Tuesday, April 14, 2009

Kota keriangan part II

Akhirnya, selepas setahun, plan yang di rancang menjadi jugak. aku tak lah teruja sangat nak ke kota yang di katakan riang ni. tapi di sebabkan kali terakhir aku pegi dalam tahun 2007, ditambah lagi dengan janji-janji seorang kekasih kepada kekasihnya setahun lepas, dan di tambah lagi dengan gambar-gambar dan cerita-ceriti dari rakan-rakan yang baru pulang dari sana. aku pun mengambil keputusan untuk ke sana hari jumaat lepas.
park kereta di wangsa maju, kemudian naik putra lrt ke terminal gombak. 1st time aku sampai terminal gombak. tak penah sampai pun sebelum ni.
sesampainya di stesen terminal gombak, sapuan suruh aku pergi usha tiket dulu. sapuan ada hajat yang hendak di selesaikan. dah la 1st time sampai sini. aku pun tejenguk-jenguk mencari kaunter tiket ke genting highland. aku nampak tiket bus + skyway one way = Rm7.60. disebabkan sapuan lame sangat dengan urusan peribadinya itu, aku pun terus call sapuan.
'nak beli ke tak? ala, rm7.60 je..'
sapuan balas ' nak beli terus ke? ke nak tunggu dulu?'
aku balas ' ntah'
sapuan balas ' urm, beli je la'
aku jawab ' ok'
aku pon beli... lepas dah beli, rupe-rupenya tersalah beli. manalah aku tau. dah rugi rm15.00. rupa-rupanya ada pakej rm42 = bus+skyway = 2way + pass theme park. beli lah balik.. sapuan membebel-bebel macam senapang patah. aku pekak kan telinga. nasib baik ade abang tu, driver teksi kot, dia nak beli dari aku, 2 tiket rm10.00.
dapat balik rm10.00, rugi rm5.00 je. muahahahahaha. dapat bus pukul 12.30.
dah sampai atas, main punye main punye main. kami ternampak gerai aiskrim cornetto. rm3.50 je satu. beli 2, boleh main game yang disediakan digerai aiskrim tersebut. sapuan pun menunjukkan skill menangkap bola ping-pong menggunakan tapis teh tarik. tak de lah hebat mana pun. sebab cuma menang note pad walls je. hampeh..
lepas habis makan aiskrim, aku dan sapuan naik kapal yang bergoyang-goyang macam buaian. mula-mula aku ok. steady je. lama-lama aku rasa lain macam. aku pandang muka sapuan, aku tanya dia. bila nak berenti ni?? sapuan tanya aku ok ke tak. aku pura-pura ok dan buat-buat senyum cool.
lepas selesai, kami masuk indoor pulak. pusing-pusing. last-last, pilih untuk main eye on genting. aku terasa macam sesuatu saje. tapi aku diamkan. lama pulak eye on genting ni bepusing. aku nak pegi toilet. bila dah selesai, aku berlari-lari mencari toilet. sungguh tak disangka-sangka. aku muntahkan balik semua aiskrim 3.50 tu. patut la aku rasa lain macam dan semacam. tekejut jugak la. sebab tak pernah-pernah aku naik genting muntah. ni la 1st time, nak tegelak ade, tapi perit jugak lepas dah bertahun-tahun tak muntah ni.
lepas muntah dan keluar dari toilet, sapuan tanya,
'kenapa?'
aku jawab 'muntah'
sapuan tanya lagi 'ok tak ni'
aku jawab 'ok kot'
sapuan cakap ' ha, jom main sungai rejang pulak'
aku 'jom!!'
mana boleh berhenti setakat itu. permainan harus diteruskan. dalam jam 5.30 kami sudah bergerak ke skyway, sebab bus pulang jam 6.45 ptg. dalam bus, kami kepenatan dan tertidur tak sedarkan diri. tau-tau dah sampai gombak. sebelum sapuan hantar aku balik, kami singgah kfc wangsa maju untuk membalas dendam perut yang lapar, sebab masa kat atas tadi kami tak makan pun. perut dah kenyang, kami pun pulang~

4 comments:

iwa xaqi said...

huhu..bestnye..
pergi blk ari pun syok kan..

nasib baik sempat gi toilet..
kalo tak..muntah situ gak..
hehe..

reza said...

agak-agak si sapuan ni solat jumaat dimana?

ahahahaha..

iwa xaqi said...

dkt genting ade masjid laa..
(hehe)
eh ke musafir?

nuruz said...

ira: mmg syok pun.. pg la ajak abg faisal.. huhuhu. tau xpe.. nsb bek bole tahan lg. tp mmg x bajet pon nk muntah. ehe.

reza: solat jumaat dlm bus. musafir la wehhh.. =p