Monday, April 27, 2009

Selangor VS Kelantan VS Akademi fantasia

Sabtu lepas aku pulang ke rumah family. Aku pulang agak lewat, sebab bangun pun dah pukul 11.00am. aku tidur pukul 8.00pm, bangun pukul 11.00am. memang heaven. bangun pun tak terus bangun, bermalas-malasan dulu, tengok tv, termenung, mata terkelip-kelip, cek handphone, ada 3 sms. salah satunya dari sapuan, melaporkan beritanya dari sarawak.
layan ugly betty sampai pukul 01.00pm, aku mandi. selesai mandi, aku cek handphone lagi. 2missed call dari eqin reza. begayut dulu dengan eqin, baru packing beg dan terus pulang. sampai je kat taman perumahan aku, nampak sorang pakcik berbaju tshirt oren sedang berjalan kaki menghala ke arah bertentangan, aku amati betul-betul. rupanya ayah aku. jalan-jalan rumah jiran.
sampai dirumah, aku park agak jauh sedikit. saja ngada-ngada. masuk rumah, tukar baju, buli-buli kucing, terus aku melepak depan tv, tonton diari akademi. ayah aku tiba-tiba muncul di depan pintu rumah, katanya mau ikut kawan ke stadium. tengok bola. selangor lawan kelantan hari ni. aku buat bodoh saja. malas ambil port. bosan la bola.
tepat pukul 9.00pm aku dah melekat lagi kat depan tv, tak sabar nak tonton AF. macam tu la selalunya rutin aku kalau hari sabtu malam mesti melekat kat rumah sebab nak tonton AF. tapi adik aku kacau pulak. kejap-kejap tukar tv1. bola tak start pun lagi. lepas dah tau siapa yang terkeluar AF, adik aku tukar lagi channel. aku angin betul.
entah kenapa tiba-tiba aku sentap. tengok result, 0-0. argh.. malu pulak aku rasanya dengan orang kelantan. come on la selangor, takkan boleh kalah dengan kelantan kot. aku tiba-tiba bersemangat, melompat-lompat depan tv, mak aku pelik melihat kelakuan aku dan adik aku.

'yang korang telompat-lompat ni kenapa? bukan korang yang main bola'

aku balas, 'tu la mak, taktau. malu kita kalau kalah dengan kelantan. malu besarrrrrrrrr...'
adik aku menambah lagi, 'tak keluar rumah la kalau selangor kalah dengan kelantan'

tiba-tiba aku rasa macam malam tu, aku poyo. tak penah-penah aku tengok bola. malam tu aku sedikit emo. tapi akhirnya.....
kemenangan berpihak kepada selangor. aku gelak besar. boleh la aku tidur dengan aman malam ni, sebab selangor dah menang. aku hantar sms pada sapuan,

'sokong negeri i ke sokong kelantan?'
sapuan balas ' selangor la. siapa menang?'
'selangor la beb, hehehehe'

tapi kesian jugak pada kelantan, setelah menunggu selama berpuluh tahun, masuk final pun tetap tak menang. kalah menang, adat permainan.

Friday, April 24, 2009

Aku, Dia, Air Asia dan Sarawak.

Awal-awal pagi semalam aku sudah di kejutkan dengan khidmat pesanan ringkas dari encik sapuan. mata masih tekebil-kebil mencari handphone. jam menunjukkan pukul 7.15am.

'i dah sampai kl sentral, ayah kunyit hantar tadi'

sapuan terbang ke sarawak bersama seorang rakan bernama kunyit. flight pukul 9.45 katanya. plan awal, aku juga turut serta. tapi entah kenapa, aku macam tak berminat dengan trip ke sarawak ni. kalau ke bandung ke jakarta ke, teruja jugak. memang aku lah orang pertama yang akan packing beg. dalam perjalanan ke pejabat, aku terima lagi satu sms.

'flight delay 10.20'

kahkahkahkah! aku gelak dalam hati. aku reply sms sambil tersenyum sendiri. biasa lah air asia, macam tak paham pulak. aku tengok jam, baru pukul 9.00am. aku tunggu, tunggu dan tunggu lagi berita dari sapuan. tiba waktu makan tengahari, jam 12.00pm, tak bagi tahu pun dah sampai. lamanya?
5minit kemudian,

'i dah sampai. baru je'

at last. jauh jugak kuching, sarawak tu ye. ingat 1jam dah boleh sampai. sapuan memang teruja. aku dapat rasakan. setiap tempat yang dia pergi, report mesti di hantar. pagi tadi seperti biasa, aku dapat sms lagi dari si dia.

'1st trip for today, crocodile farm, padawan'

aku pun taktau macam mane rupe crocodile farm padawan tu. macam kat melaka ke. tapi sapuan gembira, sebab dapat tengok show, crocodile jump. huhu. hari ni baru hari jumaat. masih ada 2 hari lagi sapuan dan kunyit di sana. agak-agak, apalah ole-ole yang sapuan beli untuk aku ya?

Birthday + Bachelor Party @ The Castle Part II



Ini antara gambar-gambar yang telah di rakamkan sepanjang party berlangsung. enjoy, yeah!





- Barbican strawberry, peach berry & pineapple




-Delia, aku, jijah, zatyl, jamie & huda =)

















- Jijah muka tekejut + teruja sangat la kot. hahaha!!











































































Thursday, April 23, 2009

Birthday + Bachelor party @ The Castle Part I


Plan ini telah di rancang oleh jijah, 2 hari sebelumnya. semuanya gara-gara takut di telur dan ditepung oleh perajurit-perajurit lomokids yang tidak mengenal mangsa (tak baik wooo, kami tak pernah buat orang). tempat berlangsungnya acara juga telah dipilih oleh jijah seminggu sebelumnya.
Last nite memang really-really have fun la guys! antara mereka-mereka yang telah di jemput untuk menghadiri majlis ini, delia (posto), zatyl (can u hot?), aku, huda (pornography) dan jamie a.k.a anis (suem). oh ya, tak lupa juga kepada birthday girl jijah (bon-ne-less). nama-nama tersebut tercipta dengan sendirinya selama majlis berlangsung.
party ni juga untuk meraikan party bujang terakhir untuk cik zatyl kite, yang akan mengakhiri zaman bujangnya minggu hadapan. plan yang dirancang memang berkesan dan berjalan dengan lancar sekali, sehingga jijah tak dapat menghidu plan jahat kami. hehehe.
aku dan zatyl awal-awal lagi dah plan nak beli kek untuk birthday girl. ada ke patut, jijah nak beli kek dia sendiri. tak pernah di buat orang birthday girl beli kek untuk diri sendiri. so pukul 7.30 aku pun bergegas ke klcc, terus menuju ke secret recepie dan membeli sebiji brownies yang sangat best. tak lama kemudian, jijah dan zatyl sampai. aku sorok kek dalam kereta zatyl. dalam hati, mintak-mintak orang tua ni tak perasan.
dalam perjalanan ke the castle, jijah mati-mati nak beli kek. aku pun beri alasan yang agak munasabah,

jijah ' weh, tu ha secret recepie, singgah jap, nk beli kek. tak bes la kalau tak de kek' dengan nada sayu.
aku ' ala, tak payah la, cepat-cepat, dah pukul berapa ni, dah tua dah, tak payah nak kek-kek' dengan nada tegas.
jijah ' ish, ha yela-yela' dia mengalah. suka hati aku.

itu belum lagi masuk kisah carlos yang pening ambik order kami semua. mau pengsan di buatnye. sebab banyak sangat tanya. kecoh macam pasar tani. sorang nak yang ni, sorang nak yang tu, tak masuk lagi yang tukar-tukar order, yang tanya itu ini, padahal kami cuma berenam. carlos rasa macam tengah ambil order untuk 60 orang. tak di lupa, shisha perisa strawberry. tengah-tengah majlis, ada yang nak tukar pineapple pulak. last-last, kawan carlos bawak pergi shisha tu dari meja kami. ingatkan sebab nak tuka flavour. rupanya dia ambil terus. tersedar sebab, lama sangat. tunggu-tunggu tak sampai jugak shisha tadi. zatyl dengan lagak diva, mintak balik shisha tadi. carlos kecut perut. terus bawa balik shisha kami yang telah di rembat tadi.
jijah yang tak tau plan kami dengan brownies best tadi, terkejut bila nampak carlos bawak brownies tu, dan kami pun menyanyikan lagu happy birthday. terasa macam kembali ke tadika kemas. party di tamatkan pada jam 10.30mlm. masing-masing dah penat dan letih gelak. memang gelak je sepanjang melepak. maklumlah, ada antara kami yang dah lama tak jumpa. bila sekali-sekala jumpa, runtuh the castle di buatnya.
kesimpulannya, walaupun aku penat menunggu jijah dan zatyl di office dari jam 5petang hingga jam 7.30 malam. penat tu berbaloi, sebab dapat jumpa dan bergumbira dengan korang semua. happy birthday jijah bon-ne-less!! 27tahun dah. dah tua. be careful dengan tepung dan telur!! =) hehehe.

Monday, April 20, 2009

Ingat lagi tak?

Akhir-akhir ini, aku rasa macam sesuatu. tak tau apa. tapi panggilan telephone dari seorang rakan lama. buat aku kembali tenang. Terima kasih, sebab masih ingat pada sahabat lama. Ingatkan dah lupa. sedikit petikan sms dari seseorang yang aku tak jangkakan kemunculannya,
dia 'ingat lagi tak?'
aku 'tak'
dia 'its ok, just nak tanya khabar'
aku 'oh baik je'
dia 'ingat lagi relung megah? construction company, your minor project for dip?'
aku ' err.. of course ingat. hah, dah ingat sekarang. haha'
mana boleh lupa. dah sah-sah aku seorang je yang mengambil keputusan berani mati untuk meneruskan project minor dan major di uitm dulu dengan menggunakan construction company sebagai main object yang harus di olah. semuanya idea gila si rakan ini. rasanya udah 5 tahun semua itu berlalu. walau bukan lagi sahabat karib seperti dulu, sekali lagi, terima kasih kerana sudi menemankan aku di saat-saat susah untuk mengharungi perasaan yang bercampur-baur akhir-akhir ini walau dari jauh. kalau ada masa, nanti aku belanja burger uitm segamat.

Friday, April 17, 2009

Jane Holli Winter Collection 2008

i want! i want! sesiapa yang bermurah hati?? tolong la belikan. hehehe.

Onitsuka Tiger Lutte Fille

Finally, yeah.. even tak termasuk dalam wish list. tapi aku puas hati. sebab ada saiz. memang rare betul. selalunya bukan main payah lagi nak dapat saiz. sebab jualan macam goreng pisang panas. lebih berbaloi sebab disertakan dengan free gift. katanya sempena anniversary onitsuka tiger yang ke 60th. lalalalala~

Wednesday, April 15, 2009

COACH Launch Bonnie Collection @COACH Suria KLCC


Semalam pagi, handphone usang ku menerima 1 khidmat pesanan ringkas dari seorang rakan yang sudah lama aku tidak ketemu. message berbunyi,
'malam ni free tak? nak ajak pegi coach klcc, ada invitation preview coach new collection. start pukul 7. jijah pun ada sekali. jom la beb - zatyl'
(lebih kurang begitu la..)
aku reply,
'ok'
dalam hati, takpe ke aku pakai baju kurung lusuh aku ni? di padankan dengan selipar reef yang sangat cool. aku kalau ke office memang sangat-sangat lah simple + agak selekeh. macam dressing nak pegi class zaman-zaman study dulu. lagipun, bukan ade jejaka kacak pun kat office aku ni. ade yang kacak pun, dah kawin. so aku tak ambil pusing semua tu. tapi untuk event yang aku akan pegi ni, sesuai ke baju aku nak hadiri majlis tu?

ah, zatyl dan jijah pun dah bagi support, hentam je. launch kat KL, bukan kat London pun. so ape pedulik. keyakinan aku makin bertambah selepas jijah pun membuat pengakuan yang dia juga pakai baju kurung. cantik la.. ada member. dah sah-sah baru balik keje.

sementara menunggu event bermula, kami lepak o'brians teman zatyl yang tersangatlah kebulur sebab satu hari tak makan. cuma makan 3 keping biskut kering jacobs je. kesian.. kesian.. dah lama tak jumpa jijah dan zatyl. zatyl nampak sedikit cengkung, bagus la, lg 2 minggu nak naik pelamin. kena la ikat perut sikit.

jam menunjukkan pukul 7 pm. kami bergegas ke butik coach dan register untuk masuk ke dalam. event di mulakan dengan catwalk dari model-model yang memperagakan koleksi terbaru. harga pun ok la, nak compare dengan LV, marc jacobs, Tods, coach ni adalah brand yang mampu milik sebenarnya. sling bag baru 700++, ada antara handbeg-hangbeg yang berharga dalam 900++. kalau LV?? jangan mimpi boleh dapat harga macam tu. paling-paling pun, 2k, anda hanya boleh memiliki sebuah wallet LV sahaja. handbeg? jangan cerita lah, ada 3k-4k baru boleh cerita, ok. last time officemate aku memang ada yang gila LV, orang banyak duit. boleh la cerita. takut jugak bila bekawan dengan dia. kena tahan nafsu je la. nasib baik jugak aku bukan peminat barang-barang berjenama macam tu. sekali-sekala boleh la beli. tapi kalau tiap-tiap kali keluar shopping, nak beli. tokey balak pun bankrupt. sekarang, dia pun dah berhijrah ke australia.

ok, berbalik pada cerita beg coach new collection, boleh tahan, ada jugak yang aku minat. cume, mesti akan mendapat tentangan hebat kalau aku nak memiliki beg-beg tersebut. tentangan hebat dari siapa? dari sapuan.

lepas puas makan, minum, snap-snap, belek-belek,beli-beli (aku dan jijah tak beli pun, zatyl beli untuk hantaran kawin nanti) pilih-pilih, berangan-angan dalam tu, kami pun mengambil keputusan untuk window shopping. survey harga-harga handbeg jenama lain pulak. dkny, baby phat, paris hilton, CK, fossil, guess, harga ok-ok. kalau nak ikutkan hati, semuanya menarik.

disebabkan aku dan jijah tak makan malam lagi, kami terus ke the castle untuk dinner dan melepak-lepak,lagipun jijah dengan zatyl dah nak kawin. lepas kawin nanti, jarang la nak dapat keluar malam, lepak-lepak. ade yang kena marah dengan laki pulak nanti. lama gila tak lepak dengan korang. rindu gila laaaa... borak-borak, buat-buat lawak bodo sikit, surf internet, gossip-gossip, sampai pening.

jam menunjukkan pukul 12.00 malam. masa untuk beransur. thanks to zatyl sebab hantar aku balik. next week, calebrate birthday jijah, boleh la hantar aku balik lagi. hehehe.

Tuesday, April 14, 2009

Kota keriangan part II

Akhirnya, selepas setahun, plan yang di rancang menjadi jugak. aku tak lah teruja sangat nak ke kota yang di katakan riang ni. tapi di sebabkan kali terakhir aku pegi dalam tahun 2007, ditambah lagi dengan janji-janji seorang kekasih kepada kekasihnya setahun lepas, dan di tambah lagi dengan gambar-gambar dan cerita-ceriti dari rakan-rakan yang baru pulang dari sana. aku pun mengambil keputusan untuk ke sana hari jumaat lepas.
park kereta di wangsa maju, kemudian naik putra lrt ke terminal gombak. 1st time aku sampai terminal gombak. tak penah sampai pun sebelum ni.
sesampainya di stesen terminal gombak, sapuan suruh aku pergi usha tiket dulu. sapuan ada hajat yang hendak di selesaikan. dah la 1st time sampai sini. aku pun tejenguk-jenguk mencari kaunter tiket ke genting highland. aku nampak tiket bus + skyway one way = Rm7.60. disebabkan sapuan lame sangat dengan urusan peribadinya itu, aku pun terus call sapuan.
'nak beli ke tak? ala, rm7.60 je..'
sapuan balas ' nak beli terus ke? ke nak tunggu dulu?'
aku balas ' ntah'
sapuan balas ' urm, beli je la'
aku jawab ' ok'
aku pon beli... lepas dah beli, rupe-rupenya tersalah beli. manalah aku tau. dah rugi rm15.00. rupa-rupanya ada pakej rm42 = bus+skyway = 2way + pass theme park. beli lah balik.. sapuan membebel-bebel macam senapang patah. aku pekak kan telinga. nasib baik ade abang tu, driver teksi kot, dia nak beli dari aku, 2 tiket rm10.00.
dapat balik rm10.00, rugi rm5.00 je. muahahahahaha. dapat bus pukul 12.30.
dah sampai atas, main punye main punye main. kami ternampak gerai aiskrim cornetto. rm3.50 je satu. beli 2, boleh main game yang disediakan digerai aiskrim tersebut. sapuan pun menunjukkan skill menangkap bola ping-pong menggunakan tapis teh tarik. tak de lah hebat mana pun. sebab cuma menang note pad walls je. hampeh..
lepas habis makan aiskrim, aku dan sapuan naik kapal yang bergoyang-goyang macam buaian. mula-mula aku ok. steady je. lama-lama aku rasa lain macam. aku pandang muka sapuan, aku tanya dia. bila nak berenti ni?? sapuan tanya aku ok ke tak. aku pura-pura ok dan buat-buat senyum cool.
lepas selesai, kami masuk indoor pulak. pusing-pusing. last-last, pilih untuk main eye on genting. aku terasa macam sesuatu saje. tapi aku diamkan. lama pulak eye on genting ni bepusing. aku nak pegi toilet. bila dah selesai, aku berlari-lari mencari toilet. sungguh tak disangka-sangka. aku muntahkan balik semua aiskrim 3.50 tu. patut la aku rasa lain macam dan semacam. tekejut jugak la. sebab tak pernah-pernah aku naik genting muntah. ni la 1st time, nak tegelak ade, tapi perit jugak lepas dah bertahun-tahun tak muntah ni.
lepas muntah dan keluar dari toilet, sapuan tanya,
'kenapa?'
aku jawab 'muntah'
sapuan tanya lagi 'ok tak ni'
aku jawab 'ok kot'
sapuan cakap ' ha, jom main sungai rejang pulak'
aku 'jom!!'
mana boleh berhenti setakat itu. permainan harus diteruskan. dalam jam 5.30 kami sudah bergerak ke skyway, sebab bus pulang jam 6.45 ptg. dalam bus, kami kepenatan dan tertidur tak sedarkan diri. tau-tau dah sampai gombak. sebelum sapuan hantar aku balik, kami singgah kfc wangsa maju untuk membalas dendam perut yang lapar, sebab masa kat atas tadi kami tak makan pun. perut dah kenyang, kami pun pulang~

Kota Keriangan part I

Antara gambar-gambar yang ada dalam simpanan aku. yang lain-lain masih dalam simpanan iyan loser.
Aku pun tatau kenapa banyak sangat space. itulah sebabnya aku taip besar-besar.



Aku kesana hari jumaat lepas. tak ramai orang. bagus. aku tak suke ramai-ramai. nanti nak main pun payah. kena beratur panjang-panjang. mula-mula macam nak cancel. sebab hari ahad tu kan ada anugerah bintang popular berita harian. aku ingat ramai lah orang. rupe-rupenya orang luar lagi ramai dari orang tempatan.





-kabus tebal sangat.. sebab nak hujan












- Sungai Rejang sangat best!










-Adeke plat bus 'J'. destination chelsea. tak masuk akal betul =p






-sebelah tu kedai selipar.







-under maintenance. nasib baik.. fuh! iyan loser dah ajak aku naik benda alah ni. tak naik pon aku muntah. inikan lagi kalau naik. hehe.




-awal-awal dah naik buaian ni. sebab terlalu excited, aku jadi pening-pening lalat.











-space shot,terasa macam tak nak turun-turun.














-skyway~








Tuesday, April 7, 2009

berubah kah kita?

'As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let you down probably will.
You will have your heart broken probably more than once and it's harder every time.
You'll break hearts too,so remember how it felt when yours was broken. You'll fight with your best friend. You'll blame a new love for things an old one did. You'll cry because time is passing too fast, and you'll eventually lose someone you love. So take too many pictures, laugh too much, and love like you've never been hurt because every
sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you'll never get back. Don't be afraid that your life will end,be afraid that it will never begin.'
dipetik dari email seorang rakan. berubah, perubahan, di ubah, mengubah. semuanya hampir dengan maksud yang sama. cuma apa yang berubah? apa yang di ubah? apa yang mengubah? itu yang perlu dilihat. samaada ke arah kebaikan atau keburukan atau ke arah yang lebih teruk dari itu. itu semua terpulang pada individu. bagaimana mereka membentuk hidup mereka, sehingga ayat 'manusia bisa berubah' itu wujud dan tercipta. selagi manusia dan makhluk-makhluk tuhan yang lain punya perasaan, selama itu mereka bisa berubah. tidak perlu di paksa-paksa, tidak perlu di rayu-rayu, tidak perlu di pujuk-pujuk. perubahan itu butuhkan masa. masa yang akan mengubah segala-galanya.

Wednesday, April 1, 2009

Barbie hunter!!


Hari ni dah terlepas 3 set barbie yang hanya berharga rm 70. argh! sakit hati! tapi.. nak buat macam mana... lambat bertindak. macam ni la jadinya. haih.. bukan set yang baru. tapi yang lama. memang rare lah barang-barang tu. sedih dan sakit hati! geram betul. tapi takpe, pencarian akan tetap di teruskan. aku masih menunggu jawapan dari blogger-blogger yang lain. memang niat nak tambah koleksi yang sedia ada. aku sedang mencari set-set seperti dapur, ruang tamu, gym dll. patung da banyak. semua koleksi akan di warisi oleh anak aku nanti. anyway, happy 50th anniversary for Barbie!!






Suri suri suri..


She's soooo cute!! =)