Tuesday, August 23, 2011

Boys over Flowers atau Lee Minho?


Setelah berabad lamanya aku tak update blog. tiba-tiba tergerak hati nak taip entry ni. kisah bermula hari rabu lepas, aku ambik on leave sebab kena food poisoning tak baik-baik lagi. so ambik keputusan rehat-rehat kat rumah je. bila dah terlebih rehat, aku rasa tak sanggup lagi nak rehat, aku pun bangun, on tv. channel pilihan 8tv. aku jenis orang yg suka tukar-tukar channel kalau tengok tv. bila dah main tukar-tukar, tiba-tiba macam ternampak ade lelaki jambu dalam tv, feh feh fehhh.. siapa kah gerangan?? semart nak mampos, dgn dia punya jacket labuh tu.. rambut curl pendek yg semart jugak, expression muka dia.. alamak, sape pulak niiii..??
pastu layan lagi, sampai nangis-nangis sebab heroin kena belasah dgn budak-budak sekolah shinhwa. hahahhaha.. emosi.. emosi.. tp mmg sedih.. sobs sobs.. pastu baru nak feeling-feeling, dia boleh bersambung pulakkkkkkkkkkkk.. potong stim betul. cepat-cepat google intisari rancangan kat 8tv, sbb masa tengok tadi bukan dari mula, dah sampai tengah dah. Boys Over Flowers. apekah?? xpenah dengar lagi.
search lg kat wikipedia google. ok jumpa. drama series from korea. dan pelakon utama, adalahhhhhh.. jeng jeng jengggg.. Lee Min Ho. ye, aku akui, aku mmg buta K-pop. tak tau ape-ape pasal K-pop. drama korea pon aku seldom tengok. sebab aku rasa jalan cerita macam samaaaaaaaaaaaaaaa je lebih-lebih kurang. tapi yg kali ni kenapa mcm tersentuh sikit jalan cerita dia, atau aku yg emo sebab food poisoning.. hahaha.. entah lah. tapi yang pasti lepas hari rabu tu, esoknya aku cepat-cepat balik umah, pukul 5 dah tercongok dpn tv.
hari isnin, aku sambung tgk kat youtube pulak. tapi mula-mula je loading laju, lama-lama, jadi lambat macam siput babi. geram gila kot! asik loadinggggggggggggg je memanjang. petang semalam lepas balik keje, terus belari pegi Ezy Video klcc, masuk-masuk kedai tanya BOF, terus dapat. yey!!!! sampai rumah campak semua barang, terus on dvd, start tengok pukul 5.30 sampai pukul 2 pagi. gila x gila la. ahahhaha... sampai lupa nak berbuka. teruk.. teruk.. sampai opis, mata panda. tekejut gila tengok kat cermin, bawah mata jadi hitam. whoahhh.. xpenah-penah..
well.. harini akan try tahan diri, tengok sampai pukul 12 je. harap-harap boleh la.. hihihihi..