Thursday, February 5, 2009

i hate visitors!

Minggu ni memang minggu yang membosankan. minggu drama queen. ramai sgt VIP dan VVIP yang datang melawat office aku yang tak seberapa ni. leceh. kena jaga tata tertib, kena jaga pemakaian, kena belakon buat-buat kerja. belakon buat-buat kerja bukan lah bermaksud aku tak de kerja langsung nak dibuat. cumenye, leceh nak ber'chit-chat' kat YM, terbatas. maka jadilah aku patung bernyawa di depan pc. nasib baik VVIP dah balik. tinggal VIP je.
walaupun VIP ade, aku tetap meneruskan aktiviti mengarang blog. mungkin dia fikir aku tengah sibuk menaip, buat kerja yang menimbun-nimbun. mesti dia cakap dalam hati, 'bagus pekerja yang sorang ni, rajin. harus naik kan gaji dia tahun ini berganda-ganda'. hahaha.
di sebabkan minggu ini, minggu menjaga tata-tertib yang membosankan, maka tak banyak lah kejadian-kejadian aneh yang berlaku dalam kehidupan aku. bila tak banyak kejadian aneh yang berlaku, maka, aku pun tak tau nak cerita apa kat blog ni.
(menaip sambil makan coklat daim ni, memang syok)

6 comments:

iwa xaqi said...

awk..VIP tu tgh stalk blog awk sebenarnye..
die nak bace latest gossip..hehehe..
nak daim 1....

iyan said...

daim?
mn dpt?

Anonymous said...

ehehe, die ade je kat blakang tuu.. tgh uat keje.
daim?? boleh, dgn syarat ira bg cookies dlu.. huhu

Anonymous said...

iyan: mn dpt?? ade la.. seseorang bagi.. =p

Anonymous said...

weh..xheran lar..
gua pn ader DAIM jugak..huhuhu.. :P

Anonymous said...

izah: sibuk jee.. org ade daim die pon ade daim.. wek! =p