Tuesday, May 25, 2010

harapan musnah, tapi tak kisah

Semalam tengah main game, tiba-tiba hp berbunyik. ada org col. nombor KL.

cik adik manis: 'hello nuruz ke?'
aku: 'yes, speaking'
cik adik manis: 'saya col dari adidas pavillion, nak bagi tau. haritu ada leave phone numberkan?'
aku: 'aah, nape?'
cik adik manis: 'dress fafi tu dah sampai la'
aku: 'oh, ok. how much?'
cik adik manis: '459.90 sahaja'
aku: 'oh ok. tq'

aku letak phone. terus mood aku tak stabil.

Monday, May 17, 2010

Cepatnya masa berlalu..

Sekarang dah tengah bulan.. minggu depan dah hari gaji. rasanya baru je dapat gaji 2 minggu lepas. pejam celik pejam celik, tup-tup dah nak akhir bulan lagi. rasanya macam baru je buat headcount report untuk akhir bulan. next week nak kena buat lagi. bulan depan dah june. make up pun aku tak pegi trial lagi. pelamin pun tak tengok lagi. tema kaler pon tak de lagi. masih blur-blur. designer baju pun belum jumpe lagi. door gift pun tengah usha-usha lagi. barang hantaran pun tak lengkap lagi. rileks laaaa.. lambat lagiii.. *sambil duduk goyang-goyang kaki main restaurant city ^_^

Tuesday, May 11, 2010

Desperate housewives contest @8tv


Hari tu ternampak iklan contest ni kat tv. ok, aku nak masuk! *dalam hati terus semangat berkobar-kobar*.tanya lah apa-apa soalan yang berkaitan DH ni kat aku, confirm boleh jawab. tapi kalau sizen yang tengah-tengah tu agak goyah jugak la nak menjawab. ehe. so bila tengok iklan tu, dia suruh complete the slogan. urmmm.. which is no halll lah.. boleh reka-reka ayat lagi. so hari ni baru teringat nak bukak 8tv website dengan harapan yey! nak menang DH juicer. sekali tu, ternampak colum upload your photo. photo ape ni? IC photo ke? atau yg posing-posing punye?
rupenye... 'win a special customized Desperate Housewives Fruit Juicer and notebooks when you submit your most creative photo with a fruit juicer and let others vote for the best photo around! so go grab yourself a fruit juicer and start snappin' away!'..
Ah!! malasnyeee nak snap-snap pastu vote-vote. ape la.. next time buat la macam quiz ke. senang sikit. ni nak kena vote-vote, snap-snap. akhirnye aku terpaksa lupakan hajat nak join contest ni. tengok gambar je la gamaknyee.. -_-

Monday, May 10, 2010

fafi by adidas original

Sudah jatuh hati sama barang-barang adidas original. boring la asik onitsuka tiger je. nak beralih ke adidas pulak lepas ni. for now, dah aim barang-barang fafi by adidas original. jangan kata fafi, barang-barang yang lain pun memang cool.. :)












Cuma perlu sediakan duit yang secukupnya, sebelum barang-barang ni habis di kebas. sekian. urgh.. teringinnye.. nak nyeeee.. mintak-mintak ada lah yang sudi membaca rintihan hati ni.. ^_^

Friday, May 7, 2010

Pizzelles

Berkat dari ketekunan aku mengadap desperate housewive, tengok makanan yang diorang makan. membuatkan aku teruja untuk search resepi makanan yang ada dalam drama series tu. mula-mula aku cari, macaroons. nasib aku baik. jumpa. tengok anak susan makan macaroons yang bree buat, nampak sedap. eheh. tapi sampai sekarang pun aku tak buat-buat lagi. resepi dah ada.


malam semalam pulak, pizzelles. ada jiran baru pindah ke wisteria lane. then dia jemput semua makan-makan snacks kat rumah. nampak sedap. keping-keping macam waffle, macam kuih kapit pon iye. macam ni rupa dia.



Cantik dan menggiurkan. eheh. nampak mcm kuih kapit. tapi lagi tebal dari kuih kapit. macam waffles julies. tapi sayangnya, aku tak ada machine macam kat bawah ni. resepi senang je, machine mana nak cari. nampaknya terpaksa lah beli je la waffles julies kat cold storage tu kalau teringin sangat.