Friday, October 23, 2009

Amanah kah anda?

Cerita ni terjadi pada hari selasa yang lepas. hari dimana aku akan bukak mailbox office dan kutip semua surat-surat yang aku dah peram start dari hari jumaat petang sampai lah hari isnin. malas aku nak bukak hari-hari. bukan ade emas pun kat dalam mailbox tu. so.. lepas kutip semua surat. aku asingkan surat company dengan surat personal.
aku bukak 1-1. sampai ke plain envelope kaler coklat. tertera nama admin manager aku. tapi takde setem. nampak macam orang letak by hand je. aku cakap dalam hati, ni mesti resume nk mintak kerja lah ni. di sebabkan pengirim tak letak private and confidential, aku ade hak untuk bukak surat tu. jangan kata PNC, attn pun tak letak.
bila aku bukak, aku tarik surat dulu. tak nampak langsung macam surat rasmi. aku tak baca dulu isi kandungan surat sebab aku ternampak beberapa keping note USD100 dlm sampul tu tadi. aku blur sekejap, ini duit betul ke duit mainan macam game Saidina yang aku selalu main mase kecik-kecik dulu. belumba-lumba beli tanah, lepastu buat rumah, kalau dah agak-agak banyak sangat duit tu, buat hotel pulak atau tambah rumah. gile best main saidina.
untuk confirmation, aku tarik duit tu keluar dari sampul. oh my godddd... yesssss.. duit betul la wehhh.. aku tak sempat pun nak kira duit tu 1-1, aku terus baca surat tadi, dari samad (bukan nama sebenar) untuk HQ company aku kat dallas. pembayaran tiket kapal terbang balik ke malaysia dari dallas. sebab lepas balik dari dallas, si samad terus resigned atas sebab-sebab tertentu. tertera sekali dalam surat tu, berapa jumlah duit tu, USD1880. samad suruh admin manager aku hantar duit tu ke dallas.
envelope takde setem, takde siapa tau aku bukak mailbox, takde sape nampak duit tu, samad pun tak hantar apa-apa email pada admin manager aku, kiranya hanya aku sorang je yang tau. kalau korang, agak-agak, ape korang buat?

a) ambik je duit tu, bukan orang tau dan memang takde sape yang tau.
b) ambik separuh, separuh lagi bagi pada admin manager.
c) bagi semua.

sebab teperanjat tengok duit banyak, aku terus pegi bilik boss aku, serahkan duit tu. boss aku pun blur-blur sebab tak tau ape-ape. email pun takde, call pun takde dari samad untuk inform pasal duit tu. samad.. samad.. ape lah nak jadi. belajar pandai-pandai sampai ke US, tapi guna lah otak sikit. at least kalau hang hantar guna pos laju ke, pos express ke memang tak berani lah aku nak ambik sebab kena cop, sign dulu. ini tak, dengan tak de setem letak macam tu je dalam mailbox. buatnya kalau bukan aku yang bukak mailbox tu, orang lain yang bukak. tak ke naya..
lepas bagi duit beserta surat tu pada boss aku, tiba-tiba muncul rasa menyesal sebab tak ambik duit tu. kenapa lah aku bodoh sangat tak ambik duit tu tadi. bukan orang tau pun, kalau samad tanya aku cakap la tak jumpa ape-ape pun? memang boleh sangat kalau aku nak buat macam tu. sebab samad takde bukti. dengan duit USD tu bila aku convert ke RM, banyak aku boleh dapat, dekat 6k jugak.. demmm.. kenapa lah aku tak ambik tadi.
tapi.... aku takut bila mengenangkan akhirat nanti aku terpaksa gendong duit yang banyak tu, pegi cari samad sampai jumpa. ohh.. tidakkk.. tidakkk... tu kat akhirat, belum kat dunia, manalah tau tuhan nak bagi cash, kena buang kerja, rezeki disekat.. nauzubillah. nasib baik aku seorang yang amanah. ahaks. adakah anda juga amanah?

3 comments:

susudalambotol said...

wow. USD tu awak. kalau hati di goda syaitan, dah selamatkan? bukannya ada orang tau pun.

kerja mesti amanah. baru berkat :)

iyan said...

6k?

groupset XT
frame giant XTC 09
SID fork race 09
carbon handle/stem
wheelset fulcrum metal 5

fuhh...
cukup2...

Atomizer said...

hidd: tu la.. USD. ehe. betul2, kerja mesti amanah, rezeki pun halal. huhu.

yayan: ha ah, lepastu hang dgn basikal2 hang skali tegolek masuk longkang sebab duit haram. x berkat. bwk2 mengucap.. ahaks!