Semalam pagi, handphone usang ku menerima 1 khidmat pesanan ringkas dari seorang rakan yang sudah lama aku tidak ketemu. message berbunyi,
'malam ni free tak? nak ajak pegi coach klcc, ada invitation preview coach new collection. start pukul 7. jijah pun ada sekali. jom la beb - zatyl'
(lebih kurang begitu la..)
aku reply,
'ok'
dalam hati, takpe ke aku pakai baju kurung lusuh aku ni? di padankan dengan selipar reef yang sangat cool. aku kalau ke office memang sangat-sangat lah simple + agak selekeh. macam dressing nak pegi class zaman-zaman study dulu. lagipun, bukan ade jejaka kacak pun kat office aku ni. ade yang kacak pun, dah kawin. so aku tak ambil pusing semua tu. tapi untuk event yang aku akan pegi ni, sesuai ke baju aku nak hadiri majlis tu?
ah, zatyl dan jijah pun dah bagi support, hentam je. launch kat KL, bukan kat London pun. so ape pedulik. keyakinan aku makin bertambah selepas jijah pun membuat pengakuan yang dia juga pakai baju kurung. cantik la.. ada member. dah sah-sah baru balik keje.
sementara menunggu event bermula, kami lepak o'brians teman zatyl yang tersangatlah kebulur sebab satu hari tak makan. cuma makan 3 keping biskut kering jacobs je. kesian.. kesian.. dah lama tak jumpa jijah dan zatyl. zatyl nampak sedikit cengkung, bagus la, lg 2 minggu nak naik pelamin. kena la ikat perut sikit.
jam menunjukkan pukul 7 pm. kami bergegas ke butik coach dan register untuk masuk ke dalam. event di mulakan dengan catwalk dari model-model yang memperagakan koleksi terbaru. harga pun ok la, nak compare dengan LV, marc jacobs, Tods, coach ni adalah brand yang mampu milik sebenarnya. sling bag baru 700++, ada antara handbeg-hangbeg yang berharga dalam 900++. kalau LV?? jangan mimpi boleh dapat harga macam tu. paling-paling pun, 2k, anda hanya boleh memiliki sebuah wallet LV sahaja. handbeg? jangan cerita lah, ada 3k-4k baru boleh cerita, ok. last time officemate aku memang ada yang gila LV, orang banyak duit. boleh la cerita. takut jugak bila bekawan dengan dia. kena tahan nafsu je la. nasib baik jugak aku bukan peminat barang-barang berjenama macam tu. sekali-sekala boleh la beli. tapi kalau tiap-tiap kali keluar shopping, nak beli. tokey balak pun bankrupt. sekarang, dia pun dah berhijrah ke australia.
ok, berbalik pada cerita beg coach new collection, boleh tahan, ada jugak yang aku minat. cume, mesti akan mendapat tentangan hebat kalau aku nak memiliki beg-beg tersebut. tentangan hebat dari siapa? dari sapuan.
lepas puas makan, minum, snap-snap, belek-belek,beli-beli (aku dan jijah tak beli pun, zatyl beli untuk hantaran kawin nanti) pilih-pilih, berangan-angan dalam tu, kami pun mengambil keputusan untuk window shopping. survey harga-harga handbeg jenama lain pulak. dkny, baby phat, paris hilton, CK, fossil, guess, harga ok-ok. kalau nak ikutkan hati, semuanya menarik.
disebabkan aku dan jijah tak makan malam lagi, kami terus ke the castle untuk dinner dan melepak-lepak,lagipun jijah dengan zatyl dah nak kawin. lepas kawin nanti, jarang la nak dapat keluar malam, lepak-lepak. ade yang kena marah dengan laki pulak nanti. lama gila tak lepak dengan korang. rindu gila laaaa... borak-borak, buat-buat lawak bodo sikit, surf internet, gossip-gossip, sampai pening.
jam menunjukkan pukul 12.00 malam. masa untuk beransur. thanks to zatyl sebab hantar aku balik. next week, calebrate birthday jijah, boleh la hantar aku balik lagi. hehehe.




7 comments:
rugi korg x urut smlm..best..hahaha.. :P
izah: cis.. malas nk beratur.. haha
wah tengs korang teman hakuuu wehh!
bagus betul advisor2 aku nih.
ngih ngih.
nizam : :P sory beb bukan xmo ajak, pg tu br org yg mintak rsvp tu kata can bring two frens la pulak, so aku pikir yg dok KL jijah+nuruz.
if nuruz+jijah tak free mlm tu, aku mgkin tak pegi kot..hehehe.
nuruz,jijah sempat urut beb, patutla time kite call tak angkat2!
eh uptown SATU, bungkus!
nuruz,ko rasa kat ampang tu ade ke tmpt minum2 nama UPtown??hehe.
yang aku tau OLDTOWN ade la, x tau plak 'OLD' tu dh tukaq jadi'UP'..
hehehehehehhe.jijah uptown satu!
zatil: tu la, mn lg ko nk cr advisor sebagus kitorg?? mmg xdpt kat mn2 pun. huhuhu..
tau x pe. aku pon konpius gak memula. ape ke pelik sgt name tmpt yg izah nk pg mkn tu. hahahahhaha!! xpnh dgr pon UPTOWN ade kat jln yap kwan seng.
aku pon tny la, UPTOWN tu kedai ape? mamak ke?
skali tu, br die tesedar.. OLDTOWN rupenya. ahahahahah!!
oits2..siots nyer korg2 yg ngek nih..huh..!
p/s : zatyl..SAMPOI satuuuuuuuuuuu..hahahaha.. :P
assalmmualaikum...
membazir amalan syaitan....
iezah: bukan SAMPOI laaa... SAMPAU.. wahahahahahah!!! =p
SAMPOI satuuuuuu~~~~ =p
iyan: waalaikumsalam. tah bile2 tah membazir. lari topik nih.
Post a Comment