Last week punya mood cuti masih terbawa-bawa lagi sampai ke hari ini. nasib baik hari ni dah khamis. lagi bagus kalau hari ni hari jumaat. kalau jumaat last week, aku drive sorang-sorang dari KL ke JB, bunyi agak rare. betolak dari tol sg.besi pukul 10.00 pg. letih + penat, tapi seronok. seronok drive sorang-sorang sebab dapat melalak dalam kereta sorang-sorang tanpa ada pengkritik yang nak kritik tentang suara aku. tapi lama-lama penat gak.. lagi-lagi bila dah nampak signboard 'SEMPADAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM', ingatkan dah nak sampai.. jalan lagi depan siket, nampak signboard lagi, 'YONG PENG 94KM'. adoiyaiii... nak menyampaikan ke yong peng tu, becinta betullll... batang idung tol skudai tak nampak-nampak jugak. maklumlah, sebelum ni ade driver kat sebelah, so aku boleh tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan, dengan syarat pasang lagu hatko, mesti encik driver tak mengantuk punya. janji tak kacau aku tidur.
tepat pukul 12.45 aku sampai ESSO pasir gudang. tunggu cik qiqin yang nak tunjuk jalan ke taman pasir putih. tunggu punya tunggu punya tunggu, at last sampai pun cik qiqin. malam tu kami ke JJ tebrau nak nonton movie obsessed. lepas tu ke Smart beli dvd, lepas tu lepak rumah limas, sebab aku mengidam nak makan pari bakar, ehehehe. sapuan, reza, naza & mael pun datang melepak sekejap. haritu, pukul 1.00 pagi baru aku dan qiqin sampai rumah.
esok paginya, tugas aku pun bermula sebagai pengapit. malam sebelum tu dah kecoh, sebab baju aku ngan baju pengapit lelaki, si sapuan, lain kaler. nasib baik reza ade baju melayu berkolar kaler hitam. rare betul, baju melayu ade kolar kan? nama saintifiknya baju melayu cekak musang. tapi tak guna gak, sebab sapuan bukan pakai pun, dia setia dengan uniform pengapit sebelah jijah haritu. bantai je lah. bukan lame pun nak bersanding. pukul 12.45 aku dan qiqin sampai taman gunung emas, ulu tiram.
aku, qiqin & delia sebelum ni ada plan nak mendulang emas kat kaki-kaki gunung tu, tapi sebab cuaca tak mengizinkan, kami lupakan saje hasrat nak mendulang emas. layan ayam goreng lauk kenduri lagi best. sampai je rumah pengantin, mak pengantin dah tarik-tarik aku, introduce kat makcik-makcik yang ade laa aku penah jumpe sebelum ni, ade gak yang aku tak penah jumpe. mata melilau-lilau carik sapuan & budak-budak lomo.
dah habis sessi berkenal-kenalan bersama makcik-makcik sapuan, aku terussss ke meja rakan-rakan yang dah lame sampai tapi tak makan lagi. tunggu aku ke tunggu pengantin, aku pun tak pasti. pukul 1.00 ptg, pengantin sampai, tapi kompang pulak buat hal. lambatt.. tunggu lagi... budak kompang tak sempat turun dari motor lagi, kami dah berarak. panasnyaaa... aduh.. tapi aku tengok jijah rilek je bawah cahaya matahari yang terik. tapi aku tau, itu semua lakonan semata. pengantin lah katekan. bahahaha..
kenduri yang meriah + penat + letih gelak + panas = best. pukul 6.00 ptg kami semua beransur pulang, tapi tak pulang terus, melencong ke rumah delia, tukar-tukar baju, gossip-gossip sikit, pastu terus ke roost. budak-budak lomo yang lain memang dah ada yang tunggu kat sana. lepak punya lepak punya makan, pukul 12.00 mlm baru aku dan qiqin sampai rumah. kami tidur tak ingat dunia...
esok paginya, ahad pagi, aku, qiqin & reza breakfast kat mcD depan tesco. aku pun taktau ape nama tempat tu. teman qiqin belanja barang dapur dengan emaknya. plan nak pegi waterfall kota tinggi. tapi dah lewat, lagipun sapuan tak habis kemas rumah lagi, cik delia pulak busy dengan family matters. akhirnya petang tu kami ke diva. melalak 2jam, sakit tekak & telinga. lagi-lagi bila sapuan & reza nyanyi lagu nada tinggi. aku, qiqin, keng & mael rilek-rilek jeeee...
kami dinner kat restoran aliff yang service macam haram. layankan je lah.. hari ahad malam tu aku & qiqin sampai rumah awal sikit, pukul 11.00 kot. 3malam berturut-turut balik lambat, nasib baik mak qiqin sporting. ehehehe.. esok pagi nya, isnin pagi, aku betolak dari pasir gudang ke tiram sorang-sorang sebab nak pick up sapuan. tak banyak kereta, best betul. pukul 10.00 pagi kami bertolak balik kl. sekian sahaja report 4 hari aku bercuti di JB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




3 comments:
:)
jeles ohh.
nak blk jb gak.
:(
eqin: senyum2 ade makne tu.. =p
cik baby: balik la.. huhuhu. mesti da lame x blk heh.
Post a Comment