Friday, May 29, 2009

Port Dickson

Aduhai...
malasnya nak pegi PD besok..
ini semua gara-gara gila mengayuh.
sapuan pandai-pandai deal dengan ayah aku, setuju mengayuh ke PD beramai-ramai.
aku lebih rela duduk rumah makan chips sambil tengok tv...

malasnyaaaaaaaaaaaaaaa..........!!!!!!!!!!!!!

Major service

Semalam, aku agak tensi bila mengenangkan kereta kesayangan di major service dengan perodua. sapuan col dan bagitau, budget yang harus di standby around 400++. aku tak pernah tau pon pasal major minor service ni. tapi lepas di teliti dan di belek dengan mechanic perodua, sapuan cakap banyak yang perlu ditukar. aku bukan tau sangat hal-hal kereta ni. tukar je la ape pun yang patut di tukar.
kantoi jugak 2 kali aku service kat kedai luar. abang mechanic tu boleh tau sebab rekod aku banyak yang skip-skip kilometer. lepas ni dah tobat tak nak service luar lagi. biar la keluar duit lebih sikit service kat perodua tiap-tiap 2 bulan sekali dari keluar duit selepuk macam ni. ehe...

Maxis Idiot

3 hari lepas, aku memang angin sangat dengan maxis. iklan-iklan kat tv tu semua tak boleh percaya. tu semua penipu. service bagus konon. bagus kepala hotak dia. pagi-pagi lagi aku dah mengamuk kat office. semua sebab line telefone aku kena potong dgn maxis bodoh.
mane lah aku tak mengamuk sakan. bil semua dah bayar. tibe-tibe takde angin, takde ribut die boleh potong sesuka hati mak bapak dia je. as what i know, aku dah settel semua bil dari start aku dapat bil sampai lah sekarang. memang tak de pending payment langsung. aku pun dengan bengangnye col maxis customer service yang konon-kononnya friendly.
1st yang angkat lelaki. dia tuduh aku tak bayar bil bulan lepas, atuk dia! aku bayar sampai 3 kali, dia kata aku tak bayar bil. aku terus check dengan maybank. sebab aku selalu bayar guna maybank2u. senang, cepat. maybank sahkan yang aku dah buat pembayaran. aku dapatkan dan print semua bukti-bukti pembayaran. aku col balik maxis. perempuan pulak yang angkat. bila dia check-check aku punya account information, dah bayar pulak. macam haram.

'sebentar saya check ye cik'
'ok'
'oh, bill sudah dibayar'
'memang saya bayar! sape kate saya tak bayar! maxis bodoh! suka-suka potong line orang!'
'kan saya dah cakap tadi cik bayar'
'memang la, sekarang baru cakap bayar, dah tau saya bayar, kenapa bodoh sangat simply cut my line?'

dia terdiam

'ok, we will activate your line within 2 hours'
'ah, takde nanti-nanti, sekarang! buduh!'

tutttt.. aku letak phone. malas nak cakap dengan orang bongok.

kalau aku jumpa lelaki yang 1st tu memang aku tumbuk muka dia. nasib baik dalam telephone. kalau face 2 face memang aku dah baling kerusi meja kat muka dia. cakap macam robot yang dah di programkan. dah la tak update information. lepastu suka-suka potong line orang. sebabnya aku nak buat emergency call kat mak aku. tibe-tibe keluar voice message yang cakap aku kena buat pembayaran untuk aktif kan line. memang kena laa...
selalunya kalau lepas col maxis customer service, maxis akan hantar message berapa rate yang kita nak bagi untuk diorang punya service. rate 1-5, 1 paling teruk dan 5 paling bagus. aku tak pernah ambik port pun bnda-benda tu sebelum ni. tapi sebab maxis dah buat hal dengan aku, aku send la 1. kalau boleh send 0, dah lama aku buat.
ni kali ke 2 aku kena. kalau sampai kali ke 3.. jaga-jaga maxis. aku saman korang rm6.2 juta! huh.

Tuesday, May 26, 2009

Halfday

'Jom halfday? bole kite pegi badger, ikea, jalan-jalan' sambil tersenyum kambing
'orang tu dah gaji, boleh la cerita..'
'alaaa, jom je la.. i sponsor'

dalam hati aku, bagus jugak, ade sugar daddy yang nak support.

'tapi nak cakap ape? i mana reti menipu, i insan yang jujur'
'cakap je la ada benda nak settle, jom laaaaa...'
'ha, okla2. dah cakap dah pon'
'yey! =D'

*akhirnya aku dapat 2 helai baju anti beauty, makan mitball ikea free. tak sia-sia halfday =p, nanti kalau nak halfday lagi, calling-calling la ye incik sapuan. thanks for the baju, hihihihi.

Tuesday, May 19, 2009

Good bye~

Pagi-pagi lagi aku dah sibuk transfer lagu dari handphone ke mp3. enviroment office macam biasa je. macam hari-hari sebelumnya. sunyi, sepi. yang dengar cuma bunyi-bunyi ketukan keyboard. sambil dengar lagu-lagu kat pc usang aku ni, dengar jugak bunyi orang tengah mengemas fail-fail dan barang peribadi. dari bilik boss aku.
kotak aku dah orderkan dari last week lagi. biar lah dia bekemas-kemas. malas nak kacau. mintak-mintak dia pon tak kacau aku. tengah sibuk setelkan timesheet untuk orang-orang rig, officemate aku datang.

'kent fly to australia this thursday'

maknanya betul lah khabar-khabar angin yang aku dengar. he will be promoted and will transfer out to australia. i dont know for how many years. duhh.. kent, even we always arguing each other and almost everyday we keep fighting like brother and sister. i'm very-very sure i will miss you as a friend dude.
our first engineer trainee from malaysia yang success with flying colours move to another stage. baru semalam makan-makan nandos kat klcc. gossip-gossip. gelak-gelak. then tomorrow dah last day kat kl office. so sudden. after completed 3 years as engineer trainee, at last dude, your dreams come true. lepas ni, just wait and see, who's will transfer out next.

*yey! bole jalan-jalan perth nanti! =D

Friday, May 15, 2009

Transformasi

Satu transformasi akan berlaku tak lama lagi di office aku. transformasi yang melibatkan pihak atasan. pihak atasan pun tak ramai. ada 3 orang je. rig manager merangkap branch manager aku akan di transfer ke qatar. semalam meeting tergempar, ingatkan nak cakap pasal bonus ke ape ke. rupanya nak cakap pasal kekecewaan dia kena transfer.
aku dah lama tau. cuma sebagai pihak yang bawah-bawah. aku malas nak masuk campur. sebab ini melibatkan pertelingkahan antara pihak atasan aku dengan syarikat minyak gergasi malaysia. tak payah la nak mention nama. paham-paham sendiri.
ye, memang aku akui. kebanyakan foreigner yang bekerja atau di tugaskan di bumi bertuah malaysia ni, kebanyakannya tak nak balik dah. jangan cakap bangla, indon, nepal, mat saleh pon samee jeee. begitu jugak dengan bos aku ni. semalam dia melahirkan rasa kecewa la, sedih, sebab kena transfer out. ke middle east pulak tu. dia selesa tinggal kat malaysia ni. best katenye. lebih-lebih lagi, 2 orang anak dia lahir kat malaysia.
he's a very sporting and fun boss. i like to work with him. but, no body's perfect. sebab sedikit pertelingkahan yang menyentuh aspek agama dan kebudayaan rakyat malaysia, dia di tendang keluar dari negara ni.
lepas 4 tahun bermastautin kat malaysia, aku tau berat hati dia nak tinggalkan office branch di malaysia. malaysia terbaik katenye. sebelum ni dia pernah bertugas di africa, venezuela dan lain-lain negara lagi. tapi malaysia tetap yang terbaik. dah 4 tahun dia duduk kat malaysia, tapi sayang, dia tak nak belajar tentang kebudayaan kita. makanan tempatan pun dia tak berapa nak gemar. kalau ade makan-makan je dia mesti nak western style. aku ikutkan aje.
kadang-kadang he treat me as a sister or daughter, so do i. i treat him as a father. sometimes la. kalau bab-bab kerja dia memang seorang bos yang tegas. tapi tak lah gerun sangat. hahaha. sementara dia takde nanti sorang lagi bos aku, orang dutch akan ganti tempat dia. tapi bukan permanent la. yang ni aku suka. suka sangat. sebab dia memanglah kelakar sangat. kalau lepak borak dengan dia, memang 24/7 gelak je tak habis-habis. aku prefer dia yang jadi branch manager. tapi sebab masalah kesihatan, dia tolak tawaran tu. siapalah agaknya yang bakal gantikan tempat bos aku nanti.
kalau sporting jugak, ok lah. tapi kalau garang. mampus aku. mintak-mintak bukan orang arab. aku tak suka. mentality lain. dah pernah ada pengalaman pun sebelum ni, kerja ngan bos arab. tak suka, tak suka. dia pon kerja kat malaysia tak lama, 6-7 bulan je, pastu mintak transfer balik ke middle east. bagus. hope ini semua jadi satu pengajaran untuk boss aku. nasib baik dia buat perangai kat malaysia. kalau buat perangai kat indonesia, dah lama orang buang kat laut. hehe.

Monday, May 11, 2009

you rock my world =)

Tak tau, entah kenapa tiba-tiba hati aku jadi sayu.... agaknya sebab internet down 1 hari ni. kejap-kejap on, kejap-kejap off. haih.. pening kepala. atau sebab benda-benda tak baik yang jadi lately. dan tak ada orang lain lagi yang aku nak kacau, tak lain tak bukan, my addicted. sapuan. walaupun dia busy outstation di kampung halaman aku dengan sample-sample ape tah. aku tetap kacau dia. huhuhu.

Hadiah Hari Ibu

Selalunya bila tiba hari ibu, macam-macam plan dah di rancang untuk ibu tersayang, ada yang plan nak belikan hadiah, plan nak belanja makan, plan bawa keluar jalan-jalan. macam aku, aku cuma bagi duit je. tepulang kat mak nak beli apa yang dia suka.
tapi, kes adik aku ni lain sikit. dia bagi mak aku hadiah yang ibu-ibu lain semua kalau boleh mintak di jauhkan dari anak-anak mereka. hadiah ni memang aku sendiri tak menyangka akan jadi. ye la, orang ckp, malang tak berbau. samalah apa yang jadi kat adik aku.
lepas balik dari spa, aku ngan delia terus ke pyramid. nak teman delia cari handbeg katenye. baru masuk parking zon, handphone berbunyi. mummy..
aku dengar nenek eksident. tapi bila dengar betul-betul, adik aku eksident. memang jauh benar bunyinya. tak sempat pun nk jejak kaki kat lantai pyramid, aku terus bayar parking dan pecut balik. mak suruh aku terus pegi hospital ampuan rahimah klang. sampai hospital, aku pegi kaunter ICU. tanya nama pesakit. pakcik tu cakap, tak ada nama adik aku. aku dah pelik. biar betul ICU. aku suruh dia cek balik. rupanya pihak hospital letak dia kat rawatan untuk pesakit luar.
aku dah lah tak pernah handle kes-kes eksident macam ni. parents still on the way lagi. aku nampak adik aku duduk atas kerusi roda. muka dah bedarah-darah tak payah cerita lah. ngeri tengok darah yang dah hampir-hampir kering. masih boleh di letak kat rawatan untuk pesakit luar? what the fish?? dengan muka membengkak. aku senyapkan dulu. sebab aku masih tak tau hujung pangkal.
bediri di sebelah adik aku, pakcik driver teksi yang boleh di katakan besalah la dalam hal ni. dah la hanjing, menipu. first time tengok muka osman hanjing ni, muka baik betul. cakap pun lembut je. dia yang tolong hantar adik aku ke hospital. osman hanjing ni pon satu, bukak pintu tak tengok dulu ade kereta lalu ke, ade motor lalu ke. main bukakkkkkkkk aje. kalau abah aku, memang marah betul dia kalau aku tak tengok-tengok dulu kenderaan lain sebelum bukak pintu kereta. pulak tu si osman hanjing ni parking kat selekoh.
osman hanjing panggil aku, dia cakap ade 2 jalan untuk selesaikan masalah ni. report polis atau selesai kita-kita je. kawan osman hanjing disebelah hanya tersengih-sengih seperti ikan buntal kekenyangan. aku blur. aku tak tau nak cakap apa. last-last aku cakap, biar ayah saya yang decide semuanya. memang saya anak yang sulung. tapi parents saya still ada lagi. lagi pun diorang lagi arif bab-bab macam ni.
aku pun tak de lah angin sangat dengan si osman hanjing ni, sebab die cakap pun elok-elok je. dia kena minta diri dulu. katanya ada hal. cuma bagi nombor telephone untuk beritahu dia apa-apa keputusan yang kami akan buat nanti. 15minit lepas tu parents aku sampai. adik aku? masih dibiarkan macam ikan kering kat atas kerusi roda tanpa sebarang rawatan langsung. hospital kerajaan. baru aku tau. betapa hampehnya hospital kerajaan. bukan anti kerajaan. cuma aku bosan je dengan janji-janji orang kerajaan. servis semakin bagus. taik dia bagus.
buat aku berfikir, betapa pentingnya insurans. ya, malang tidak berbau. terus aku terfikir tentang takaful, etika, prudential, ing. dan-dan tu jugak aku teringat.
mak aku dah nangis-nangis. aku malas nak tengok cerekarama, aku keluar kejap ambik angin. bila keadaan dah agak reda, aku cakap dengan mak, kita hantar private hospital. mak memang dah tak sanggup nak tengok keadaan adik aku. mak mana tak sedih tengok muka anak bedarah-darah dan hampir 1jam lebih dibiar tanpa rawatan. mak mana? bagi tau sikit mak mana yang tak sedih tengok anak sendiri macam tu. aku paham. satu hari nanti aku pun akan jadi mak jugak (insyaallah).
mak guard india kat situ tiba-tiba menyampuk. aku sebenarnya dari awal lagi memang dah angin dengan mak guard tu. pandang aku atas bawah macam aku ada buat salah pulak. bila aku pandang balik, jadi tak tentu hala.

'nombor tak panggil lagi la'

ye, aku tau nombor tak panggil lagi. tapi dari tadi aku tengok asik baby, budak kecik je yang keluar masuk bilik rawatan tu. bayangkan, ada 6 bilik rawatan. adik aku tak masuk-masuk gak. ape cer? kena tunggu 2 lagi pesakit, then adik aku boleh masuk.

'habis nak biar sampai bila? sampai dah mati nanti baru boleh masuk?'
mak guard hampeh jawap lagi 'nombor tak panggil lagi la'
'ha yela, banyak la ko punya nombor tak panggil lagi,itu je la yang ko tau. whatever!'

aku terus tolak kerusi roda keluar dari hospital. ambik kereta, hantar pegi hospital sri kota. lantak ko la mak guard. sampai kat hospital sri kota, pintu kereta tak bukak lagi, diorang dah siap sorong kerusi roda. tapi itu semua masuk la dalam bil perubatan sekali. tolak kerusi roda korang ingat free-free ke? harapan. nasib baik sabtu, wesak day. parking pun cuma kena bayar rm2 je for whole day.
tunggu lama jugak, dekat 1jam. doktor dressing. jahit bibir, gusi, xray, tukar baju etc. aku mintak warded for at least 1 night. bil keseluruhan campur tolong tolak kerusi roda rm 1000++.
kepada osman hanjing yang katanya bersahabat baik dengan sarjan mana pun aku tak tau lah. jangan menipu. tak baik. ko ingat kes ko ni besar sangat ke? banyak lagi kes besar yang sarjan tu nak handle. tak de maknenye sarjan tu nak col ko 24jam macam yang ko kelentong adik aku. logik akal la sikit beb. melainkan kalau ko ngan sarjan tu ada hubungan intim. memang layak la dia asik col ko je tanya pasal kes eksident ni. renti-rentikan la menipu tu. berdosaaaaaaa...

Happy Mothers day!


Rasanya masih belum terlewat untuk aku wish happy mothers day untuk semua ibu-ibu di atas muka bumi ini.

Buat bonda tercinta, puan siti zabedah bt hj arshad, Terima Kasih kerana telah membesarkan saya dan memberikan saya pendidikan yang cukup dan teramatlah sempurna. pendek kata semuanya sempurna di mata saya. mak memang tiada cacat dan cela di mata saya. no one can replace your place, your touch and your love. Thanks mom! i love you forever and ever~

Thursday, May 7, 2009

abang karipap seringgit

Aku benci + tak suke + geli + bengang + sakit ati dgn abang penjual karipap seringgit kat station lrt salak selatan. aku tak tau kenapa. tapi aku tak suka!
bukan tiap-tiap petang dia ada kat situ. depends dengan aku punya luck la. kalau petang tu luck tak baik, abang tu mesti ade kat station lrt salak selatan. sambil jerit-jerit,

'karipap! seringgit! seringgit! karipap!'

ulang-ulang benda yg sama. aku benci! tak suke dengar suara dia. jangan kata suara. muka, motor, bakul, karipap dia semua aku tak suka. huh. aku tau dia nak cari rezeki. tapi tolonglah, cara penyebutan tu biar betul sikit. lenggok suara die bila sebut karipap tu yang aku tak suka! huh.

aku benci abang karipap!!!

Monday, May 4, 2009

cuti 3 hari

Entah ape sumpahan yang zatyl kenakan kat aku sampaikan tayar kereta aku boleh pancit dan sekaligus koyak teruk dibahagian tepi. agaknye sebab hari nikah dia aku lambat kot. sadis sungguh. inilah kejadian pertama tayar kereta pancit terjadi dalam hidup aku (ayat tak leh blah). nasib baik ada drebar teksi myvi SE putih datang menyelamat. bersama co-pilot yang tak padan dengan kecik, sargha. tak dilupa juga ucapan terima kasih untuk jejaka-jejaka macho dari lomokids yang telah bersusah payah menolong aku tukar tayar spare wehh.. jasa mu tetap di kenang. nama tak payah mention la ye. nanti ramai pulak awek-awek hot yang nak kan korang punya perkhidmatan.
cuti 3 hari yang aku rasa agak memenatkan. cita-cita untuk bangun tidur pukul 12.00 tghari memang tidak tercapai langsung. tiap hari masa terisi dan diisi. hari jumaat ke majlis nikah zatyl. walaupon dah lambat, aku gagahkan jugak kaki ni melangkah, hahaha. tapi bukan aku sorang je yang lambat. jamaliah lagi lambat dari aku. selesai majlis nikah zatyl, aku, jijah, delia dan huda bergegas ke cineleisure. harapan nak parking kat the curve. penuh, gila, sesak, bengang. 1 parking pun kitorang tak jumpa. buat habis petrol je bepusing-pusing kat tempat parking.
nasib baik cineleisure ade parking. target utama zara, pull n bear warehouse sale. dah la masuk kena beratur panjang, ingatkan barang-barang kat dalam best, tapi hampeh. macam baju-baju buat bungkus nasik lemak, cempedak, nangka. memang hampa dan angen satu badan. jalan-jalan the curve sampai petang. delia dan huda gerak ke putrajaya untuk rehersal majlis kawin zatyl on saturday. aku dan jijah gerak ke jalan TAR nak carik kain baju pengapit. nak carik baju pengantin pun tak susah macam ni. semua kedai kami pergi, keluar, masuk. hasil tetap menghampakan. last-last balik dengan tangan kosong. penat tak ingat.
sabtu pagi, hari paling menyedihkan. tayar kereta pancit. penat dan panas tak kira lagi. tapi majlis kawin zatyl memang meriah. seronoknya aku makan cupcake banyak-banyak! sedap!. petang aku gerak balik klang. nak setelkan tayar kereta. pukul 6petang baru aku boleh duduk-duduk tengok tv. letih yang tak terkira.
ahad pagi aku dah bangun awal. dah buat temujanji dengan spa tempat aku dan rakan-rakan selalu melepak dan merehatkan badan. kami mula pukul 12.30. selesai pukul 6.00 petang. dah la satu hari tak makan. aku, delia dan jijah muka kebulur je. selesai spa, kami ke pyramid. makan, jalan-jalan, shopping-shopping. pukul 8.30 baru gerak balik. isnin kerja. baju tak tempah lagi. masa tak mencukupi. mintak-mintak minggu ni boleh setel semua benda. aku nak rehattttttttttt.................