nak di jadikan cerita, rupa-rupanya vendor aku tu ex staff kat bangunan angkasaraya. dia sendiri pernah alami kejadian yang menyeramkan kat bangunan ni. kejadian tu jadi masa tu late 80's. then company dia pindah ke bangunan lain masa early 90's. masa tu aku rasa, bangunan kat jalan ampang ni takde lah maju macam sekarang. aura zaman british tu masih terasa kot.
sebelah dengan bangunan angkasaraya ni ada satu mansion, katanya milik seorang milionaire. vendor aku tu cerita lah.. die cakap, spirit kat bangunan angkasaraya ni ada berhubung kait dengan mansion tu, Le coq d'or. aku dengar je lah, tak berani nak buat ape-ape kesimpulan. memang aku perasan mansion kat sebelah ni. masa aku mula-mula kerja dulu around 2006, mansion tu masih ada, cuma dah tinggal separuh. ditutupi dengan semak samun, ada pokok-pokok menjalar, so nampak menyeramkan. tempat tak terbela, memang la macam tu.
mula-mula aku buat tak tau je cerita tentang mystery mansion tu, tapi sebab nak sangat tau history mansion tu, aku search kat internet. thanks god, jumpe!
dikenali dengan nama Bok House, ownernya seorang milionaire dari KL pengasas syarikat cycle & carriage, Chua Cheng Bok. the mansion was designed by swan & maclaren pada tahun 1926 dan siap pada tahun 1929. chua cheng bok turut memiliki coliseum cinema. then, masa early 60's bok house di jadikan restaurant dan tempat orang-orang kaya zaman dulu berpesta, party, buat majlis keramaian, di beri nama Le coq d'or.
zaman dulu mana ade zouk, tempat-tempat clubbing, so Le coq d'or la tempat bangsawan-bangsawan dan orang kaya duduk lepak, minum coffee, ada bar and small restaurant inside. bisnes berjalan seperti biasa until its closure in 2001. lepas baca and cari sikit bahan rujukan, aku rasa, ape yang vendor aku cerita tu macam tak masuk akal. pada late 2006, kerajaan mengambil keputusan untuk demolished that mansion.
ramai orang protes keputusan kerajaan untuk demolished that mansion. especially badan warisan malaysia. alasan kerajaan, Bok house tak tersenarai dalam list bangunan bersejarah di malaysia dan struktur bangunan Bok house tak selamat untuk manusia. biasalah kerajaan.. useless. ada duit, bukan nak baiki kerosakan kat bangunan lama, pegi joli katak.
menurut sumber-sumber yang pernah masuk dalam Bok house, terasa seperti kembali ke zaman dulu. reka bentuk, perabot, suasananya semua mengimbau kenangan lama. sayangnya semua tinggal kenangan.. cerita-cerita seram tentang Bok house tu aku lupakan seketika. terfikir, kenapa lah aku lambat tau pasal sejarah Bok house, kalau tak dah lama aku posing ambik-ambik gambar dalam mansion tu. hehehe..
- picture, credit to Azrul K.Abdullah