Tuesday, September 1, 2009

Cuti - cuti merdeka day

Alhamdulillah.. ada jugak public holiday time bulan puasa ni. boleh aku mengerjakan misi utama. tidur tanpa gangguan. tidur tanpa berfikir kejap lagi nak pergi kerja. tidur tanpa ada bunyi-bunyi pelik dari talipon bimbit such as alarm and wut so ever.
cuti hari merdeka di mulakan dengan stuck dalam jem. dari tasik permaisuri ke bukit bintang. hari jumaat, biasalah org balik kerja. tapi sebab ayam nandos dah memanggil-manggil, aku gagahkan jugak kaki ke pavilion. lagipun sapuan kan ada.. dia kan pemandu tegarrr.. aku duduk sebelah je lah. hehehehe. pukul 7.30 kami masih di dalam kereta, tengok orang kiri kanan semua tengah mengunyah. aku pulak lupa nak bawak murtabak yang aku tapau lepas balik kerja, konon-konon sebagai persediaan la. last-last dua-dua melopong dalam kereta. pukul 8.00 baru kami dapat menikmati juadah berbuka.
lepas berbuka, aku pegi collect tiket movie. ORPHAN. terbaik... rasa macam nak repeat balik je. jalan cerita yang tak dapat nak di jangka. dari mula cerita sampai habis, semua ada related. sape tak pegi tengok, rugi + kodi. sebelum movie start, aku memang dah set nak shopping. konon-konon ni lah shopping yang pertama dan terakhir untuk raya nanti. tapi hampeh.. wedge roxy yang aku mimpi-mimpikan tu dah licin, habis orang sapu. aku suruh promoter check kat lain-lain tempat. saiz 7 dah habis. sedih betul! kalau aku tau ramai orang suka, awal-awal lagi aku dah pegi beli kat klcc. tinggal saiz 9. eii saiz 9 mana muat.. bigfoot muat la..
sebab aku sedih sangat-sangat, aku pun beli barang yang aku tak plan langsung nak beli. rip curl sling beg kat mooks. sangat berpatutan, rm 99 sahaje. rugi lah kalau aku tak beli. vintage design pulak tu. tinggal 1. daripada aku balik teringat-ingat, baik aku beli. pencarian wedge roxy akan diteruskan pada hari ahad. hari sabtu aku tidur je seharian. aku ke jusco bukit tinggi. tak penah-penah ke sana. sebab wedge roxy punya pasal, aku heret mak aku sekali ke jusco bukit tinggi. sampai-sampai je, tinggal 1, itu pun bukan design yang aku nak. tapi saiz 7, saiz aku. sebab aku rasa bengang sangat,nak sedapkan hati, aku gamble je beli. mak aku pun cakap ok. itu namanya wedge terpaksa. lepas ni kalau keluar lagi design baru, memang aku tak tunggu-tunggu lagi dah.
dari jusco bukit tinggi, aku bawak mak aku shopping kuih raya pulak kat kompleks pkns. lama gila aku tak turun shah alam. teringat zaman study dulu. masa tu SACC pun belum ada lagi, jangan kata SACC, kfc kat sec 2 tu pun tak ada lagi. penat tak ingat... balik shopping aku terus pengsan sampai pukul 6. hahaha. hari isnin, window shopping dengan sapuan. berbuka sekali. punyalah payah nak berbuka kat chillis. diorang hanya buka kepada orang yang bukan islam. muslim kena masuk pukul 6.15 pm sahaja. siap tulis-tulis nama, beratur panjang toksah cakap la.. dalam kepala aku dah teringat-ingat brokoli, mashed potato yg sedap.. nyum.. nyum..
akhirnya berkat kesabaran kitorang.. dapat pun tempat duduk. sapuan suka bukan kepalang. tapi kegembiraan yang hanya sementara. di sebabkan sapuan gatal-gatal nak mencuba makanan yang takda dalam gambar, konon-kononnya nak lain dari yang lain la.. sapuan dah order lauk kenduri mak cik jah. kahkahkahkah! lamb shank, taste orang tua-tua, di served dengan kuah dal yang ok laaa.. aku paksa sapuan habiskan makanan tu, kalau tak, aku takmo belanja lagi. sapuan pun sedaya upaya dengan kudrat yang ada, cuba menghabiskan lamb masak kurma yang akhirnya tak habis. membazir je!
akhirnya kami pulang dengan perut yang upset.... huuuuuuuu~~ kenyang betul...

No comments: