Wednesday, February 18, 2009

cuti-cuti


Perjalanan yang smooth beserta mood yang teruja. itulah perasaan yang dialami oleh 5 anak muda yang berlepas ke airport ngurah rai dari LCCT sepang last week. sampaikan ade yang baru je menjejakkan kaki kat airport ngurah rai, dah nak repeat lagi trip ke-2. begitu teruja dan seronok sekali mereka-mereka, termasuklah aku.
malas sangat nak taip report pepanjang. so aku rase biar gambar-gambar yang menerang dan menjelaskan kepada korang-korang, betapa best dan syoknye trip kami ke bali. maklumla, orang baru 1st time sampai bali. sedangkan orang yang dah 4-5 kali pegi pun asek nak repeat lagi, inikan lagi kami 5 anak muda yang jakun-jakun. ala, bukan hari-hari pegi.
hari pertama di bali je dah berlaku sesuatu yang agak memeranjatkan la bagi kami. mpv yang mengangkut kami dari airport tadi berlanggar dangan motosikal yang di pandu oleh seorang aweksss bali. tapi eksident kecil-kecilan je. mpv kemek siket, awek tu pulak jalan terhencut-hencut. kena kaki agaknya. tapi kami tak bersuara. biar tourist guide kami yang setelkan semuanya.
walaupun eksident kecil-kecilan, tapi tetap ada babak kejar mengejar antara mpv kami yang di pandu oleh bekas pemandu F1 litar kuta, pak sambo dengan moto ape tah, honda kut, yang dipandu awek. bayangkan jalan di bandar kuta yang sempit tu, boleh ade adegan sebegitu. hebat tak hebat la pemandu kami. sampai la pak polisi juga di undang sama ke tempat kejadian. kami yang pegang title pelancong, hanya mampu dok diam dalam mpv sambil mendengar lagu-lagu band indon yang gerek! dari cd pak sambo. sesekali pak bambang akan menjenguk-jenguk keadaan kami yang berada didalam kenderaan. tak kesah la pak bambang, yg penting tak pegi balai. kalau ke balai, lagi panjang citenye, confirm.
agak lame jugak la sessi soal jawab antara mereka. adela dalam 45minit. lagipun kat luar hujan renyai-renyai, yang kadang-kadang membawa ke lebat jugak. itu hari pertama.
hari ke2 dan ke3 macam biase la, tak sah kalau tak ke tempat-tempat bersejarah dan tarikan pelancong. tak sah juga kalau tak shopping. so, hari ke2 dan ke3 dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti sebegitu. dari tarian barong di awal pagi membawa ke kilang batik, ke tempat pembuatan barangan silver, ke rumah painting, ke kintamani si gunung berapi, ke kedai kopi free, ke tample dan akhirnya ke pasar ubud, tempat kami menyopping ole-ole.
penat tapi happy!!!!!
malamnya kami ke jimbaran, makan seafood di tepi pantai. memang la... gile best! pantai yg cool. pemandangan toksah cakap la. menitik ari mata tengok pantai yang cantik. syok-syok jugak, happy-happy jugak. benarlah cakap-cakap orang selama ini, yang seafood kat jimbaran ni mahal. memang mahal pon. makan yang kami pilih, ikan bakar, sotong goreng tepung dan udang masak black papper. jumlah keseluruhan RP899,000.00 dekat rm200 jugak laa..
tapi tak pe.. sekali sekala. nanti kalau orang tanya makan seafood kat jimbaran tak?? atleast ade jugak la benda yang nak di jawab. makan. mahal. best. kami pantas makan, sebab dah tak tahan nak ke outlet-outlet billabong dan brand yang seangkatan dengannya.
hari ke3 awal-awal pagi lagi kami udah meneruskan perjalanan ke nusa dua, kemudian ke bandar kuta untuk menghabiskan duit, kemudian ke pantai dreamland, kemudian melihat tarian kechak dan akhirnya ke bandar kuta kembali untuk tujuan yang sama, menghabiskan duit. selagi tak habis, selagi tu semuanya gatal tangan. walaupun begitu, kami tetap tak puas hati. tak habis borong lagi, kedai dah tutup. cisss.... tak pe boleh repeat lg, nak sedapkan hati.
esok paginya, seawal jam 4pagi kami udah ke airport ngurah rai untuk pulang ke tanah air tercinta. babai pak bambang, pak sambo dan bali. yang pasti aku akan ke sana lagi!!

Tuesday, February 10, 2009

Finally!

Esok... mula-mula excited. lame-lame takut.. haha.

Friday, February 6, 2009

Thursday, February 5, 2009

i hate visitors!

Minggu ni memang minggu yang membosankan. minggu drama queen. ramai sgt VIP dan VVIP yang datang melawat office aku yang tak seberapa ni. leceh. kena jaga tata tertib, kena jaga pemakaian, kena belakon buat-buat kerja. belakon buat-buat kerja bukan lah bermaksud aku tak de kerja langsung nak dibuat. cumenye, leceh nak ber'chit-chat' kat YM, terbatas. maka jadilah aku patung bernyawa di depan pc. nasib baik VVIP dah balik. tinggal VIP je.
walaupun VIP ade, aku tetap meneruskan aktiviti mengarang blog. mungkin dia fikir aku tengah sibuk menaip, buat kerja yang menimbun-nimbun. mesti dia cakap dalam hati, 'bagus pekerja yang sorang ni, rajin. harus naik kan gaji dia tahun ini berganda-ganda'. hahaha.
di sebabkan minggu ini, minggu menjaga tata-tertib yang membosankan, maka tak banyak lah kejadian-kejadian aneh yang berlaku dalam kehidupan aku. bila tak banyak kejadian aneh yang berlaku, maka, aku pun tak tau nak cerita apa kat blog ni.
(menaip sambil makan coklat daim ni, memang syok)

Wednesday, February 4, 2009

Desperate Housewives Season 5!


They are back!! Bree,Gabrielle,Lynette,Susan & Edie. Plus Katherine. There was much speculation about the fifth season of the show, due to the many cliffhangers at the end of season four. I'm so excited to watch the latest season of DH. DH rules ladies!!

Tuesday, February 3, 2009

Its ok!


Finally.. i found it! but.. sayang sekali..... saiz aku takde.. hampa.. memang hampa.. tapi nak buat camane. nangis guling-guling pun, bukan kasut tu boleh jadi kecik. nak tak nak, aku beli jugak. walaupun design memang lari giler, tapi its ok. nex time boleh beli lagi, hihihi. thanks to kembar zatyl yang inform pasal aku punya wishlist ni. thanks jugak untuk sapuan dan rakan sapuan yang temankan aku shopping last week. dah belanja makan hari tu kan? so kira settel la. lalalalala..