Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi. akhirnya aku sembuh dari penyakit misteri minggu lepas. percutian ke ipoh kali ini rasanya macam tak membawa apa-apa makna langsung. bangun, makan ubat, tdo, bangun, makan ubat, tdo. itu je lah rutin harian aku. bosan betul. niat nak jalan-jalan, ambik-ambik gambar di pekan ipoh semua terbatal dengan serta-merta. rasanya penyeksaan selama 5 hari tu dah beransur-ansur pulih hari ini.
kepada sesiapa yang pernah pergi klinik bakti atau panel link dengan klinik bakti bandar seri permaisuri, baik jangan pegi lagi. menyesal aku pegi klinik tu, dah la doktor garang nak mampos macam harimau. harimau pun kalah. pastu salah bagi ubat, patut la aku tak baik-baik. bodoh punya doktor. hari ke 2 pun aku pegi sana lagi, dengan harapan dia check la aku betul-betul, hampeh.. tak check langsung, pastu tuduh aku cume nak MC, atuk dia. dah la tua kutuk. aku pun boleh jadi doktor kalau macam tu, setakat tanya aku sakit ape, suruh makan ubat, bebel-bebel. dah la masuk lambat, masuk bawak magazine hape tah, jalan lenggang kangkung pastu hempas pintu. die ingat dah bagus sangat la jadi doktor tu.. murahan betul.
petang tu aku ke klinik lagi, 3 kali bai pegi klinik. tapi kali ni klinik lucky milik pasangan suami isteri berbangsa india. bagus klinik tu, aku tunjuk semua ubat yang aku dapat dari klinik bakti. doc tu cakap, doc klinik bakti salah bagi ubat, lepas tu bengap sangat tak bagi aku antibiotik. dah la aku berhabis RM 60 kat sana. tapi tak leh pakai. doctor check aku, lepastu dia tanya aku nak drip air tak? memang sah-sah la aku jawab taknak.. aaaaaaaa... taknakkkk.. sakitttt.... doctor tu bagi aku ubat baru, lepastu dia pesan, kalau lepas 2hari tak ok jugak, datang lagi dan saya akan drip air untuk awak, aku kecut perut.. aku takut kene cucuk.. tapi aku cuma mengangguk-anggukkan kepala tanda paham.
tapi proses nak baik tu memang 1 lagi fasa penyiksaan. ambik masa 2 hari untuk recover dan 1 hari untuk betul-betul fully recover. dan hari ini sempena hari lahir aku yang ke 25, inilah hadiah yang paling bermakna aku rasa. aku dah sembuh~ alhamdulillah sangat.. terima kasih pada yang dah wish hepi besday kat aku.. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




6 comments:
weh..lu sakit aper?
wah.
bday awak 6 okt ke?
sah la tu ada baby,
wakakaka lagii
jijah: penyakit misteri.. wawawawa
cik baby: ye lorhhhh.. semalam.. he
reza ngek ngok: bnyk ah ko pny baby! huh!
bukan 25 tahun ke?
anony: eh alamak, ha ah la.. 25.. lupe la pulak.. kehkehkehkeh..
Post a Comment