croatia, boleh travel ke negara-negara eropah yang lain. tak jauh pun, kalau teringin nak naik gondola, pegi lah venice. cuma 1jam stengah je perjalanan dari croatia. kalau nk pegi switzerland, 3jam perjalanan. kira macam dari kl - jb la. u can travel by car or train. its up to u.
croatia bersempadan dengan italy. so, orang-orang sana fasih sekurang-kurangnya, 3 bahasa. hrvatski, italy and english language. hrvatski bahasa pertama yang di dahulukan, ke2 italy dan ke3 baru english.

'sometimes i will speak italy, croatia with my family, it depends what language u start in the morning'

owh.. bagus betul. hehe. dia cerita lagi. diorang punya goverment akan push rakyat dia belajar lebih banyak bahasa. antaranya germany (deutsch) dan france. kalau yang kerja dengan tourism tu, sekurang-kurangnya kena fasih 5 bahasa. hrvatski, italy, english, germany & france.
klaus pun boleh tahan jugak, boleh cakap malay sikit-sikit. kira ok lah tuu.. daripada mat saleh lain, dah duk sini lama, tak reti-reti jugak cakap bahasa melayu. yang diorang tau, 'ok lah, ok lah' aku pun reti. klaus tny aku,

'are u married?'
aku 'no, not yet, i'm single'
'well, next time u can married european man, so than u can go jalan-jalan to my place'
aku 'eheeee...' dalam hati ( not my taste laaaa...)

nanti dah kumpul duit banyak-banyakkkkkkkkk.. aku nak col klaus, suh dia jadi tourist guide, boleh cut cost. bahahaha..

Tuesday, June 23, 2009

After midnight

After midnight i shall kidnap you from the world
and i'll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand
you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only
after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i'll watch you sleep
you are exactly where you supposed to be
and if they come for you
they would have to find me
stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only