Wednesday, September 30, 2009

Happy Birthday To You..


Happy Birthday incik BF

May God bless you

Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki

Amin...

I love you babe =)

Tuesday, September 29, 2009

Move on

'Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri'

antara bait-bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang aku tujukan khas untuk orang-orang yang sedang berduka dan kecewa. aku di sini tersangat bahagia.. alhamdulillah...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Dah nak cukup sebulan kita semua umat islam berpuasa.. tinggal 1 hari je lagi nak menyambut hari raya aidilfitri.. orang pun dah ramai yang balik kampung. di kesempatan ini, aku nak mangucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin, drive carefully. tak sabar nak balik kampung petang ni. nasib baik bos bagi setengah hari.. hahaha!

Wednesday, September 16, 2009

Trimas STAR lrt..

Sampai office pukul 10.30, ape cerita? time-time orang nak pegi kerja la die nak naik taraf, tren la, landasan la.. takde otak agaknye. suke tengok orang bersesak-sesak nak pegi kerja. pukul 6.50 tren da start meragam. kalau kata nak bawak kereta tu, memang tak laaaa... sesak gila jalan pagi tadi.

akhernye aku balik rumah, tidur-tidur. pukul 9.30 aku keluar balik, semua dah ok. orang tak ramai. train pun smooth.. nasib baik harini 3-3 boss aku takde.. so, ambik la kesempatan yang ada ni nak datang lambat. hehehe. nasib baik tak cuti raya terussssssss...

Friday, September 11, 2009

Kehidupan seorang gadis berstatus single

6.30 am : alarm berbunyi ( tutup, set 6.45 am pulak)

6.45 am : alarm bunyi lagi, tutup ( dlm hati, 5minit, 5minit)

7.00 am : baru tersedar, cepat-cepat tarik tuala, pegi mandi.

7.20 am : baru siap pakai baju semua-semua lah.

7.25 am : keluar rumah, jalan kaki pegi star lrt.

7.40 am : baru naik star lrt.

7.55 am : sampai masjid jamek. tuka putra lrt pulakkkk..

8.15 am : sampai klcc, jalan lagi pegi office

8.20 am : baru sampai office (padahal office hour start pkl 8.00 am, ahaks)

8.30 am : on PC, bukak email, facebook, meebo, blog dan macam-macam lagi

11.45 am : keluar pegi klcc, cuci mata, shopping-shopping.

1.10 pm : baru sampai office, sambung buat kerja

4.20 pm : dah off PC, kemas-kemas nak balik (kalau bukan bulan pose, 4.45 dah menggigil nak balik)

5.30 pm : dah sampai rumah, tgk tv, tidur-tidur, baring-baring, golek-golek

7.16 pm : berbuka sorang. senang, tak banyak karenah.

8.00 pm : tengok berita

9.00 pm : mandi, tengok tv, dah siap-siap nak tidur...

11.00 pm : dah tidur da ponnn...

4.00 am : bangun sahur, sorang jugak..

5.00 am : tidur balik, set jam macam biasa

sekian~

Wednesday, September 9, 2009

Menu berbuka puasa

Kalau dulu, setahun yang lepas... menu berbuka aku bila keluar makan dengan sapuan, semua yang simple-simple je.. tak pernah pulak kami try nak mkn benda yang merepek-repek. yang simple-simple kat sini bermaksud, macam mcD, kfc, pizza hut.. tapi sekarang.. semua berbeza..
macam-macam yang kami cuba. kadang-kadang terasa macam membazir. tapi kalau bab makan, tak baik kedekut-kedekut orang cakap. sekarang kalau keluar berbuka berdua, dah tak main la mcD, kfc ni semua.. paling busuk pun nandos. itu fevret si sapuan. sekarang main line-line chilis, madam kwan, akan datang chakri palace. ehehe. bile di fikir-fikirkan balik.. banyak perubahan dalam setahun ni.
sape tau next year line-line hotel pulak. kalau ada rezeki dan berkemampuan, ape salahnye. puasa tahun lepas, mak aku masuk ward, sebab denggi. puasa tahun ni, sapuan pulak saspek denggi. ehe. wut goes around comes around. sudah lumrah..
puasa tahun depan? aku pun taktau.. sama-sama la tunggu dan lihat, ape lagi perubahan yang jadik!

Tuesday, September 8, 2009

Biarkan dia berkata-kata

Kalau kita buat bodoh senyap lah tuu..
tapi macam mana pulak kalau ada orang yang mengapi-api kan?
biasa lah tu.. orang dengki tak puas hati..
selalu orang cakap, kalau ko senyap, nanti lama-lama die penat, diam lah.
tapi mangkuk yang sekor ni tak mau diam-diam..

sebab?

ada batu api..

jadi perkara yang terbaik. aku diamkan, lagi pun hal remeh-temeh.
manusia dengan dengki khianat memang tak dapat dipisahkan.
bulan-bulan puasa pun jalan jee...

Monday, September 7, 2009

Berbuka dengan rakan-rakan

Semalam..
dah lama tak berbuka ramai-ramai. selalu berbuka sorang-sorang. paling ramai pun berdua dengan sapuan. tapi semalam, lepas seminggu plan bagai nak rak kat fb, akhernye 3 orang ex classmate masa kat uitm saje yang dapat datang. dari 7 orang, cuma 3 orang je yang ade. mana yang lain-lain? haaa.. yang lain-lain busy.. ada yang join fashion show, ada yang dah kawin, malas nak bawak baby katenye, ada yang dah kerja jauh kat utara dan yang lagi sorang, missing in action. semenjak dah terjebak dengan percintaan terlarang, dia menghilangkan diri. macam-macam betul kawan-kawan aku nih.
lokasi pilihan, madam kwan mid valley. rasanya macam madam kwan tu kami yang punya, ape taknye, bila ejun dah start gelak.. malas nak cerita. setahun tak jumpa, macam-macam yang di bualkan. dari kisah-kisah lama, gossip-gossip rakan seangkatan, engagement day, lawak-lawak bongok. sakit perut gelak. ape-ape pun semalam, memang betul-betul have fun guys! tak sangka pulak semua datang bawak bodyguard. hahaha.
lepas 4 tahun kita tinggal kan uitm s.alam, terasa macam baru je semalam kita balik dari kelas pak mat, pusing-pusing s.alam naik kereta kancil nik, menggelabah nak buat assigment last minute.. kenangan-kenangan.. susah nak lupakan. nak-nak bila kite last batch dip under graphic department yang tinggal kat itm s.alam. akher kata, i love all of you guys... nik, kay, ejun, marya, yana n nad.. =)

Friday, September 4, 2009

Jalan-jalan cari makan

Message masuk malam tadi.

'marmo dan anak-anak dah lari tinggalkan rumah. bobo pun same'

aku 'lari pegi mana? dah hilang terus la?'

'kalau tak balik malam ni, hilang teruslah'

aku cakap dalam hati. kalau hilang... urm.. tak tau nak cakap ape, takde la sedih sangat, tapi macam terkilan je kut. pastu takde lagi binatang yang aku nak lempang-lempang, buli-buli, jentik-jentik. hahahaha.

message masuk pagi tadi.

'marmo dah balik dah pagi tadi. bobo pun same.'

aku ' die pagi mana semalam?'

'pegi lepak jalan-jalan cari makan kat umah pak cik lan'

ceh mak aku ni, bikin saspen je...

Tuesday, September 1, 2009

Cuti - cuti merdeka day

Alhamdulillah.. ada jugak public holiday time bulan puasa ni. boleh aku mengerjakan misi utama. tidur tanpa gangguan. tidur tanpa berfikir kejap lagi nak pergi kerja. tidur tanpa ada bunyi-bunyi pelik dari talipon bimbit such as alarm and wut so ever.
cuti hari merdeka di mulakan dengan stuck dalam jem. dari tasik permaisuri ke bukit bintang. hari jumaat, biasalah org balik kerja. tapi sebab ayam nandos dah memanggil-manggil, aku gagahkan jugak kaki ke pavilion. lagipun sapuan kan ada.. dia kan pemandu tegarrr.. aku duduk sebelah je lah. hehehehe. pukul 7.30 kami masih di dalam kereta, tengok orang kiri kanan semua tengah mengunyah. aku pulak lupa nak bawak murtabak yang aku tapau lepas balik kerja, konon-konon sebagai persediaan la. last-last dua-dua melopong dalam kereta. pukul 8.00 baru kami dapat menikmati juadah berbuka.
lepas berbuka, aku pegi collect tiket movie. ORPHAN. terbaik... rasa macam nak repeat balik je. jalan cerita yang tak dapat nak di jangka. dari mula cerita sampai habis, semua ada related. sape tak pegi tengok, rugi + kodi. sebelum movie start, aku memang dah set nak shopping. konon-konon ni lah shopping yang pertama dan terakhir untuk raya nanti. tapi hampeh.. wedge roxy yang aku mimpi-mimpikan tu dah licin, habis orang sapu. aku suruh promoter check kat lain-lain tempat. saiz 7 dah habis. sedih betul! kalau aku tau ramai orang suka, awal-awal lagi aku dah pegi beli kat klcc. tinggal saiz 9. eii saiz 9 mana muat.. bigfoot muat la..
sebab aku sedih sangat-sangat, aku pun beli barang yang aku tak plan langsung nak beli. rip curl sling beg kat mooks. sangat berpatutan, rm 99 sahaje. rugi lah kalau aku tak beli. vintage design pulak tu. tinggal 1. daripada aku balik teringat-ingat, baik aku beli. pencarian wedge roxy akan diteruskan pada hari ahad. hari sabtu aku tidur je seharian. aku ke jusco bukit tinggi. tak penah-penah ke sana. sebab wedge roxy punya pasal, aku heret mak aku sekali ke jusco bukit tinggi. sampai-sampai je, tinggal 1, itu pun bukan design yang aku nak. tapi saiz 7, saiz aku. sebab aku rasa bengang sangat,nak sedapkan hati, aku gamble je beli. mak aku pun cakap ok. itu namanya wedge terpaksa. lepas ni kalau keluar lagi design baru, memang aku tak tunggu-tunggu lagi dah.
dari jusco bukit tinggi, aku bawak mak aku shopping kuih raya pulak kat kompleks pkns. lama gila aku tak turun shah alam. teringat zaman study dulu. masa tu SACC pun belum ada lagi, jangan kata SACC, kfc kat sec 2 tu pun tak ada lagi. penat tak ingat... balik shopping aku terus pengsan sampai pukul 6. hahaha. hari isnin, window shopping dengan sapuan. berbuka sekali. punyalah payah nak berbuka kat chillis. diorang hanya buka kepada orang yang bukan islam. muslim kena masuk pukul 6.15 pm sahaja. siap tulis-tulis nama, beratur panjang toksah cakap la.. dalam kepala aku dah teringat-ingat brokoli, mashed potato yg sedap.. nyum.. nyum..
akhirnya berkat kesabaran kitorang.. dapat pun tempat duduk. sapuan suka bukan kepalang. tapi kegembiraan yang hanya sementara. di sebabkan sapuan gatal-gatal nak mencuba makanan yang takda dalam gambar, konon-kononnya nak lain dari yang lain la.. sapuan dah order lauk kenduri mak cik jah. kahkahkahkah! lamb shank, taste orang tua-tua, di served dengan kuah dal yang ok laaa.. aku paksa sapuan habiskan makanan tu, kalau tak, aku takmo belanja lagi. sapuan pun sedaya upaya dengan kudrat yang ada, cuba menghabiskan lamb masak kurma yang akhirnya tak habis. membazir je!
akhirnya kami pulang dengan perut yang upset.... huuuuuuuu~~ kenyang betul...